Disebabkan kedangkalan pimpinan PKR dan Pakatan Rakyat yang sering kali menuduh kerajaan Barisan Nasional dengan pelbagai tuduhan , akhirnya perlakuan jijik itu seolah-olah berpatah balik kepada mereka.
Tidak dapat dipastikan apakah motif sebenar tindakan sembrono pemimpin PR berkelakuan sebegitu cuma pada dasarnya rakyat dapat melihat mereka begitu obses dengan jawatan.
Mengapa jawatan menjadi begitu penting kepada mereka yang sememangnya telah berjawatan ?
Aneh bunyinya tetapi itulah hakikat sebenar jawatan serta kedudukan yang lebih tinggi kini menjadi sebahagian daripada pilihan para pimpinan dalam Pakatan Rakyat khususnya PKR.
Mereka tahu untuk mendapatkan kepercayaan DAP khususnya dalam soal kedudukan begitu sukar kerana parti ultra kiasu ini begitu menitik beratkan hal tersebut , ini dapat dibuktikan melalui dasar pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang bila mana pihak lain tidak mampu untuk bersuara waima perkara yang melibatkan kepentingan bangsa sendiri.
PAS pula langsung tidak mampu untuk bersaing bahkan pemimpin mereka seperti Khalid Samad di Selangor dilihat banyak pihak tidak ubah sekadar boneka yang hilang prinsip perjuangan sendiri.
Begitu juga dengan apa yang sedang berlaku di bumi Selangor , banyak mata kini tertumpu ke sana memandangkan disinilah terletaknya lubuk kemewahan yang diidam-idamkan oleh pimpinan PKR yang ketika ini sedang bertarung sesama sendiri.
Namun niat mereka itu terbantut memandangkan Khalid Ibrahim selaku Menteri Besar sentiasa menjadi halangan.Malah disebabkan halangan itulah maka Khalid hari ini diserang bertubi-tubi dengan asakan demi asakan supaya beliau meletakan jawatan kerana gagal dalam pemilihan parti baru-baru ini.
Begitulah haru-birunya keadaan politik di bumi Selangor seolah-olah yang mendesak itu jauh lebih hebat daripada orang lain.Anwar pula bukan sahaja gagal sebagai Ketua Umum PKR tetapi turut ditempelak oleh Khalid Ibrahim kerana cuba mencampuri urusan pentadbiran kerajaan negeri tanpa usul periksa.
Malah kemelut politik di bumi Selangor ini turut mendapat perhatian Ketua Pemuda UMNO Malaysia Khairy Jamaluddin.
Pergeseran dalaman Pakatan Rakyat yang tidak berkesudahan itu memberi mesej jelas bahawa gabungan 3 parti itu belum bersedia untuk memerintah sebuah negara , kata Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin.Beliau berkata krisis kepimpinan yang masih tidak dapat diselesaikan sehingga kini melambangkan kurangnya kemampuan parti tersebut untuk mentadbir dengan berwibawa malah percakaran antara pemimpin menunjukkan pentadbiran mereka terlalu lemah.
Merujuk kepada laporan daripada bernama , Khairy turut berkata "Menteri Besar yang ada sekarang pula tidak dapat sokongan daripada pemimpin parti menyebabkan timbul pula krisis air dan sebagainya, jadi apakah mesej yang cuba mereka (PR) sampaikan kepada rakyat?" katanya.
Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas krisis jawatan Menteri Besar Selangor yang diterajui Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berikutan tekanan hebat daripada kepemimpinan Pakatan Rakyat sendiri sehingga ada yang mendesaknya meletakkan jawatan.
Jelas Khairy, krisis jawatan itu ibarat memberi tamparan hebat kepada kepimpinan tertinggi Pakatan Rakyat kerana dilihat masih tidak dapat meyakinkan masyarakat bahawa mereka mampu memilih seorang menteri besar yang diterima ramai.
Bayangkan keadaan sedemikian berlaku dalam pentadbiran kerajaan pusat hari ini ? Apakah rakyat benar-benar yakin sekiranya Pakatan Rakyat menjadi kerajaan pusat tindakan dan kemelut yang sama tidak mampu berulang ?
Mungkin hari ini di Selangor selepas ini ?
MMI
Tak Der Gamor Lain Ker Nak Letaka.. Apsal pie Tarok Gamar Mamat Liberal HaramJaddah Nieh
ReplyDelete