Followers

Tuesday 25 November 2014

DUN SELANGOR , DAP Bikin PANAZZ .. PAS Kata Tak Apalah !!!

 

LAWAN jangan kira !! Kita berhak sebab ini demokrasi ...

Barangkali kalimah itulah yang dijadikan sebagai pendirian puak DAP apabila mereka mencabar kedudukan kerusi Timbalan Speaker DUN Selangor yang pada awalnya dijanjikan kepada wakil PAS.

Lagipun, Menteri Besar Mohamad Azmin Ali sudah umum kerusi timbalan speaker adalah kuota PAS sebagai ganti kerana parti itu hilang satu kuota Exco apabila Azmin membentuk Kabinet baharu selepas beliau menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Dengan keputusan DAP Selangor mencadangkan Adun Sekinchan, Ng Swee Lim amat jelas bahawa parti itu masih ada  ‘dendam tak sudah’ terhadap PAS.

Ramai sedia maklum, pergeseran pemimpin atasan DAP dengan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dalam isu perebutan jawatan Menteri Besar Selangor apabila ahli parlimen Marang itu tidak menyokong pencalonan Presiden PKR Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Gobind Singh Deo antara lantang mengkritik Hadi semata-mata kerana beliau tidak hadir mesnyuarat Majlis Presiden Pakatan Rakyat (PR).

Mungkin kerana itu juga DAP Selangor merancang berebut kerusi timbalan speaker yang sepatutnya boleh selesai awal-awal lagi jika PAS sudah menamakan calon mereka ketika diminta Menteri Besar.

Malangnya, sikap berlengah PAS hampir memakan diri.seterusnya 

Well macam biasa MMI cuma nak tanya apa cer bro PAS ?

Masih nak senyum sumbing lagi ker ? 

Tak apalah benda tu demokrasi jadi kita tak ada masalah sebab perkara paling penting adalah Pakatan Haprak terus menjadi kerajaan negeri Selangor .. Nak kata macam tu ka ????

Adehhh kenapalah bangang sangat , sedarlah diri tu .. Buatlah kajian sikit tengok apa yang patut ! DAP dok buat apa dekat ampa ???

PAS selalu bagi alasan mereka rasa dikhianati oleh UMNO sebab tulah keluar dari Barisan Nasional. Betul ker ? Ampa baca kat sini sejarahnya KLIK 

Bayangkan sejarah tu pun nak di spinnya maka MMI rasa kita WAJAR menerima hakikat bahawa PAS sememangnya suka dengan tabiat dan kelakuan sedemikian.

Kerana kemaruk kuasa jadi PENCACAI pun sanggup !!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels