Followers

Tuesday, 19 August 2014

Tun Juga Pernah GAGAL !! Warkah Ikhlas Dari MMI @NajibRazak @TunDrMahathir


MMI yakin ramai yang dah tahu dan sedar tentang isu teguran Tun Mahathir terhadap Najib yang telah menggemparkan sebilangan besar penggiat media sosial di seluruh negara.Pelbagai andaian telah dibuat oleh banyak pihak dan sudah semestinya pihak yang sememangnya menanti masa untuk menghentam kerajaan akan turut sama.

Satu kebiasaan bagi setiap kali Tun Mahathir membuka mulut atau bersuara.Sebagaimana yang semua sedia maklum MMI antara generasi yang pernah berada di bawah 3 kepimpinan Perdana Menteri iaitu Tun Mahathir , Tun Abdullah Badawi dan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam ketiga-tiga kepimpinan ini secara jujurnya MMI sememangnya menyanjungi Tun Mahathir kerana selama tempoh beliau menerajui negara banyak usaha telah dilakukan oleh beliau sehingga Malaysia dikenali diseluruh dunia.

Begitu juga kesinambungan Tun Abdullah Badawi walaupun beliau tidaklah sehebat Tun Mahathir kita tidak boleh sesekali menafikan bahawa beliau turut punya peranan membawa Malaysia sampai ke hari ini.

Kemudiannya Malaysia diterajui oleh Datuk Seri Najib Tun Razak dan sudah pun mengepalai jentera Barisan Nasional dalam medan PRU13 yang lalu.

Satu pengalaman dan medan yang baru disaat kedudukan politik UMNO dan Barisan Nasional tidaklah sehebat era Tun Mahathir.

MMI tak nak menyebut tentang kelemahan siapa dan siapa sepatutnya yang menduduki carta tertinggi sekiranya dibandingkan ketiga-tiga pimpinan ini kerana setiap daripada mereka itu punya kelebihan masing-masing.

Sebelum itu apa jua yang MMI catatkan dibawah adalah merupakan pandangan MMI secara jujur dan kerana kejujuran itu MMI kurang bersetuju dengan tindakan Tun Mahathir membuat teguran secara terbuka seperti mana yang telah beliau lakukan.

Kita harus ingat Tun Mahathir juga tidak pernah lekang daripada masalah dan beliau adalah seorang pemimpin yang turut menyumbang kepada kemudaratan rakyat Malaysia khususnya warga UMNO.MMI suka untuk menyatakan bahawa kerana kesilapan Tun Mahathirlah maka nama Anwar Ibrahim muncul dalam dunia politik tanahair.

Tun Mahathir sewaktu era pemerintahannya telah membawa masuk Anwar Ibrahim menyertai parti UMNO dan kemudiannyua diasuh serta diberikan peluang untuk menongkah naik sehinggalah menjadi Timbalan Perdana Menteri Malaysia.

Sedarkah kita sekiranya isu liwat itu tidak didedahkan oleh sebahagian daripada mereka-mereka yang MMI labelkan sebagai berani tidak berlaku maka hari ini Malaysia sudah pasti memiliki seorang Perdana Menteri bernama Anwar Ibrahim.

Apakah kita mahu itu berlaku ??????

Kita harus akui bahawa pemecatan Anwar Ibrahim bukanlah disebabkan oleh usaha Tun Mahathir semata-mata malahan Tun Mahathir juga sebenarnya sudah membakul sampahkan surat yang ditulis oleh Umi Hafilda berkaitan pendedahan tingkah laku Anwar Ibrahim.

Tun Mahathir hanya disedarkan selepas itu oleh pihak-pihak lain yang kemudiannya menyebabkan Tun Mahathir mengaku bahawa Anwar bukanlah seperti mana yang beliau kenali.

Bukankah ini merupakan kesilapan dan kelemahan Tun Mahathir ?

