Followers

Sunday, 7 September 2014

Guan Eng CABAR UMNO Pula Dah !!!


"Tolong tunjukkan atau buktikan tuduhan yang kata saya bagi peruntukan sampai BILION-BILION tu ?" Rasanya mungkin itulah ayat yang lebih kurang keluar dari mulut si rabun ni memandangkan tuduhan terhadapnya yang menggunakan wang rakyat negeri Pulau Pinang untuk PPS.

Hahaha kalau kawan-kawan ingat sebelum ni pun dia pernah buat silap tentang angka-angka ni dan kini sekali lagi berlaku.Nak kata rabun dah pakai kaca mata , nak kata tak ada pegawai huh belambak-lambak dok ada.Habih tu pasai apa yang boleh silap merata ni ???

Boleh jadi ada benda dok tengah cover tu...Bagi MMI rakyat Pulau Pinang ada hak untuk bersuara dan bertanya kepada Ketua Menteri Pulau Pinang dari mana PPS menadapat dana ??

Sekali tengok ja dah boleh agak pun , kerajaan negeri yang bagi sebab tu dia dok gelabah sampai tersilap.Cerita dia patut ka duit rakyat guna dan bagi kepada kumpulan HARAM tu ???

Duit ampa semua tu !! Bangkitlah pi tanya Guan Eng pasai apa guna duit rakyat ???

Guan Eng dah buat statement akan letak jawatan kalau benar dapat dibuktikan bahawa kerajaan negeri guna peruntukan RM1.5 Bilion untuk PPS.
BUTTERWORTH: Kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan DAP bersedia meletak jawatan jika Umno negeri dapat membuktikan kerajaan negeri itu menyediakan peruntukan RM1.5 bilion bagi Pasukan Peronda Sukarela (PPS).
Ketua Menteri, Lim Guan Eng berkata, laporan dalam laman web Umno menyatakan peruntukan itu untuk PPS adalah tidak tepat kerana kerajaan negeri tidak mempunyai dana sebanyak itu untuk menjayakan aktiviti unit berkenaan.
"Wang rizab negeri hanya RM1.2 bilion, (jadi) macam mana kami boleh memperuntukkan RM1.5 bilion bagi PPS?
"Seluruh barisan pemimpin kerajaan negeri akan meletak jawatan jika Umno Pulau Pinang dapat membuktikan RM1.5 bilion diperuntukkan (bagi PPS)," katanya kepada pemberita di sini, Sabtu.seterusnya 
Hah tunggu apa lagi ?? Hehehe sabaq- sabaq mau rilek ,,, 

Cerita dia Guan Eng buat silap sekali lagi , isunya bukan bilion tapi milion hahahaha bayangkan yang tu pun tak boleh nak beza.Ingatkan berani sangat siap pertaruhkan kerajaan negeri tu bro .. Ampa boleh baca pendedahan sahabat MMI kat SINI 

Apa pun bagi MMI bukan soal bilion atau milion sebab duit rakyat Pulau Pinang dah mengalir masuk pi dekat PPS pertubuhan HARAM tu !

Berapa pun ia dah melibatkan wang rakyat !! Kena ingat tu wang rakyat !!!

Jadi kalau betoi Guan Eng guna duit rakyat Pulau Pinang , perkara pertama adalah SPRM perlu segera menyiasat kemudian Guan Eng dan seluruh pimpinan DAP dan Pakatan Haprak bersedialah untuk meletakkan jawatan dan serahkan kerajaan negeri kepada kerajaan pusat.

Ada bran ???

MMI

1 comment:

  1. Audit negara boleh tolong semak.Mungkin perkara-perkara seperti uniform, walkie talkie, sewa kabin, makan minum, elaun minyak, elaun bertugas dll dibelanjakan mengikut peraturan kewangan?

    ReplyDelete

Labels