Krisis Politik di Selangor yang semakin meruncing menampakkan ketidakmatangan ahli politik pembangkang mengendalikan sesuatu masalah.
Malah lebih memburukkan keadaan apabila sesama Pakatan Rakyat mula menunding jari menuduh satu sama lain, mencari salah sesama sendiri.
Tidak kiralah di peringkat pucuk pimpinan hinggalah ke barisan pemuda dan akar umbi.
Terbaru Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali menyeru semua pemimpin dan anggota PKR bertenang dan tidak melakukan sebarang tindakan yang boleh mengeruhkan suasana politik khusus berkaitan kemelut menteri besar Selangor.
Beliau mengakui parti itu sedang berdepan ‘kesukaran’ tetapi yakin kepimpinan parti mampu mengatasinya berdasarkan pengalaman dan semangat muafakat dalam Pakatan Rakyat.
Malah Azmin mahu pemimpin serta ahli parti itu tidak melatah dalam mengeluarkan sebarang kenyataan atau membuat keputusan.
Permintaan Azmin itu merujuk kepada perkembangan terkini isu jawatan Menteri Besar Selangor, terutama selepas baginda Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah menyuarakan rasa dukacitanya terhadap PKR dan DAP yang gagal mengemukakan lebih dua nama calon Menteri Besar Selangor seperti titahnya sebelum ini.
“Saya akui kita sekarang sedang menghadapi sedikit kesukaran namun berdasarkan pengalaman dan dengan semangat muafakat dalam parti dan Pakatan Rakyat, pimpinan PKR akan dapat mengatasi kesukaran sekarang.
“Kita akan menggunakan kebijaksanaan untuk menjernihkan kekeruhan ini,” kata Azmin yang juga Pengerusi PKR Selangor dalam satu kenyataan hari ini.
Beliau juga menegaskan dasar PKR yang mendukung sistem demokrasi dan Raja Berperlembagaan yang menjadi tunggak serta asas kepada pentadbiran kerajaan negeri.
“Saya yakin kita akan keluar dari kemelut sekarang dan kita perlu menggilap iltizam dan azam untuk maju ke hadapan dan membangunkan Selangor dan menjaga kepentingan rakyat jelata,” katanya.
Pagi ini Istana Selangor menyifatkan tindakan PKR dan DAP yang hanya mengemukakan nama Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail sahaja sebagai “engkar” kepada titah Sultan yang meminta mereka mencalonkan lebih daripada dua nama sebagai calon MB.
Setiausaha Sulit kepada Sultan Selangor, Datuk Mohamad Munir Bani berkata istana menganggap perbuatan kedua-dua parti itu sebagai “menggambarkan kebiadapan kepada institusi raja” dan “merupakan perbuatan derhaka” kepada baginda.sumber
Bagi MMI apa yang si Azmin ni kata tak ubah sekadar game semata-mata , ayat kononnya PKR mendokong sistem demokrasi dan Raja Berperlembagaan hanyalah kenyataan politik penuh helah.
Pernah ka PKR hormati Sultan Selangor sejak krisi politik di negeri itu bermula ?????
Drama semua tuh !!!
MMI
Bila sengaja buat tak faham perutusan titah DYMM Sultan Selangor maka rakyat Selangor mungkin kena ambil tahu tindakan akan datang yang bakal diambil oleh PKR dan DAP sterusnya. Sekarang pun dah ada suara-suara sumbang perlekehkan DYMM Sultan. Matlamat politik seperti mudah dijangka dan boleh dibaca.DAP Penang tonjolkan PPS, Selangor PKR menentang siapa yang menolak DSWAWI dan Jefry Kitingan di Sabah sibuk nak keluar Malaysia.
ReplyDelete