Followers

Friday 17 April 2015

Pemuda PAS Pulau Pinang Sedia Telan Ludah AMK

Dewan Pemuda Pas negeri memberi kata dua kepada Angkatan Muda Keadilan (AMK) negeri untuk menarik balik dan memohon maaf berhubung desakan supaya Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang berundur daripada parti itu.

Ketuanya, Mohd. Yusni Mat Piah berkata, permohonan maaf menerusi sidang akhbar itu perlu dibuat segera sekiranya AMK negeri berhasrat menggunakan jentera Pas dalam kempen pilihan raya kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh.

Menurut beliau, ahli-ahli Pemuda Pas negeri masih ‘terasa hati’ dengan kenyataan AMK ne­geri itu sekali gus berasa tidak selesa untuk meneruskan kerjasama.

Malah, beliau turut menegaskan, ahli-ahli Pemuda Pas negeri juga tidak selesa untuk bekerjasama dengan Pemuda Sosialis DAP (Dapsy) negeri dalam program di bawah pembangkang sepanjang kempen PRK tersebut yang sebelum ini bertindak memutuskan kerjasama dengan mereka.

“Sekiranya mahu menggunakan jentera kami di semua pe­ringkat, kita mahu AMK memohon maaf terlebih dahulu.

“Jika tidak, kita ahli-ahli Pemuda Pas negeri akan tengok sahajalah (kempen AMK negeri),” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Timbalan Ketua AMK negeri, Khairil Anuar Kamaruddin sebelum ini dengan lantang meminta Abdul Hadi mening­galkan Pas kerana dilihat menjadi liabiliti kepada usaha mengukuhkan pakatan pembangkang menerusi tindak-tanduk yang ‘mesra UMNO’.

Malah, Khairil Anuar turut me­la­hirkan rasa kesal dengan sikap berdolak-dalik Abdul Hadi yang enggan menyatakan pendirian sebenar berhubung isu kerajaan perpaduan Pas-UMNO yang kembali dibangkitkan.

Selain itu, Ketua Dapsy ne­geri, Ng Wei Aik sebelum ini juga mengambil pendirian sama de­ngan Dapsy Kebangsaan untuk membekukan segala hubungan kerjasama dengan Pemuda Pas negeri.

Menurut Wei Aik, keputusan itu pendekatan terbaik bagi me­nunjukkan sikap DAP yang tidak dapat berkompromi dengan Kerajaan Pas Kelantan yang membentangkan Rang Undang-Undang Enakmen Kanun Jenayah Syariah II 1993 (Pindaan 2015) sebelum mendapat persetujuan daripada pemimpin pembangkang.

Dalam pada itu, ditanya ber­kenaan pergerakan jentera Pemuda Pas negeri setakat ini, Mohd. Yusni berkata, pihaknya sudah menerima arahan daripada Pas negeri dan hanya akan bergerak mengikut arahan tersebut.

Bagaimanapun, tambah beliau, jentera Pemuda Pas negeri akan memberi tumpuan kepada usaha menjelaskan mengenai pelaksa­naan hukum hudud selain bertumpu di kawasan Pas iaitu di Dewan Undangan Negeri (DUN) Permatang Pasir.

“Di peringkat Pemuda Pas negeri sendiri kita belum membuat sebarang keputusan, malah di peringkat Pemuda pembangkang negeri sendiri pun tidak ada ketetapan sebab AMK negeri tidak menghubungi kita untuk bermesyuarat,” katanya. -Utusan 

MMI kata setelah dihina sedemikian rupa , nampaknya PAS masih lagi punya rasa sayang dan cintanya terhadap keluarga songsang dalam Pakatan Haprak.Apa jua keputusannya MMI yakin dan percaya pakcik berketayap putih politik akan tetap membantu PKR di bumi Permatang Pauh.

Yusni Mat Piah dah cakap , kalau AMK minta maaf maka berbondong-bondonglah petugas PAS akan turun membantu jentera AMK di Permatang Pauh.

Senangkan , ludah kemudian minta maaf !

Well tak sangka pemimpin ini sanggup telah ludahan AMK !!

Banyak sangat alasan sebab masih nak pegang title PENCACAI !

MMI

1 comment:

  1. org mintak maaf...terima jer la...allah pun letak syarat simple...taubat dulu baru maaf...adakah kita xnak allah mudah memaafkan kita?

    ReplyDelete

Labels