Pengajuran Pameran Udara & Maritim Antarabangsa Langkawi (LIMA) 15 yang diadakan kali ini dilihat kena pada masa dan ketikanya.Disaat seluruh dunia kini sedang berdepan dengan ancaman pihak-pihak yang mampu menggugat keselamatan negara-negara di dunia , penganjuran LIMA 15 bukan sahaja merancakkan dunia perniagaan aeroangkasa dan maritim tetapi juga menjadi jambatan memperkukuhkan hubungan diplomatik diantara negara-negara serantau khususnya di peringkat ASEAN.
Hubungan ini amat penting memandangkan sokongan serta kepercayaan di antara satu sama lain mampu memainkan peranan besar bukan sahaja dalam kapasiti ketenteraan tetapi juga dalam hal-hal melibatkan bantuan kemanusiaan.
Penyertaan 512 buah syarikat daripada 36 syarikat seluruh dunia melibatkan 110 pesawat dan 65 kapal laut menjadi bukti betapa negara-negara dunia begitu komited untuk menjayakan LIMA 15.
Hakikatnya faktor keselamatan menjadi nadi utama kepada pembangunan serta kejayaan sesebuah negara dan ianya amat mudah untuk dimanipulasi oleh mana-mana pihak sekalipun.Kerana itu hubungan yang diwujudkan melalui penganjuran LIMA 15 mampu sekurang-kurangnya menjadi asas atau jambatan kepada penyelesaian terhadap apa jua konflik yang tercetus melalui meja rundingan dan bukannya persengketaan yang mampu mewujudkan peperangan yang tidak akan menguntungkan mana-mana pihak.
Mengambil contoh isu kehilangan pesawat MH370 , pelbagai pihak tampil dengan bermacam andaian yang mampu mengeruhkan hubungan diantara Malaysia dan China malah mungkin melibatkan negara-negara lain juga.Insiden terbabit jika tidak ditangani dengan baik pastinya mampu mengundang musibah namun kerana hubungan diplomatik negara Malaysia dengan China yang telah terjalin sejak sekian lama ianya mampu dielakkan malah satu kerjasama yang baik dapat diwujudkan oleh kedua-dua negara bagi menghadapi situasi terbabit.
Tidak cukup dengan itu negara-negara kuasa besar dunia seperti Amerika Syarikat , Australia , Jepun dan lain-lain turut sama menghulurkan bantuan dan semua ini tidak akan berlaku sekiranya Malaysia mahupun negara-negara lain tidak mempunyai hubungan diplomatik yang kukuh diantara satu sama lain.
Oleh yang demikian kita harus melihat penganjuran LIMA 15 bukanlah setakat pentas untuk mempamerkan aset-aset ketenteraan negara-negara terlibat tetapi menjadi nadi kepada usaha memperkukuhkan hubungan di antara negara-negara di seluruh dunia khususnya di peringkat ASEAN apabila kesemua 10 Menteri Pertahanan negara anggota ASEAN hadir memberikan sokongan.
MMI
MMI
No comments:
Post a Comment