Followers

Monday 20 April 2015

PRK Permatang Pauh Kepincangan & Kesongsangan Pakatan Haprak Makin Jelas !!

Proses penamaan calon bagi PRK Permatang Pauh telah ditetapkan pada tarikh 25 April 2015 , maksudnya dalam tempoh masa berbaki 5 hari sahaja lagi kita akan dapat mengetahui siapa yang bakal dicalonkan oleh kedua-dua parti yang kini sedang rancak melakukan persiapan.

Dalam pada itu mungkin juga akan muncul secara tiba-tiba calon yang akan bertanding atas tiket BEBAS seperti mana yang sering berlaku dalam PRK-PRK sebelum ini.

Walaupun ada yang kata BEBAS tidak akan mampu menyaingi calon-calon daripada PKR dan BN tetapi atas dasar demokrasi siapa jua yang layak berhak untuk mencalonkan diri.

Namun bukan isu BEBAS yang mahu MMI utarakan di artikel ini sebaliknya sejauh mana pengundi dan rakyat khususnya di Permatang Pauh telah dimomokkan oleh Pakatan Haprak semenjak kerusi parlimen tersebut diistiharkan kosong oleh SPR.

Secara sedar atau tidak , pelbagai sentimen dan propaganda PKR kini sudah pun berlegar-legar dan hinggap di minda penduduk Permatang Pauh.Secara umumnya semua pihak sedia maklum Jijah yang masih mengekalkan misteri jam Omeganya sudah pun mula berkempen dengan ditemani kipas kesayangannya.

Melihat jadualnya sahaja sudah cukup untuk kita tahu betapa bersungguh-sungguhnya Presiden PKR ini berkempen untuk memenangi hati pengundi untuk terus memberikan sokongan kepada beliau.

Ada yang tanya kenapa Jijah macam kalut sangat untuk berempen kali ni ? Bukankah Permatang Pauh tu kubu kuat depa ?

Hmm bagus juga soalan ni ! Cerita dia Jijah dan pasukannya sendiri pun tak senang duduk sebab track rekod Jijah di Permatang Pauh bukannya elok sangat pun.

Sebelum ni pernah melepaskan jawatan sebagai Ahli Parlimen semata-mata untuk memberikan ruang kepada Anwar berada di Dewan Rakyat.Tak cukup dengan tu Jijah sendiri tau selama keluarga Anwar mengeksploitasi undi warga Permatang Pauh , usaha dan kerja buat bagi membantu rakyat di kawasan sendiri bolehlah diibaratkan sebagai melepaskan batuk di tangga.

Sebahagian besarnya mereka lebih sibuk berpolitik dan menghabiskan masa di luar kawasan !

Kini kelibat anak beranak ini muncul lagi , dan mereka sedang berusaha dengan pelbagai cara termasuklah menagih simpati kononnya untuk solidariti Anwar.

Namun disebalik semua itu , ada lagi perkara yang benar-benar menyenakkan perut Jijah dan seluruh pasukannya.Mereka tahu tanpa sokongan PAS , PRK Permatang Pauh boleh mencatat sejarah sebagai titik permulaan kejatuhan Parti Keadilan Rakyat !

Semuanya kerana sikap keras kepala dan berlagak pandai malah mungkin sombong selama ini telah menyebabkan PAS kini memberikan kata dua !

Mohon maaf kepada Hadi Awang atau berdepan boikot daripada jentera PAS ! Ini merupakan kenyataan awal daripada Dewan Pemuda PAS Negeri Pulau Pinang yang diketuai oleh Mohd Yusni Mat Piah.So isunya sejauh mana PKR mampu menangani tuntutan ini ?

Walaupun secara jujurnya MMI tidak melihat ini sebagai satu daripada desakan dan pendirian yang benar-benar lahir dari jiwa PAS itu sendiri ( Baca SINI ) namun ianya tetap perlu diberikan perhatian serius oleh Jijah dan seluruh angkatan PKRnya.

Kemudiannya Pas kawasan Permatang Pauh turut menuntut Parti Keadilan Rakyat (PKR) supaya memohon maaf dan menarik balik kenyataan mereka mengenai hudud jika mahu mendapatkan sokongan Pas pada pilihan raya kecil (PRK) kawasan itu pada 7 Mei ini.

Yang Dipertuanya, Omar Hassan berkata, Pas hanya akan meneruskan kerjasama jika PKR memohon maaf secara terbuka sebelum penamaan calon pada 25 April dan pendirian itu adalah keputusan ahli-ahli akar umbi dalam mesyuarat agung Pas kawasan Permatang Pauh semalam.

Desakan ini berlaku kerana Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali telah menyifatkan hudud yang ingin dilaksanakan kerajaan Pas Kelantan tidak perlu disegerakan memandangkan ia bukan dasar bersama yang dipersetujui pakatan pembangkang.

Tak cukup dengan itu PAS kawasan turut menolak Jijah dan anak beranaknya sebagai calon di Permatang Pauh !

Marah sungguh puak-puak PAS ni ! Apa pun MMI nak ingatkan sejarah sudah tercatat bahawa PAS tidak punya pendirian dan mereka sering kali akan dirasuk dengan rasa DENDAM yang amat sangat terhadap UMNO.

Kerana itu kita sering kali melihat PAS lebih suka memilih untuk menjilat kembali ludah mereka !

Seperkara yang mahu MMI tegaskan disini adalah persoalan tentang sejauh mana PAS benar-benar mampu untuk bertahan dengan pendirian yang mereka sendiri lakukan ?

Apakah hanya dengan satu permohonan maaf daripada PKR maka PAS akan terus melupakan apa yang telah berlaku dan turun membantu jentera PKR bersungguh-sungguh ?

Atau mempercayai nada PKR tentang dasar Hudud dalam Pakatan Haprak selepas ini walaupun ianya secara tepat dilihat sebagai gula-gula untuk PRK Permatang Pauh ?

Dalam politik apa sahaja boleh berlaku dan tidak mustahil PKR boleh bersetuju dengan beberapa dasar tentang hudud semata-mata untuk menutup mulut PAS dalam PRK Permatang Pauh.

Jangan sesekali lupa bahawa dibelakang sekali ada DAP yang sedang memerhatikan dengan penuh minat dan akan tampil mempertahankan dasar mereka setelah PRK Permatang Pauh selesai nanti.

MMI yakin keputusannya hudud bukan dasar dalam Pakatan Haprak dan PAS sekali lagi akan dihalau macam anjing dari Pakatan Haprak !!

Hakikatnya jawapan kepada kemelut ini sudah pun terjawab apabila Mat Sabu yang ramai tahu proksi DAP dalam PAS menyatakan parti itu tidak memboikot PKR dalam kempen di Permatang Pauh !

Selaku Pesuruhjaya PAS Pulau Pinang , Mat Sabu setelah lama tidur berkata Pas Pulau Pinang bersetuju dan menyokong sesiapa sahaja calon PKR yang bakal bertanding pada PRK Permatang Pauh.

Mat Sabu berkata, ketetapan itu dibuat bagi membolehkan PR terus menguasai kerusi Parlimen Permatang Pauh.

“Kalau ada ahli yang tidak sokong calon yang dicadangkan PKR, tidak mengapa kerana ia tidak mewakili keputusan parti.

“Akhirnya setelah keputusan dibuat, kita akan bersatu dan menyokong mana-mana calon yang dipilih PKR untuk bertanding”.

Mengulas spekulasi parti itu mungkin memboikot kempen PRK Permatang Pauh , “Itu pandangan biasa sebelum penamaan calon, tetapi kita akan terus bantu PR untuk menang PRK Permatang Pauh,” kata Mat Sabu.

Well jika kita amati kenyataan Mat Sabu dan bandingkan dengan desakan serta amaran daripada PAS di kawasan pastinya akan timbul kekeliruan.Siapa sebenarnya yang benar-benar membuat keputusan ? Apakah PAS Pulau Pinang juga kini sedang berpecah dua ?

Bayangkan disaat Jijah berang dengan tindakan PAS Permatang Pauh yang dikatakan sengaja mengambil kesempatan ke atas parti berkenaan berhubung isu pendirian terhadap pelaksanaan undang-undang hudud di Kelantan , Mat Sabu masih lagi tersenyum sumbing dan terus menyatakan kesetiaan kepada Pakatan Haprak !

Apakah ahli PAS di Pulau Pinang setuju dengan Mat Sabu dan langsung tidak punya maruah ?

Siapa sebenarnya yang menentukan keputusan ini ? Mat Sabu atau ahli PAS di kawasan ?

Pincang bro !!!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels