Followers

Thursday, 27 November 2014

Apa Yang Di Maksudkan Tentang PEREMAJAAN Parti !!


Pada perhimpunan kali ini , Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia dilihat lebih lantang dalam menyampaikan hasrat hati mereka untuk terus melihat parti keramat UMNO kekal relevan menjadi perisai kepada orang-orang Melayu.

Sayap parti UMNO itu kini dilihat sudah mula merasai bahang politik negara apabila kehadiran mereka dalam perhimpunan kali ini tidak lagi hanya membicarakan soal politik orang Melayu tetapi mula membicarakan soal betapa pentingnya kedudukan parti keramat itu diperkasakan.

Ini jelas dapat dilihat apabila Pemuda UMNO mula melaungkan agar transformasi dalam barisan kepimpinan UMNO  segera dilakukan.

Menurut ketuanya, Khairy Jamaluddin Abu Bakar proses peremajaan parti perlu dilakukan oleh pimpinan tertinggi sebagai menjamin kelansungan perjuangan parti pada masa depan.

“Berilah ruang dan peluang kepada orang muda. Janganlah lihat orang muda sebagai ancaman. Masa sudah tiba untuk lihat peremajaan parti dari sekarang bermula dengan di Selangor.

“Mengambil contoh di dalam di Dewan Rakyat sendiri boleh lihat barisan pembangkang lebih memberi kepercayaan kepada golongan muda dan inilah yang barisan pemuda UMNO mahukan,” katanya sambil disahut dengan sokongan oleh perwakilan pemuda.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan Ucapan Dasar Ketua Pemuda pada Perhimpunan Pergerakan itu di Dewan Tun Hussein Onn, PWTC, Rabu.

Tambahnya dengan mengambil contoh barisan kepimpinan dahulu terbukti banyak yang memegang jawatan tertinggi dan penting bermula di usia 30-an.

“Pemuda di Dewan Rakyat, pemuda di Dewan Undangan Negeri, pemuda di GLC (syarikat berkaitan kerajaan), pemuda jadi Timbalan Menteri dan lebih ramai jadi Menteri,” katanya.

Justeru itu Khairy dalam ucapan penggulungannya semalam mengingatkan kepada para perwakilan dan semua pihak supaya jangan salah faham dengan apa yang telah dibangkitkan.

Peremajaan parti itu penting untuk mengukuhkan kedudukan parti UMNO disaat pelbagai persepsi dilontarkan oleh pihak-pihak di luar sana kononnya parti keramat orang Melayu ini semakin lemah.

Kerana itu proses untuk terus memperkasakan parti harus bermula dari sekarang dan pemuda harus diberikan peluang untuk membuktikan bahawa mereka mampu menyumbang demi kebaikan parti.

Namun ianya perlulah disusuli dengan tindakan dan usaha yang bersungguh-sungguh dari kalangan pemuda itu sendiri sebagai BUKTI kepada pucuk pimpinan bahawa pemuda telah benar-benar bersedia.

Pada pandangan MMI , apa yang mahu dilihat oleh KJ selaku Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia adalah kehadiran pemuda itu harus dilihat sebagai seorang PEMIMPIN yang mampu memayungi akar umbi di bawah bukan sekadar seorang Ketua Pemuda parti !!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels