Followers

Saturday, 29 November 2014

Blogger @nfarhananuar Akan BELA UMNO Lepas Ni !!


Terima kasih MMI ucapkan kepada anak kelahiran Terangganu yang bercakap pelat KL ni sebab BERANI tampil menjadi jurucakap bagi Kelab UMNO Luar Negara (KULN) dalam Perhimpunan Agung UMNO 2014.

Semestinya kehadiran anak muda seperti ini akan menjadikan UMNO terus di persada memandangkan golongan cerdik pandai sepertinya MAMPU melakukan apa sahaja demi sebuah perjuangan untuk Bangsa , Agama dan Negara.

Mungkin juga inilah sebahagian daripada intipati proses peremajaan parti yang dilaung-laungkan sejak hari pertama perhimpunan bermula.

Malah paling HEBAT wakil KULN ini yang sebelum ni tak pernah nampak dalam mana-mana peperangan siber semenjak 2008 yang lalu MENGGEMPARKAN dunia maya UMNO.

Farhana yang secara tiba-tiba muncul terus sahaja menghina kesemua pejuang media siber pro-UMNO hanya kerana dikatakan GAGAL menangkis serangan pembangkang terhadap Rosmah.

Tanpa sebarang SALAM , Farhana seolah-olah begitu mengenali para pejuang siber UMNO dan begitu faham dengan medan terbuka ini yang telah meledakkan dentuman pertamanya sejak 2008 yang lalu atau mungkin lebih lama dari itu.

Jelas sekali tindakan masuk tanpa SALAM itu bukan budaya MELAYU ! Melayu ada sopannya dan Melayu juga ada santunnya.Apakah Farhana sudah lupa tentang budaya orang Melayu ? Kesian , mungkin salah Rusia agaknya.

Gadis berpelat KL ini juga seolah-olah faham benar dengan dunia perang siber negara dan mungkin juga selepas ini kita semua dapat melihat bagaimana blogger KULN ini mempertahankan Rosmah dan semua pemimpin UMNO termasuklah Bangsa , Agama dan Negara.

Cuma kadang-kadang MMI terfikir , di mana Farhana pada ketika sahabat-sahabat pejuang siber UMNO yang lain berada dilapangan ? Ke mana perginya Farhana pada ketika parti keramat UMNO dan agama Islam dihina dan dicerca ?

Apa pula yang Farhana lakukan pada ketika orang-orang Melayu ditindas oleh rejim DAP ?

Di mana duduknya Farhana pada ketika pejuang siber UMNO berpanas dan berhujan semata-mata untuk mempertahankan UMNO ?

Di mana Farhana pada waktu PRU12 , PRU13 yang lalu ?

Tak sepatutnya kamu menghina para pejuang siber UMNO sebegitu rupa ! 

MMI pasti ada kelemahan di mana-mana tetapi melabel pejuang siber UMNO sebagai GAGAL mempertahankan Rosmah selain parti dan pimpinannya adalah satu tindakan yang amat BIADAP !

Rasanya cukup setakat itu , akhir kalam mungkin selepas ini Farhana boleh segera MEMBUKTIKAN kepada semua pejuang siber UMNO tentang JANJI kamu itu !!!!

Jangan hanya bercakap kosong tanpa idea bernas dan gerak kerja yang boleh dibanggakan oleh mereka-mereka yang mendengar keceluparan mulut kamu semalam !

MMI

6 comments:

  1. Aku cuba search nama Si Farhana ni dalam Google, pasai pa tak timbul pun nama dia? Dia buat blog guna nama apa? Nak juga aku pick-up idea - idea bernas dia dalam blog tu untuk pertahankan RM.

    ReplyDelete
  2. itulah kamu
    bila di kritik kamu semua cepat melatah
    kalau saya kata nasi lemak mak cik kiah tidak sedap mestikan saya juga kena belajar dan masak nasi lemak melebehi kemahiran makcik kiah.
    tugas kamu para pejuang untuk berjuang dan kami lihat hasil perjuangan kamu selama ini gagal walaupun kamu kata kamu berjaya. Kejayaan kamu bukan kamu yang menilainya tapi org yang memerhatikan kamu. Malas nak ulas panjang panjang sebab nanti kamu akan suruh saya plak jadi bloger

    ReplyDelete
  3. MMI tak kan lah melatah terkinja kinja kot. Inilah yang kita perlukan, seorang anak muda yg berani. Bagi lah semangat kat dia ok.

    ReplyDelete
  4. Ambiklah sebagai kritikan membina,tak perlu melompat kalau dah buat keja..Shaba's Nor Farhana.

    ReplyDelete
  5. TEGURAN yg. MENIPU - jadi mana nak boleh diterima para blogger pro-UMNO yg. BERSUSAH PAYAH selama ni!
    ANGKUHnya soorang lagi BUDAK-MENTAH- belajaq luar negeri seolah mcm. PEMBODEK-PEMBODEK-BUDAK-MENTAH-rekrut-si mamat-kari-LIBERAL-ZUMBA-graduan-oxPOT serta timbalanROMEO-BIADAPnya - ingat depa lebih hebat dari semua; dah sibuk pula dok kutuk blogger pro-UMNO, selepas sibuk kutuk org. lama/warga TUA dlm. UMNO! Kalau inilah jenis pemimpin masa depan - HANCOQ teruslah UMNO!

    Itulah masa Konvensyen, si muda-mudi-LIBERAL Putera-Puteri UMNO sibuk nak BERLAKON-kalah-BOLLYWOOD - MEMUAKkan betul! Lepas tu sewenangnya TAK nak BERTANGGUNGJAWAB di atas KEGAGALAN pucuk pimpinan si puak LIBERAL ni; tapi bukan main ala-"revolusi anak-MUDA-Arab Spring-tajaan FcBook-yg. kepunyaan si Zuckerberg-ZIONIS-JAHANAM”, nak MENYALAHkan semata-mata pemimpin lama/lebih TUA/warga emas pula; dan sekrg. para blogger pro-UMNO pula! Dan juga baru setahun jagung; serta ada yg. TAK bermoral, tapi dok ingat sewenangnya nak RAMPAS kuasa termasuk nakkan jawatan-ala-keretapi-EKSPRES dlm. UMNO/JPA/GLC sesuka hati; seolah pemimpin yg. lebih lama/tua dan matang, dah TAK berguna, kolot dan tidak perlu dihargai! Itukah cara mereka MELAYAN mak-bapak/tok-nenek depa?!

    Sedgkan PEJUANG/PEJUANG TULEN Islam/Melayu dari NGO-NGO serta blogger-blogger media sosial-pro UMNO yg. asyik dituduh si-Pemuda/Pemudi-LIBERAL ni sbg. ‘radikal/ekstremis/berhaluan kanan/ortodox/kolot’ mahupun ’lembap‘ pula sekrg. - yg. BERSUSAH-PAYAH ke hulu-ke hilir- termasuk- di sosial media-dgn.-TANGKAS, termasuk pemimpin/individu pertengahan umur/TUA, yg. MEMPERTAHANkan dgn. amat BERANI dan LANTANG, ISLAM/umatnya serta hak BUMIPUTERA selama ni!

    Manakala si puak MUDA-LIBERAL yg. KONONnya “generasi-proaktif-X/Y-DIGITAL“ dan mendabik dada-dgn-angkuh “I-moden/moderat/cergas/progresif- jenis liberal-tau you“ terus TIDOQ/BERZUMBA/BERGLAMER-termasuk-bersosial-ala-omputih-di ‘CAFE‘ mcm. biasa, bila ejen-ejen si PENDATANG KAPIRDAJAL DAPBANGKAI/PKRSODOM dan TUAN Barat-Zionisnya, terus MENYERANG bertubi-tubi ISLAM/umatnya yg. termasuk Kesultanan Melayu kita, serta hak Bumiputera, kat sosial media!
    Jadi baiklah mana-mana si Putera/Puteri-PEMBODEK-syok-sendiri ni, baca artikel BERNAS ni di - http://www.sematankelawas.com/2014/11/pau2014-perwakilan-mahasiswa-perlu-peka.html , #PAU2014: Perwakilan Mahasiswa Perlu Peka Isu; Malaysia Bukan Rosmah Sahaja!

    Nenek TUA Sambal Petai.

    ReplyDelete
  6. sudah-sudahlah menghentam wakil kULN ini. kalau salah sekalipun tegur dgn berhemah. jgn mematahkan semangat depa yang baru nak berjuang. korang jugak bgtau suruh mahasiswa menumpukan perhatian dalam pelajaran lah.. habiskan ijazah lah.. sekurang-kurang kita tahu mahasiswa kita di luar negeri masih bersetia dgn umno. kalau dok hentam saja. alamatnya depa ni beralih angin. itu lah yang menjadi agenda DAP yang UMNO ini suka mencantas dan tidak memberi ruang kepada org muda atau golongan profesional. jangan esok dah takde calon berkaliber, baru sibuk nak tunjuk org ni salah.. orang salah...

    ReplyDelete

Labels