Followers

Friday, 5 September 2014

Mereka Hampir Melintas PENTAS UTAMA !!


Dalam sedar tak sedar mereka sudah pun hampir melangkah melintasi pentas utama memberikan tabik hormat kepada pemimpin negeri pada hari yang cukup bermakna buat negara.Mereka mahu melangkah dengan penuh bergaya pada hari sambutan KEMERDEKAAN negara sedangkan hakikatnya merekalah yang sebenarnya sering kali mempertikaikan tentang hak dan kedudukan perlembagaan negara.

Spesis mereka jugalah yang sering buat-buat lupa tentang sejarah kontrak sosial !

Adakah kita yakin benar pasukan PPS ini mahu sama berarak di hari KEMERDEKAAN negara dengan semangat dan rasa cinta kepada negara Malaysia seperti mana kita rasakan ?

Hahaha MMI tak rasa itu matlamatnya...

Sedikit fakta sejarah untuk dibaca ,

Lee Kuan Yew sering mendakwa orang Melayu hanya berjumlah 39 % sementara bukan Melayu 51 % dan melayakkan Lee Kuan Yew menjadi Perdana Menteri Malaysia sebagaimana saranan Ramanathan. Lee Kuan Yew mempersoalkan orang Melayu sebagai penduduk jati Malaysia, mereka sebenarnya adalah juga pendatang sebagaimana Cina dan India. Contoh yang diberikan ialah Syed Jaafar Albar, ahli politik Johor yang mempunyai darah campuran keturunan Arab.

Lee Kuan Yew menyalahkan Tunku dalam kegagalan konsep "Malaysian Malay". Tunku dikatakan telah terpengaruh dengan ketuanan Melayu yang diperjuangkan oleh beberapa pelampau Melayu dari 'ultra Malay' dan 'Young Turk'.

Sebaliknya, Lee Kuan Yew mewar-warkan konsep "Malaysian Malay" dan mendapat sambutan banyak parti di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak, kecuali MCA. Gagasan Lee Kuan Yew meliputi Singapura, Pulau Pinang, Melaka, Sabah dan Sarawak.

Sebelum 1963, PAP hanya bertanding di Singapura sahaja dan Perikatan bertanding di Semenanjung Malaysia sahaja. Tapi pada 1963, Tan Siew Sin mendesak Perikatan bertanding di Singapura, namun UMNO kalah teruk. Tan Siew Sin merupakan Presiden MCA dan Menteri Kewangan Malaysia ketika itu. Pada 1964, Lee Kuan Yew mengarahkan PAP bertanding dalam pilihan raya kebangsaan di Semenanjung Malaysia bagi menentang MCA.

UMNO mahu Perlembagaan Singapura diubah bagi menjamin masa depan orang Melayu. Sedangkan Lee Kuan Yew sebagai pemimpin Singapura yang ada autoriti dalam pentadbiran negeri Singapura enggan berbuat demikian. Sebaliknya Lee Kuan Yew berjanji akan memperbaiki kehidupan orang Melayu melalui peluang pekerjaan, pendidikan dan skim perumahan.

Dalam projek perumahan, perkampungan Melayu di Singapura telah dihapuskan. Akibatnya, beberapa pergaduhan berlaku. Julai 1964, kira-kira 114 persatuan orang Melayu bertemu dengan Othman Wok iaitu Menteri Hal Ehwal Sosial Singapura bagi membincangkan kepincangan orang Melayu Singapura.
Tatkala itu, 12,000 orang Melayu mengadakan perarakan di jalan raya Singapura. Akhirnya tercetus rusuhan kaum antara Melayu dengan Cina di Singapura . Lebih 22 orang terbunuh, 200 cedera dan 1130 ditangkap. Bulan Ogos pula, sekali lagi pergaduhan berlaku. 8 terbunuh dan 60 cedera.

Kejadian ini meyakinkan Tunku bahawa dengan mengekalkan Singapura dalam Malaysia bakal mengundang rusuhan perkauman yang lebih dashyat lagi.

Oleh sebab inilah Tunku memisahkan Singapura & Malaysia kerana pergolakan yang berlaku dan kerana itu jugalah, Lee Kuan Yew Pernah menangis di hadapan Puteri Elizaberth, atas kebijaksanaan Tunku, Lee Kuan Yew Hampir sedikit lagi akan dapat Malaysia.

Itu ceritanya satu ketika dulu dan kini cerita hampir sama seolah-olah mahu diulang !

Apakah sejarah Singapura keluar dari Malaysia boleh berlaku di Pulau Pinang ??

INGAT kini DAP mengambil alih apa yang dilakukan PAP !

INGAT kini DAP sudah menguasai kerusi pembangkang dalam parlimen Malaysia !
INGAT kini DAP semakin berjaya dengan sokongan Melayu PAS dan PKR !
INGAT kini DAP makin mencapai sasaran apabila sudah ada anak-anak muda Melayu menjadi barua mereka !
INGAT kini DAP mahu Malaysia menjadi milik mereka ! 

TERKINI PAS sudah pun berpecah dua dengan tertubuhnya PASMA !! MMI akan ulas di artikel seterusnya.

Baca juga artikel berkaitan di SINI 

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels