Followers

Friday 18 July 2014

Nik Aziz Meninggal Dunia ??


Sejak tengah malam semalam pelbagai maklumat tidak benar disebarkan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab.Tidak dapat dipastikan apakah tujuan dan matlamat mereka berbuat demikian tetapi secara jujurnya ia menyebabkan orang ramai menjadi keliru.

Insiden pesawat MH17 milik Malaysia Airlines yang dilaporkan terhempas di Ukraine juga turut mendapat perhatian pihak-pihak ini sehingga tersebarnya gambar-gambar yang tidak benar.

Bukan itu sahaja , berita tentang keadaan kesihatan Nik Aziz turut menjadi pilihan mereka-mereka ini.

Nik Aziz dilaporkan sebagai tenat dan meninggal dunia ! Ish ish secara jujurnya berita tersebut tidak benar sama sekali.

Walaupun MMI berlainan ideologo politik tetapi dalam hal sebegini MMI tak kompromi.

Ahli Parlimen Pasir Mas, Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz menafikan berita yang mengatakan bapanya yang juga Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat meninggal dunia.

Nik Mohamad Abduh menerusi akaun twitternya menjelaskan bapanya berada dalam keadaan sihat dan meminta semua pihak mendoakan  untuk Nik Abdul Aziz.

"Ayahanda sihat banyak. Tak sihat sikit. Doakan #Lailatul Qadr untuknya dan kita semua," tulis Nik Mohamad Abduh di akaun Twitternya.Baca Sini

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels