Followers

Thursday 28 August 2014

Punya KEMARUK Nakkan Azizah Sampai Keluar FATWA DASYAT !! PAS Buat Apa ??


Naib Ketua Pemuda UMNO Terengganu, Dr.  Najmil Faiz Mohamed Aris membidas kenyataan kepimpinan pembangkang yang mendakwa pencalonan Datin Seri Wan Azizah merupakan neoptisme halal dalam usaha pakatan pembangkang untuk menjadikan isteri kepada Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai MB Selangor bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Menurut beliau, dakwaan tersebut secara jelas memperlihatkan bahawa bagi pakatan pembangkang terutama Pas dan PKR, halal dan haram mereka adalah bergantung kepada situasi dan survival politik kepartian mereka.

“Jika keadaan itu menguntungkan mereka, maka segala perkara yang mereka lakukan adalah halal walaupun jelas ianya bertentangan dengan prinsip. Contohnya macam kisah Pas yang u-turn daripada sokongan kepada Tan Sri Khalid kepada Wan Azizah, biarpun jelas apa hukumnya di dalam Islam tentang berketuakan seorang wanita, namun Pas akhirnya bersetuju juga dengan pencalonan Wan Azizah.

“Nampaknya hari ini, mereka cuba mengeluarkan fatwa baru dengan mendakwa sebagai nepotisme halal demi untuk membenarkan perbuatan ketua mereka, Anwar untuk meletakkan isteri sendiri menjadi MB di Selangor.

“Inilah sikap kepimpinan pakatan pembangkang yang tidak pernah konsisten, serta senang-senang menghalalkan yang haram dan mengharamkan yang halal demi kepentingan politik mereka. Inilah yang dikatakan pendekatan politik, matlamat menghalalkan cara yang diambil dari falsafah politik Machiavelli,” tegas beliau kepada UMNO-Online di sini hari ini.

Jika beginilah sikap dan pemikiran mereka, maka tidak mustahillah satu hari nanti kepimpinan pembangkang sanggup menghalalkan apa yang haram di dalam agama demi kepentingan politik kepartian mereka, jelasnya yang juga merupakan Ketua Pemuda UMNO Kuala Terengganu.

“Hari ini mereka kata nepotisme halal, sebab ada kepentingan politik bagi mereka di situ. Kita bimbang satu hari nanti, mereka sanggup untuk menghalalkan sesuatu yang telah diharamkan oleh agama.

“Contohnya seperti isu LBGT atau pluralisme dan liberalisme agama, di mana hari ini telah pun wujud usaha untuk menghalalkan perkara tersebut. Kita bimbang sekiranya mereka berkuasa kelak, maka segala perkara yang haram itu akhirnya akan dihalalkan oleh mereka apabila kepimpinan pembangkang, terutamanya di kalangan Melayu telah meletakkan kepentingan politik melebihi kepentingan agama,”ujarnya.

Tambah beliau lagi,  dalam isu nepotisme ini, parti-parti di dalam pakatan pembangkanglah yang begitu tegar mengamalkan nepotisme berbanding UMNO atau parti-parti komponen di dalam BN.

“Mereka sebelum ini begitu ghairah memfitnah UMNO sebagai sebuah parti yang mengamalkan nepotisme, kronisme dan sebagainya, tetapi hari ini segala sebagai salah laku yang mereka dakwa dan tuduh UMNO lakukan itulah yang mereka buat.

“Dalam Dap seperti kita lihat, ada dinasti Lim dan Dinasti Karpal. Manakala di dalam PKR, kita tak payah ceritalah. Anwar anak beranak dan kroni-kroninya memegang jawatan tinggi di dalam kepimpinan parti. Ini semua jelas bahawa tidak ada yang lebih mengamalkan nepotisme dan kronisme selain dari parti-parti pembangkang.

“Jadi, saya seru agar rakyat di negara ini dapat melihat dan membaca gerak geri politik pembangkang yang sebenarnya hanya mahu memperalatkan rakyat demi kepentingan dan nafsu politik golongan pemimpin tertentu saja. Tidak lebih dari itu,” akhiri beliau.-mediaumno

MMI taklah terkejut sangat sebab memang dah jangka lagipun Mat Sabu dah bagitau awal-awal lagi yang dia lebih suka makan BABI dengan Guan Eng daripada makan ayam dengan NAJIB.

Tu apa ?? Bukan setakat menghalalkan tapi dia SANGGUP sebab hati yang kononnya Islam tu dah membusuk terlalu lama.

MMI

2 comments:

  1. Fatwa daripada DYMM Tunggul Anwar Ibni Tunggul Ibrahim, bakal sultan baru negeri Selangor.

    ReplyDelete
  2. Meluat tengok muka muka ni.

    ReplyDelete

Labels