Followers

Tuesday 25 November 2014

Dari Rakyat Kepada Rakyat PRIHATIN SUNGGUH Kerajaan DAP


Sememangnya Lim Guan Eng dan kerajaan DAP di Pulau Pinang ni BIJAK dan merupakan antara kerajaan negeri yang paling HEBAT dalam semua negeri di Malaysia.Ketua Menteri Pulau Pinang yang asalnya dari Melaka ni juga bukan calang-calang orang sebab dia MAMPU memberikan jawapan malah menyelesaikan tanda tanya rakyat tentang hal-hal tertentu dengan sekelip mata.

Macam isu banjir di Pulau Pinang , Guan Eng jawab mudah ja ... KALAU TAK ADA HUJAN MAKA TAK ADALAH BANJIR perghh memang terbaiklah tak perlu fikir teruk-teruk macam orang lain.CEPAT dan PANTAS menyelesaikan masalah !!

Sering kali mengaku bahawa Pulau Pinang di bawah DAP telah berjaya mengorak langkah menjadi negeri terbaik dan MAMPU meningkatkan kedudukan ekonominya berbanding waktu Barisan Nasional dahulu.

Hebat ! Memang hebat ! 

Dan kerana hebat itulah maka kerajaan DAP mengumumkan akan menaikkan kadar cukai pintu berkuatkuasa tahun hadapan.Alasannya mudah , kenaikan cukai ini akan membantu menjana pendapatan kerajaan negeri.

Pemilik rumah dan premis perniagaan di negeri ini terpaksa membayar kadar cukai pintu baharu yang lebih tinggi selepas Kerajaaan DAP Pulau Pinang membuat keputusan untuk menaikkanya pada tahun hadapan.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Lalu -lintas dan Tebatan Banjir negeri, Chow Kon Yeow berkata, keputusan berkenaan tidak akan membebankan rakyat negeri ini selain bertujuan menjana pendapatan tambahan kepada negeri.

Kadar baru yang ditetapkan katanya bergantung kepada jenis kediaman iaitu tambahan hampir RM10 bagi rumah kos rendah dan sederhana  manakala pemilik kondominium akan membayar tambahan hampir RM50.

” Bagi pemilik kelab golf pula, kadar baharu cukai yang akan dikenakan lebih tinggi iaitu 4.45 peratus di bahagian pulau dan 4.25 peratus di Seberang Perai,” katanya dalam sidang akhbar di sini hari ini.

Kon Yeow berkata, Kerajaan DAP Pulau Pinang terpaksa bersetuju dengan kenaikan itu kerana telah diminta oleh pihak berkuasa tempatan (PBT) sejak 2010 manakala kali terakhir cukai pintu dinaikkan di negeri ialah pada 2004 ketika zaman pemerintahan Barisan Nasional (BN).

Katanya, kadar baharu berkenaan dijangka memberi tambahan pendapatan sebanyak RM40 juta dan akan dikutip oleh Majlis Perbandaran Pulau Pinang (MPPP) dan Majlis Perbandaran Seberang Perai (MPSP).

” Tambahan hasil diperlukan kerajaan negeri kerana kami berdepan dengan los tinggi untuk meningkatkan perkhidmatan kepada rakyat seperti membaiki kemudahan infrastruktur di negeri ini,” katanya. UM 

Ehh menjana pendapatan kerajaan negeri ? 

Untuk apa ? Bukan ka selama ni kerajaan DAP Pulau Pinang mengaku dan melalak saban waktu mereka punya kedudukan kewangan dan ekonomi yang terbaik ?

Mana pi habis semua tu ?

Ohh lupa plak .. Dah guna dah !!!!


Duit rakyat tu gang !! Ampa jangan lupa  .. Surcaj air , cukai katil , untung jual tanah , kenaikkan kadar sewa gerai-gerai , cukai kerusi meja , caj parking yang dilanjutkan tempoh !!

Dari rakyat kepada rakyat ?

Hahaha pembinaan rumah untuk warga marhain masih lagi jadi MISTERI bro .. 

MMI  

No comments:

Post a Comment

Labels