Followers

Sunday, 6 July 2014

Pengemis Arab Saudi Tinggalkan Harta RM2.5 Juta Setelah Meninggal


Seorang wanita warga emas warganegara Arab Saudi berusia 100 tahun, Eisha telah menggemparkan kawasan kejiranan sebaik sahaja meninggal dunia.

Seorang individu cacat penglihatan yang hanya bergantung hidup melalui kegiatan mengemis rupa-rupanya menyimpan kekayaan persis seorang jutawan apabila dia meninggalkan harta berjumlah SAR3 juta (2.5 juta) termasuk empat buah rumah di Jeddah, barangan kemas dan syiling emas.

Salah seorang jirannya iaitu Ahmeh Al-Saeedi yang membesar bersama Eisha sejak mereka kecil lagi menyatakan si mati tidak mempunyai ahli keluarga lain melainkan ibu dan kakaknya yang mana mereka pun bergelar pengemis sehinggakan aktiviti tersebut berjaya menjadikan mereka kaya raya dan menyimpan aset seperti orang kaya lain di sana.

“Mereka sentiasa mendapat perhatian dan simpati daripada masyarakat yang prihatin dengan hidup miskin mereka terutama ketika musim perayaan hari raya Aidilfitri. Eisha pun masih terus mengemis walaupun selepas kematian ibu dan kakaknya.

Eisha hanyalah seorang warga emas yang buta dan sebatang kara di dunia ini (selepas kematian ahli keluarganya),” katanya.
Al-Saeedi turut mengakui dirinya tahu mengenai kekayaan yang dimiliki Eisha hasil daripada kerja mengemisnya dan sebelum ini dia juga pernah menasihati wanita tersebut untuk berhenti daripada terus mengemis.

“Saya memintanya berhenti daripada mengemis memandangkan dia sudah mempunyai kekayaan yang cukup mewah tapi dia sentiasa menolak kerana merasakan hartanya masih tidak mencukupi sekiranya berlaku sebarang kecemasan di masa hadapan,” tambahnya lagi.

Harta benda yang ditinggalkan Eisha akan diambil alih oleh pihak berkuasa untuk sebarang tindakan lanjut berhubung aset yang dimiliki pengemis cacat penglihatan itu.

Untuk makluman cerita ni tak ada kena mengena dengan isu di Wilayah Persekutuan cuma manusia ni macam-macam.Dalam kes di Arab Saudi ni contohnya walaupun dah punya harta sebanyak itu melalui aktiviti mengemis , wanita terbabit tetap terus mengemis tidak pula dia punya impian untuk bantu pengemis lainkan ?

Apa pun Tuhan maha kuasa , setelah kematiannya harta tersebut telah diambil oleh pihak berkuasa dan MMI yakin serta mengharapkan agar mereka mengembalikan harta itu dengan membantu pengemis-pengemis lain.

Setiap yang berlaku ada hikmahnya !

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels