Followers

Saturday, 6 September 2014

SABAH & MALAYSIA Hati-Hati Dengan Gerakan SUBVERSIF !!


Sebelum ni MMI pernah menyiarkan artikel tentang usaha pihak-pihak tertentu yang cuba untuk menghasut rakyat agar Sabah dan Sarawak keluar dari Malaysia Baca Sini.Semenjak itu dari pengamatan MMI sendiri usaha ini tidak pernah berakhir ada sahaja tangan-tangan ghaib atau mereka di luar sana yang cuba untuk meneruskan hasutan ini.

Yang pasti pelbagai cara dan kaedah digunakan dan apa yang disampaikan semuanya perkara-perkara buruk belaka.Seolah-olah langsung tidak ada sebarang usaha dan komitmen kerajaan Malaysia untuk sama-sama membangunkan bumi Sabah dan Sarawak seperti mana negeri-negeri lain.

Walaupun begitu gerakan sebegini seharusnya dipantau dengan serapi mungkin kerana ia pernah berlaku sebelum ini dan amat dasyat sekali.

Insiden Lahad Datu sebenarnya memberikan kita banyak pengajaran betapa musuh negara begitu mudah menceroboh kedaulatan negara seterusnya membunuh rakyat kita.Para anggota keselamatan yang gugur ketika mempertahankan bumi Lahad Datu bukanlah mereka yang hanya layak untuk kita kenang sebagai PERWIRA negara sahaja tetapi pengorbanan itu perlu dikaji dengan sebaik-baiknya.

Pengajaran daripada insiden dan kematian perwira tanahair seharusnya membuka mata kita bahawa terdapat mereka yang mengaku rakyat turut sama membantu malah mungkin menjadi tali barut kepada musuh-musuh ini.

Jangan lupa kerana tali barut inilah maka pasukan keselamatan kita gugur meninggalkan keluarga yang tersayang !

MMI secara jujurnya melihat insiden ini sebagai titik mula kepada sesuatu yang lebih besar dan kita seharusnya berhati-hati.

Untuk rekod antara yang terbaru adalah gerakan pihak atau individu tertentu yang berusaha untuk menghasut melalui media maya.


Pada Rabu, satu laporan polis diterima berhubung terdapat kumpulan yang aktif menyampaikan gerakan membawa Sabah keluar dari Malaysia menerusi akaun facebook yang didaftar dengan nama Sabah Sarawak Keluar Malaysia, SSKM.

Susulan itu, polis Sabah telah menubuhkan sebuah pasukan khas bagi menyiasat secara terperinci pemilik akaun berkenaan.sumber 

Ini bukan cerita main-main kawan-kawan ini betu-betul , walaupun ada sesetengah dari kita yang mungkin masih selesa tetapi percayalah gerakan seperti ini akan berterusan dan ianya mampu menghasilkan sesuatu.

Dalam hal ini MMI bersetuju dengan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal apabila berkata, gerakan berkenaan perlu diberi perhatian serius kerana bakal mengundang kekacauan kepada masyarakat.

Tegasnya, jika tindakan tersebut dibiarkan berlarutan, tidak mustahil lama-kelamaan rakyat negara ini akan menerima mesej negatif.

“Masyarakat perlu diberi pemahaman yang mendalam mengenai kesan akibat tindakan tidak bertanggungjawab itu.

“Apabila minda dah dikuasai, ia akan disusuli dengan satu tindakan. Ini yang membimbangkan kita tentang tindakan-tindakan yang akan boleh menghebatkan keadaan kacau-bilau di peringkat negara.

“Kita harus faham, negara ini berbagai kaum dan berbagai anutan agama,” katanya.

MMI

1 comment:

  1. Orang cina DAP yg mulakan gerakan ni. Biarkan cina cina sial ni bergembira sekarang. Nanti bila berpisah Sabah dan Sarawak, cina cina di sana akan dibunuh beramai ramai. Padan muka mereka. Nak sangat.

    ReplyDelete

Labels