Followers

Thursday 17 July 2014

Mereka Sedang Usaha Untuk Menggagalkannya !!


Berdasarkan laporan Jawatankuasa Teknikal Peringkat Pusat yang diwujudkan bagi mengkaji pelaksanaan hukum hudud atau Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 di Kelantan, dijadual mengadakan mesyuarat pertamanya hari ini.

Semalam Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah berkata mesyuarat berkenaan akan diadakan selepas perjumpaan dengan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom di Putrajaya.

"Esok delegasi seramai lapan orang wakil dari Kelantan yang termasuk saya sendiri akan ke Putrajaya untuk berjumpa Datuk Seri Jamil Khir Baharom.

"Selepas kunjungan itu, akan diadakan mesyuarat pertama Jawatankuasa Teknikal Peringkat Pusat dan enam wakil daripada kita akan menyertai mesyuarat itu," katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Kuih Muih Hari Raya Aidilfitri kepada Pasukan Keselamatan di sini, Rabu.

Pada 2 Mei lepas, Jamil Khir berkata sebuah jawatankuasa teknikal di peringkat pusat ditubuhkan bagi mengkaji pelaksanaan Undang-Undang Jenayah Syariah di Kelantan.

Kerajaan pusat menubuhkan jawatankuasa itu setelah PAS mahu membentangkan Rang Undang-undang Persendirian (hukum hudud) di Parlimen bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993.

Pembentangan rang undang-undang persendirian itu bertujuan mendapatkan kebenaran melaksanakan hukum hudud itu seperti yang diperuntukkan Perkara 76 (A) Perlembagaan Persekutuan.

Satu langkah yang seharusnya disokong cuma kita harus percaya di Malaysia masih terdapat mereka-mereka yang bukan setakat jahil dengan undang-undang hudud tetapi punya impian untuk tidak sesekali membenarkan undang-undang Islam itu terlaksana.

Penentangan secara terang-terangan sudah pun dilakukan dan keadaan seolah-olah tidak memihak kepada pembangkang khususnya DAP kerana perjumpaan dan pertemuan bagi membincangkan tentang hudud tetap berjalan seperti mana yang dilaporkan diatas.

Untuk itu pihak-pihak ini cuba menjadikan rakyat Malaysia sebagai bahan untuk menghalang usaha murni tersebut.

Dalam sedar mereka menggunakan Merdeka Centre untuk menghalalkan halangan tersebut.

Rakyat Malaysia belum sedia untuk hudud, kata kajian Merdeka Center

Majoriti rakyat negara ini masih belum bersedia untuk pelaksanaan undang-undang jenayah Islam atau hudud dan qisas, kata satu kajian yang dijalankan oleh firma tinjauan pendapat, Merdeka Center.

Kajian yang dijalankan di kalangan pengundi di Semenanjung Malaysia itu mendapati 58% responden Melayu, 59% Cina dan 61% India sama-sama bersependapat negara ini belum bersedia untuk melaksanakan undang-undang Islam.

"Kajian mendapati hanya 25% daripada keseluruhan responden dan 30% daripada responden Melayu percaya bahawa negara ini sudah bersedia untuk pelaksanaan hukum hudud pada masa ini," kata Merdeka Center for Opinion Research dalam satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini.

Kajian tersebut dijalankan antara 12 hingga 21 April lalu. Ia melibatkan 1,009 orang pengundi berdaftar yang terdiri daripad 60% responden Melayu, 31% Cina dan 9% India. Mereka yang dipilih secara rambang mengikut pecahan etnik, jantina dan negeri ditemubual melalui telefon.

Biarpun berpendapat negara ini belum bersedia untuk hudud, 53% responden mengatakan mereka menyokong undang-undang jenayah Islam itu manakala 56% menyatakan mereka memahaminya.

Peratusan yang menyokong hudud itu terdiri daripada 71% responden Melayu manakala majoriti yang tidak menyokong ialah responden kaum Cina iaitu 65% dan India 69%.

Kajian Merdeka Center itu juga mendapati 83% daripada responden Melayu yang berumur di bawah 30 tahun menyokong pelaksanaan undang-undang jenayah syariah dan dapatan ini selari dengan kajian sentimen golongan muda Melayu terhadap hudud yang pernah dijalankan oleh firma yang sama pada 2011.

Sementara itu, kajian tersebut juga menunjukkan hanya 32% responden percaya bahawa hukum hudud boleh dilaksanakan secara adil. Mereka ditanya persepsi tentang "keupayaan institusi kehakiman dan penguatkuasaan pada masa sekarang, sejauh manakah anda merasakan hukum hudud dapat dilaksanakan dengan adil dan saksama".astroawani

Lihatlah apa yang dilakukan oleh Merdeka Centre ! Sejauh mana kebenaran bancian tersebut ? Baca dan fahami betul-betul penulisan laporan tersebut secara tidak langsung cuba memujuk rakyat Malaysia untuk menghalang perlaksanaan hudud di Malaysia.

Kenal sangat dah Merdeka Centre ni ...

MMI

1 comment:

  1. Usaha2 Merdeka Centre itu sangat baik untuk memberi kesedaran kepada orang Islam dan Melayu bahawa musuh mereka tidak berada jauh, terlalu hampir dan berada bersama kita.

    Mereka sentiada berada satu tapak lebih awal dari kita. Tetapi itu bukanlah satu alasan untuk kita kalah. Umat islam adalah yang terbaik di dunia dan di sisi Allah kecuali mereka yang lalai.

    ReplyDelete

Labels