Kita juga harus ingat bahawa sewaktu era pemerintahan Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri keadaan politiknya tidak sama seperti mana hari ini.Pada ketika era Tun Mahathir pembangkang tidak bersatu dan Barisan Nasional hanya berdepan dengan DAP dan PAS tanpa kelibat Pakatan Haprak.

Ini merupakan perbezaan paling ketara yang seharusnya menjadi asas kepada Tun Mahathir sebelum membuat perbandingan malahan daripada pembacaan MMI sendiri Tun Mahathir pernah mengaku bahawa sewaktu beliau menjadi Perdana Menteri kebanyakkan yang berada di sekelilingnya adalah YES MAN !!!

Bukan niat MMI untuk memburukkan Tun Mahathir sebagai seorang negarawan ulung yang MMI sanjung hingga kini namun bagi pandangan seorang penulis blog picisan seperti MMI seharusnya Tun Mahathir lebih bijak menangani situasi ini.

Kedudukan beliau sebagai seorang negarawan ulung negara sebenarnya membolehkan beliau untuk menyusun atur mahupun membuat pertemuan secara tertutup bagi membincangkan isu-isu sebegini.Tidak salah Tun Mahathir mahu menegur tetapi teguran itu seharusnya lebih bersifat penambaikkan bukan mencetuskan fenomena seperti mana yang telah dilakukan oleh Tun Mahathir sendiri sehingga menyebabkan Tun Abdullah berundur sebagai Perdana Menteri.

Ya..Ada pihak yang mengatakan bahawa Tun Mahathir sudah cuba untuk menyampaikan tegurannya tetapi tidak sampai atau tidak diambil kira.Bagi MMI banyak saluran dan cara serta kaedah yang boleh digunapakai sekiranya niat teguran itu untuk kebaikan Datuk Seri Najib Tun Razak.

Apatah lagi ianya datang dari seorang bekas Perdana Menteri Malaysia dan amat mustahil sekiranya Datuk Seri Najib langsung tidak mengendahkannya.

Tun Mahathir harus menerima hakikat bahawa beliau pernah GAGAL ! Dan kegagalan itu berlaku dua kali , satunya sewaktu Tun meletakkan kepercayaan terhadap Anwar Ibrahim dan keduanya usaha dan gerakan oleh Tun Mahathir sendiri sehingga Tun Abdullah meletakkan jawatan sedangkan Tun Mahathirlah yang menamakan Tun Abdullah sebagai pengganti beliau untuk terus memimpin Malaysia.

Bagi MMI itulah kelemahan paling ketara yang dimiliki oleh Tun Mahathir , kepada Tun Mahathir janganlah jadi penyumbang kepada berlakunya sekali lagi apa yang telah berlaku sebelum ini terhadap Tun Abdullah.

UMNO dan orang Melayu tidak mampu lagi untuk berdepan situasi seperti ini kerana perpecahan pasti berlaku sekiranya skrip yang sama berulang.

Kepada Ayahanda Tun Mahathir cari jalan damai dan berusahalah untuk dapatkan kaedah yang lebih baik bagi menyampaikan teguran seperti itu.Tidak ada salahnya menegur namun dalam situasi tertentu kita harus mengambil kira banyak faktor.

Dalam suasana politik seperti hari ini satu kesilapan waima percakapan kita pun sudah mampu untuk meruntuhkan apa yang telah kita bina selama ini.

Semoga Tun Mahathir terus diberikan kekuatan serta kesihatan yang baik daripada Allah swt .Amin.

Percayalah Di Sinilah Lahirnya Sebuah Cinta !

MMI

15 comments:

  1. Denial syndrome merugikan UMNO, pemerintahan Najib dan diri Najib sendiri. ..The first step to solve a problem is to acknowledge the problem itself...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Benar, tetapi sanggupkah NAJIB menerima teguran dan membaikinya.....dah banyak orang cakap NAJIB cuma dengar nasihat dan kata kata ROSMAH saja...maklumlah Presiden seumur hidup PERTABI...Persatuan Takut Bini

      Delete
  2. Tahniah!

    Satu teguran yang sopan dan berhemah kepada Ayahanda Tun.

    Benar, dalam dunia di mana media social adalah kiblat kebanyakan manusia, Ayahanda Tun perlulah lebih berhati-hati dalam mencari ruang dan peluang untuk menegur DSN.

    Semua teguran Tun memang ada kebenarannya. Justeru, amat penting sekiranya teguran/nasihat ini sampai ke pengetahuan DSN dan diambil perhatian serius oleh DSN.

    Yang penting, kami yang cintakan Tanah air ini mahu DSN kembalikan maruah Melayu di Tanah Melayu.

    Apabila TSKI memecat semua Exco dari PKR dan DAP, saya terkejut membaca reaksi dari Wee Ka Siong.

    Katanya, DAP bertanggungjawab dalam apa yang berlaku kerana sekarang Kerajaan Selangor telah menjadi "a mono racial and mono religion government."

    Ada ke patut itu yang MCA nampak???!!!

    Kalau setakat sebut mono race tu rasanya boleh tahan lagi perasaan marah ni, tapi kalau dah sampai sebut pasal mono religion, bagi saya itu dah nearing rasist remark.

    Sejak bila MCA pandai keluarkan rasist remark ni... bukan ke sejak DSN terlalu beri muka kpd bangsa mereka?

    Inilah yang Ayahanda Tun nampak dan risau. Tapi sehingga ke hari ini, DSN langsung buat tak tahu aje tentang remark yang MCA buat tu.

    Malah, yang paling sedih, atas nama 'toleransi' (agaknya lah), akhbar The Star (milik MCA) dibiarkan menjaja dan menjadi batu api dan pengipas bara perkauman secara bebas sebebasnya.

    Saya amat berharap, MUBARAK akan berbuat sesuatu.

    Tolonglah!

    ReplyDelete
  3. Masalah utama negara sekarang ialah menyimpan seorang peliwat yang masih bermaharajarela ke sana dan ke sini untuk menghasut rakyat membenci kerajaan yang dipilih rakyat menerusi suara di Parlimen.

    Kelemahan yang paling ketara yang masih berada dalam pemerintahan Najib ketika ini juga ialah menyimpan pegawai yang seperti tidak tahu menguruskan organisasi dan tak berani mengambil sikap tegas semasa menjalankan tugas demi rakyat. Contoh yang paling mudah, Peguam Negara masih lagi orang yang sama walaupun dah beberapa kali dilihat seperti lembik dan lemah dalam mengendalikan kes-kes utama dalam negara ini.

    Ditambah pula, Najib terlalu bergantung kepada tuan-tuan penasihat dan konsultan luar umpama minda rakyat yang terbaik tidak wujud dalam negara ini.

    Jika Najib dengar pendapat Tun M yang berjaya mengemudikan negara selama 22 tahun tu, saya yakin pada PRU akan datang Najib dan BN akan tetap dipilih rakyat. Jika tidak, Najib bolehlah bercita-cita untuk pegang jawatan Ketua Pembangkang yang hidup makan elaun sahaja. Tak perlu bersuara di Parlimen pun takpe. Umpama mati segan hidup tak mahu..

    ReplyDelete
  4. TS ZETI PEGANG JAWATAN GABENOR SELAMA 14 TAHUN??

    Salam,

    Kemelut MB Selangor memberikan suatu pengaran yg cukup berguna kepada kita, di mana ketegasan Anwar Ibrahim yang terlalu taksub berkehendakkan Wan Azizah, isterinya menjadi Menteri Besar, walaupon di tentang hebat oleh Sultan Selangor, Istana, Puak Pas Alim Ulamak, Majlis Syura, TGHHA,TGNA dan TGHHD.

    Mungkin ada HIKMAHnya kemelut ini.

    Pengajaran yg kita dapat iaitu Golongan Wanita tidak seharusnya diberikan suatu Jawatan Tertinggi, melainkan pada hak-haknya, seperti Menteri yg menjaga Hal Ehwal Wanita.

