Followers

Thursday 27 November 2014

KJ BERANG Bila Ada Pihak PERTIKAI Sumbangan Yang Di-Pertuan Agung


Ucapan penggulungan YB Khairy Jamaluddin , Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia petang semalam dalam Perhimpunan Agung Pemuda UMNO Malaysia 2014 dimulakan dengan nada yang cukup keras.Beliau yang dilihat berang dengan tindakan pihak-pihak tertentu yang diibaratkan sebagai sudah melebihi hadnya mendapat perhatian dan sokongan para perwakilan pemuda yang bersidang.

Isunya berkaitan keputusan kabinet setelah di pohon oleh Majlis Raja-Raja untuk menukar beberapa nama jalan di ibu negara  dengan meletakkan nama-nama bekas Yang Di-Pertuan Agung.

Seperti biasa pihak pembangkang akan cepat-cepat melalak dan mempertikaikan keputusan tersebut.Tidak cukup dengan itu mereka diberitakan akan membawa perkara ini ke Dewan Rakyat untuk mempertikaikan keputusan tersebut dengan alasan majoriti penduduk di KL adalah orang bukan Melayu.

Beginilah sikap pembangkang khususnya DAP yang begitu angkuh menunjukkan belang mereka apabila ada keputusan yang membabitkan orang Melayu atau nama Melayu.

Berang dengan sikap dan tindakan puak dan pemimpin PR , KJ hari ini menyeru perwakilan Pemuda agar "bangkit mempertahankan agama, bangsa dan negara".

Dalam ucapannya KJ memaklumkan kepada para perwakilan , media sosial Twitter dipenuhi lambakan individu yang mempertikaikan jasa bekas-bekas Yang di-Pertuan Agong kepada negara yang kini diabadikan pada nama jalan di Kuala Lumpur.

Sedangkan katanya, kerajaan Pulau Pinang boleh pula menamakan jalan di Pulau Pinang sempena nama mendiang Karpal Singh.

"Kenapa tak kecoh jalan di Pulau Pinang dinamakan Jalan Karpal Singh? Tak ada siapa pun yang bising," katanya.

"(Mereka tanya) apakah sumbangan Yang di-pertuan Agong kepada negara? (Mereka kata) sekurang-kurangnya Karpal Singh ada berbakti kepada bangsa.

KJ berkata media sosial hari ini turut dipenuhi dengan respons kurang menyenangkan terhadap ucapannya pagi tadi.

Ada yang berani mengakui mereka tidak terikat dengan kontrak sosial malah ada juga yang menyifatkan hak istimewa orang Melayu sebagai 'sejarah' semata-mata.

Menurut beliau , ia berlaku kerana sebahagian media sengaja menggambarkan ucapan dasarnya bersifat perkauman.

Sedangkan jelasnya, 16 halaman daripada ucapannya menyentuh tentang peremajaan semula Umno sebagai sebuah parti.

"Yang dilaporkan adalah tanggapan, gambaran bahawa kita adalah parti yang rasis. Kononnya kita mereka segala-galanya.

"Saya nak beritahu tuan-tuan inilah buktinya sekiranya kita tak bangkit di benteng hadapan - negara, bangsa dan agama kita akan diperlekehkan," laung KJ penuh bersemangat disambut tepukan berdiri daripada perwakilan. 

Isunya disini adalah pembangkang khususnya DAP sudah terlalu BIADAP , mereka dengan sengaja cuba untuk mencetuskan rasa marah orang-orang Melayu apabila membandingkan jasa Karpal Singh dengan Yang Di-Pertuan Agung sedangkan dalam masa yang sama mereka tahu bahawa kedudukan Raja-Raja Melayu itu di JAMIN oleh perlembagaan negara.

Tindakan mempertikai serta persoalan biadap itu bukanlah sesuatu yang boleh dibuat main-main.Ianya merupakan bukti bahawa pembangkang khususnya DAP tidak pernah menghormati orang Melayu dan mereka kini bukan sahaja dibiarkan BEBAS untuk terus mencela KITA tetapi sudah mula memijak kepala orang-orang Melayu.

Jangan ALPA !!

MMI

1 comment:

  1. Selagi melayu seperti mat sabu dan sewaktu dgn nye ...........menyokong cina dap dan sjnis dgnnye.melayu akan dhina. No more vote for these ppl.

    ReplyDelete

Labels