Followers

Monday, 8 September 2014

KECOH Guan Eng Di SERANG EMOSI Keterlaluan ?!!


Memang senang bila Guan Eng berbicara tentang kesalahan dan kesilapan orang lain tetapi bila kena batang hidung sendiri mulalah meracau merata tempat.Isu PPS sememangnya menyebabkan Guan Eng dengan kono-konconya tak lena tidur , maklumlah benda terang-terang dibawah pentadbiran kerajaan negeri.

Guan Eng pula siap mengaku lagi PPS ni ditubuhkan dibawah kerajaan DAP Pulau Pinang dan antara orang kuat dia yang diamanahkan untuk mengawal selia PPS adalah mamat dari Sungai Puyu tu.Dia ni bukan sahaja jaga siap pakai uniform PPS lagi masa hari buang undi di PRK Bukit Gelugor hari tu.

Semua orang tau PPS adalah pertubuhan atau kumpulan HARAM yang tidak berdaftar dengan mana-mana pihak kecuali kerajaan DAP di Pulau Pinang.

Tak pastilah kuasa apa yang ada dekat Ketua Menteri ni sampai boleh tubuh pasukan keselamatan kononnya nak jaga keselamatan orang awam.Tuihhh jaga apa kalau orang awam pun ampa balun !!!!

Bila dah jadi insiden tu semua maka timbullah persoalan demi persoalan bagaimana peruntukan dari kerajaan DAP di Pulau Pinang boleh pula disalurkan ke kumpulan HARAM ni ?

Duit rakyat tu gang !!! Main ikut suka mak bapak depa ja !!!

Jadi banyaklah yang bertanya termasuklah tentang isu sejumlah wang RM1.5 juta yang diperuntukan kepada PPS.

Nah apa jadi , bukan dia nak jawab ! si Guan Eng ni lebih suka petik kenyataan daripada umno online pula yang silap tulis million jadi billion.Kiranya statement tu tulis RM1.5 billion bukan RM1.5 million namun ianya sudah pun diperbetulkan.

Ada ka patut ? Macam la dia tak pernah buat silap MANGKAQ punya orang.

Isu ini kemudiannya diperjelaskan oleh Dato Zainal Abidin Osman selaku Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang.

Ketidakstabilan emosi ?? Haha dia ni bukan setakat emosi tapi dah sampai tahap gelabah dah pun ! MMI

No comments:

Post a Comment

Labels