    Kedudukan Kewangan Negara tidak pernah selamat, kukuh atau membina, sejak sekian Lamanya.

    Apakah ini kerana Gabenor Bank Negara Malaysia ialah seorang WANITA?

    Tan Sri Zeti Aziz telah memegang jawatan sebagai Timbalan Gabenor pd 7 Sep 1998 dan seterusnya dilantik menjadi Gabenor pada 1 Mei 2000 sehinggalah sekarang, pada hari ini iaitu 19 Ogos 2014.

    TS Zeti SUDAH MEMEGANG Jawatan Gabenor selama lebih 14 Tahun lamanya.. MasyaAllah, Lamaaaaanyae..

    Siapakah dibelakang TS Zeti ini yang begitu Kebal? TS Zeti kebanyakkan Masa di temuramah hanya MEMBACA TEKS, dimana kelebihan beliau?

    Sudah sampai masanya TS Zeti Mengundurkan dirinya, Tak Kan Mahu DIPECAT????

    Bagilah jawatan pada Orang Lain pulak, mungkin kedudukan Kewangan Negara akan menjadi lebih baik, InsyaAllah.

    ReplyDelete
  5. Saya pun tidak berniat merendah-rendahkan Tun,tapi ada beberapa kelemahan beliau sendiri yg perlu kita beri perhatian utk bersikap adil kepada Najib.

    1.Kemarahan rakyat kepada Umno/BN sudah berputik di di zaman Tun menjadi PM-rasuah,kronisma,nepotisma,salah guna kuasa ,semua nya bermula di zaman Tun dan Zahid Hamidi secara berani telah menyebut perkara ini dalam perhimpunan Umno ketika itu,yg meyebabkan Tun mula merasa curiga pada Anwar.Betulah seperti yg MMi katakan,menjatuhkan Anwar sebenarnya bukan usaha Tun,tapi usaha Ummi Hafilda,Khalid Jefri dan Azizan sendiri.Sehingga hari ini bila saya mengetahui keadaan sebenar saya cukup respek individu-indvidu tersebut,walau pun di'gertak oleh pihak tertentu atas arahan Anwar.

    2.Pendekatan Najib sekarang memberi subsidi BR1M terus kepada rakyat yg memerlukan,di zaman Tun tidak senang hati dgn langkah ini.Di zaman Tun,utk mengembangkan ekonomi melalui Fisikal polisiTun melaksanakan projek-projek mega utk di agih kepada para usahawan dan kontrektor, melalui dasar penswastaan dalm bermacam bidang.Hasilnya Usahwan dan kontrektor yg kaya,wang yg mereka perolehi di belanjakan ke luar negara,orang kampung tak dapat apa tokey Cina juga yg kaya,Melayu adalah juga dua tiga kerat yg kaya.Permintaan dalam negeri tidak begitu meningkat,berbanding dgn langkah BR1M Najib sekarang.Proses pengganda BR1M nampaknya lebih berkesan ,itulah sebabnya dalam keadaan ekonomi luar negara lembab,ekonomi Malaysia tetap satabil dan terus berkembang.

    3.Tun juga kena ingat,PRU 1999,Umno/BN haampir tumabang,kalau tidak kerana sokongan Cina.Manakala PRU 2013,Umno/BN menang kerana sokongan Melayu.Jadi kalau Tun menjadi marah keran faktor kehilangan sokongan Melayu,ianya tidak berapa tepat,dan kalau keran kehilangan sokongan Cina,ini adalah keran faktor Anwar dan Pas yg sanggup bersingkokol dgn DAP dan persingkokolan mereka ini adaalh berpunca dari faktor-faktor zaman Tun menjadi PM.Lihat juga mengapa PRU 2004,Umno /BN menang besar,selepas Tun meletak jawatan,issunya ialah rakyat menolak Tun dan mengharapkan Tun Abdullah lebih baik dari Tun Mahahtir.

    Banyak lagi perkara kalau mahu di ulas,tapi cukup setakat ini dulu.

    sman.

