Followers

Tuesday, 25 November 2014

Cukai Taksiran Di P.Pinang Apa Kata Ketua Pembangkang @jaharahamid


Siang tadi MMI ada tulis tentang pengumuman kerajaan DAP Pulau Pinang untuk menaikkan kadar cukai yang kononnya bakal menjana pendapatan kerajaan negeri Baca SINI 

Walaupun kita tahu bahawa apa yang dilakukan oleh kerajaan DAP Pulau Pinang itu merupakan kegagalan mereka sendiri hakikatnya DAP sememangnya tidak bertanggungjawab.Sering kali berbohong dan sering kali menjadikan rakyat sebagai mangsa disebabkan kelemahan mengurus.

Untuk itu jom kita tengok apa kata Iron Lady , YB Datuk Jahara Hamid selaku Ketua Pebangkang di Pulau Pinang.

Kenyataan Media
YB Dato' Jahara Hamid
Ketua Pembangkang DUN Pulau Pinang 
25 November 2014

Kerajaan Negeri Pulau Pinang "flip-flop" Dalam Kenaikan Cukai Taksiran oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai

1. Kerajaan Pulau Pinang telah mengumumkan kenaikan kadar cukai taksiran oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang dan Majlis Perbandaran Seberang Perai berkuatkuasa mulai 1 Januari 2015. Kenaikan ini dikatakan akan memberi hasil tambahan sebanyak RM 40 juta kepada kedua-dua PBT. Alasan yang diberikan oleh Kerajaan Negeri, antaranya adalah kerana peningkatan kos mengurus sisa pepejal oleh kedua-dua PBT.

2. Ini bercanggahan dengan laporan Buletin Mutiara pada 9 Januari 2014, yang melaporkan Ketua Menteri Pulau Pinang sebagai berkata kerajaan negeri Pulau Pinang akan mengabaikan syor kerajaan Pusat untuk menaikkan kadar cukai taksiran di Pulau Pinang dengan alasan tidak mahu membebankan rakyat negeri ini.

3. Saya berpandangan kenaikan kadar cukai taksiran yang diumumkan oleh kerajaan negeri semalam adalah kerana ketidakcekapan pengurusan sumber oleh kerajaan negeri. Kedua-dua PBT merekodkan jumlah tunggakan cukai taksiran yang besar. Mengikut Laporan Ketua Audit Negara Mengenai Penyata Kewangan MPSP dan MPPP bagi tahun 2013, jumlah tunggakan cukai pintu yang tidak dikutip oleh MPSP berjumlah RM 21.8 juta manakala bagi MPPP adalah sebanyak RM54.5 juta.

4. Langkah yang sewajarnya diambil oleh kerajaan negeri ialah mencari jalan untuk meningkat kecekapan kedua-dua PBT yang gagal mengutip tunggakan cukai taksiran yang berjumlah RM 76.3 juta. Keputusan menaikkan cukai taksiran bagaikan memaksa pembayar cukai menampung tunggakan besar untuk mereka yang tidak membayar. Adakah ini layanan yang adil terhadap rakyat Pulau Pinang yang membayar cukai taksiran?

5. Kenaikan cukai taksiran bukan sahaja tidak dapat menyelesaikan masalah tunggakan, malah masalah tersebut dijangka menjadi lebih teruk lagi ekoran tidak ternampak sebarang usaha yang gigih untuk menangani punca masalah tunggakan iaitu ketidakcekapan kedua-dua PBT. Rakyat Pulau Pinang berhak mengetahui kenapa tunggakan sejumlah RM 76.3 juta tersebut tidak dapat dikutip. Adakah kedua-dua PBT takut untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang enggan membayar cukai taksiran?

6. Saya juga ingin menyarankan supaya Kerajaan Negeri lebih serius dalam menangani kewujudan ribuan kilang-kilang haram di kawasan Pulau dan Seberang Perai. Kerajaan negeri perlu melaksanakan langkah-langkah pemutihan untuk melesenkan kilang-kilang tersebut bagi tujuan menjana hasil tambahan kepada MPSP dan MPPP tanpa perlu membebankan rakyat dengan kenaikan cukai.

7. Kerajaan negeri melalui PBT juga telah menaikkan kadar sewaan gerai Medan Selera dan juga tapak niaga pasar awam sebanyak 100 peratus atas alasan tidak cukup kewangan untuk menyelenggara dan mengubahsuai premis -premis berkenaan. Pada masa yang sama kedua-dua PBT mengumpul jumlah wang yang besar melalui denda dan saman parkir. 

Terima kasih.

Rakyat Pulau Pinang berhak mengetahui kenapa tunggakan sejumlah RM 76.3 juta tersebut tidak dapat dikutip. Adakah kedua-dua PBT takut untuk mengambil tindakan terhadap mereka yang enggan membayar cukai taksiran?

Kita tengok apa depa nak kata ??

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels