Followers

Friday 18 July 2014

Pesawat Malaysia MH17 Terhempas Di UKRAINE !! #prayformh17


Berita yang mengejutkan Malaysia dan seluruh rakyatnya apabila sebuah pesawat MH17 milik Malaysia Airlines yang membawa 295 penumpang beserta krew telah disahkan terhempas di ruang udara Ukraine berhampiran sempadan Rusia awal pagi tadi dan kesemua mangsa dilaporkan terkorban.

Sehingga artikel ini ditulis YAB Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru sahaja tiba di KLIA bagi mengikuti perkembangan selanjutnya di bilik operasi khas yang telah dibuka di KLIA.


Pada ketika ini YAB Perdana Menteri sedang diberikan taklimat tentang insiden MH17 dan satu sidang media khas akan dibuat pada jam 4.00 pagi nanti.

Sementara itu pelbagai berita dan maklumat kini sedang tersebar di ruang media sosial dengan pelbagai kenyataan yang menjurus kepada insiden terbabit.

Terdapat laporan yang mengatakan pesawat tersebut telah ditembak jatuh namun sehingga kini tidak ada pihak yang mengaku bertanggungjawab.Walau bagaimanapun laporan tersebut masih belum dapat disahkan.

Dalam masa yang sama semua pihak diminta supaya tidak menyebarkan sebarang gambar yang boleh mengelirukan orang ramai kerana ketika ini sudah terdapat gambar-gambar yang diedit oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang disebarkan di media-media sosial.

Dalam masa yang sama MMI mohon maaf kerana tidak akan menyiarkan sebarang gambar buat ketika ini walaupun sudah menerima gambar-gambar yang dikatakan dari tempat kejadian selagi mana ianya belum disahkan.Ini bagi menghormati pihak-pihak yang mungkin terkesan hasil daripada penyebaran gambar tersebut.

Kejadian ini merupakan insiden kedua selepas kehilangan MH370 beberapa bulan yang lalu.sudah semestinya rakyat Malaysia terkejut dengan apa yang sedang berlaku.Namun MMI harapkan semua pihak bersabar sehingga maklumat selanjutnya diperolehi oleh pihak berwajib.

Seperkara yang ketika ini menjadi persoalan kepada banyak pihak adalah bagaimana pesawat terbabit boleh melalui ruang udara Ukraine memandangkan keadaan di kawasan terbabit yang ketika ini sedang bergolak ?

Apa pun sama-sama kita nantikan maklumat selanjutnya.

#prayformh17

MMI

1 comment:

  1. berita yg sgt mengejutkan semua..takziah utk keluarga mangsa..

    ReplyDelete

Labels