    ReplyDelete
  6. Kenapa Najib tak seperti CEO MRT -- bila gagal dia sendiri yang turun, tak perlu diminta atau disuruh. Argumen pojok ini adalah argumen yang gagal dan tidak berkait. Non sequitur.

    Sepanjang 22 tahun memang ada time Dr Mahathir gagal. Tapi pernahkah kita tengok negara jadi kucar kacir porak peranda sepertimana hari ini?

    Yang kita tengok ialah kesan totalnya. Kalau nak kira satu persatu kegagalan Najib sebagaimana dibuat kepada Dr M di sini, kita yakin takkan muat kesilapan-kesilapan Najib dalam satu pojok!

    ReplyDelete
  7. KEGAGALAN TUN M IALAH BAWA ANWAR MASUK UMNO. TAPI KEJAYAAAN TUN M SELEPAS BERSARA IALAH BERJAYA MENURUNKAN TUN ABDULLAH DRP JAWATAN PM. INI SATU HADIAH KPD MALAYSIA. PEMIMPIN UMNO ADALAH PEMIMPIN YG TAK SUKA DITEGUR SECARA BERHEMAH KERANA ITU SAYA SOKONG TEGURAN TUN M KPD NAJIB SECARA BEGINI.

    ReplyDelete
  8. Saya yakin TDM telah cuba menegur DSN secara peribadi tapi mungkin tidak diendahkan kerana DSN lebih mempercayai nasihat con sultan yang mengelilinginya!

    Jalan yang diambil TDM menegur secara terbuka amat wajar. Siapa lagi yang berani menegurnya kalau bukan beliau?

    Pada saya teguran TDM juga agak lambat kerana telah banyak kesilapan yang telah dilakukan DSN.

    Apakah kita perlu menunggu sehingga NASI MENJADI BUBUR?

    Pemimpin pemimpin UMNO menegur DSN? Jangan harap. Mereka semua bermain politik menyelamatkan diri bukan lagi perjuangan untuk agama, bangsa dan negara!

    Keputusan PRU ke 13 bukti jelas kelemahan prestasi UMNO/BN!

    Sesuatu perlu diubah supaya UMNO/BN tidak jadi pembangkang pada PRU ke 14, 2018 nanti. Kalau kepala yang busuk, maka kepala perlu diubah!

    Telah banyak kesilapan yang dilakukan DSN dan yang paling besar penghapusan ISA dan Ordinan Dharurat.

    Apakah bodoh yang lebih besar selain membuang 'senjata' untuk mempertahankan diri hanya kerana 'dicong' oleh pihak pembangkang

    Konon konon atas dasar hak asasi manusia, ketelusan dan liberal!

    Hasilnya, bukan tindakan itu diucapkan terima kasih oleh mereka, malah mereka makin berani membuat provokasi yang tidak pernak dilakukan (kecuali 1969) sebelum ini.

    Mereka berani mempersoalkan hak agama Islam, hak keistimewaan bangsa Melayu dan raja raja Melayu yang telah termaktub dalam perlembagaan!

    Perkara yang termaktub dalam perlembagaan itu telah dipersetujui oleh nenek moyang meraka, PENDATANG dari Tongsan dan Kalinga, apabila mereka diterima sebagai warganegara!

    Akur TDM juga banyak membuat kesilapan semasa menjadi PM selama 22 tahun.

    Tapi lihatlah negara kita sekarang banyak kemajuan yang dikecapi hasil pimpinan bijaksana TDM.

    Kalau kita buat timbangan saya yakin kebaikan kebaikan yang telah dilakukan oleh TDM lebih banyak dari keburukan keburukannya.

    Then what do you all expect? He is just human'

    ReplyDelete
  9. Setuju dgn celahgegar. Apa yg membuat mmi cuba menjustifikasikan masalah dgn memusing balik kpd yg menegur? Inilah sebenarnya masalah Najib & pak lah! Pun masih syok lagi?

    ReplyDelete
  10. Teguran keras setelah teguran lembut. Dah byk teguran, tapi tsk sampai. Org keliling dok buai lena. Bkn kita yg puji hasil kerja kita. Tp org yg nilai. Sekarang penyokong atas pagar lemas dgn pm, nak ke sebelah sana tak mungkin. Tp boleh berubah bila marah. Yg sokong tak belah bagi hanya ahli umno. Tlg, penyokong bkn ahli pun ramai, jgn sampai kehilangan mereka

    ReplyDelete
  11. Salam MMI, says tidak setuju dgn pendapat anda tentang dua kegagalan Tun seperti yg anda huraikan. Bagi saya dua induvidu tersebut yg gagal. Anuar Ibrahim gagal kerana cuma mahukan jawatan sebagai perdana menteri. Tun Abdullah gagal dari segi tektikal untuk menjana ekonomi negara. Saya sayangkan perdana menteri yg tengah menerajui kepimpinan negara sekarang ini. Saya sangat berharap beliau berani tegas dalam sesetengah perkara yg berkaitan dlm issue hangat sekarang ini, iaitu penghinaan terhadap agama, bangsa dan intitusi raja kita. Persoalan saya, kenapa di era Tun Mahathir perkara sensitif ini amat jarang berlaku berbanding sekarang. Tun Mahathir tidak gagal dlm dua keputusannya itu, yg gagal adalah orang yg dipertanggungjawabkannya utk mengantikan beliau. Sekian, semuga Malaysia terus maju dan aman.

    ReplyDelete
  12. Betapa ruginya UMNO mempunyai cybertrooper yang sekadar menjadi pembodek Najib. Berkata benarlah. Sudah menjadi kegusaran umum khasnya bangsa Melayu yang menyokong UMNO terhadap kepimpinan Najib yang selalu menjilat ponggong cina. Bukankah era kepimpinan Najib, Islam, Raja/Sultan dan Melayu dihina seperti anjing kurap? Dan lebih menyedihkan, orang Melayu UMNO yang memberikan kemenangan kepada UMNO/BN dilayan seperti paria. Si Bangsat yang hari-hari memaki hamun UMNO dan BN diberikan pelbagai jawatan dalam organisasi penting Kerajaan. Semoga Najib tahu menimbang awal dan akhir, tahu Allah dengan Rasul, tahu menentu sunat dan fardhu dan tahu membeza halal dan haram.

    ReplyDelete
  13. sudah tentulah tun m pon ad klemahan.sbb dy bukn maksum.btul tun yg bwk naik anwar.tp tun da tebus dgn turunkn anwar.tun tinggalkn kpd pak lah dgn ksilapan yg telah dperbaiki.kalo x,masakn paklah boleh mng besar ms 2.kmudian bila umno nyaris tumbang ms paklah in total ctrl,dtuduh plak tun pny angkara.skrg bila tun tegur najib dkata plak xikut saluran.sedarla,umno masih bnafas arini bukn sbb ahli umno,tp sbb org melayu.sokongan padu yg dberi melayu pd pru13,spatutnya dbalas dgn stimpal.tp apa yg umno buat.hentikn la sikap bhw melayu xtau apa2 ttg kpimpinan atasan.najib xsedar ap yg dy buat skrg sbijik ngn ap yg tunku abd rahman buat dulu.umno bwk2 la bgaul ngn rakyat mrhein,br tau ap yg tun katakn 2 btul ka x.br tau melayu tgh gelisah ka x.xnmpk ka pak2 mentri laju ja sanggah nasihat tun.tp bila puak pmbankang buat hal,majoriti pak2 mnteri senyap buat2 xnmpk,buat2 bz ngn keja.igt kami buta ka.

    ReplyDelete
  14. mmg btul...time Tun dulu...melayu ok,..xde yg berani perlekeh,tp skrg punya cerita...k.o....budak sekolah(bangsa pendatang) pun leh hina melayu tanpa ada pihak yg ada kuasa ambil tindakan....memang menyedihkan..

    ReplyDelete

Labels