Followers

Thursday, 16 April 2015

Penang Sky Cab , Lagi Projek Mat Jenin Di Pulau Pinang !!!

Warga Pulau Pinang sudah pasti akan teruja dan tak sabar-sabar untuk merasai getaran sewaktu berada dalam kabin kereta kabel yang bakal menghubungkan tanah besar di Seberang Perai dengan bahagian pulau selepas ini apabila projek Sky Cab telah dipersetujui kerajaan negeri DAP.

Katanya projek tersebut bakal siap pada tahun 2018 sekiranya tidak berlaku sebarang masalah teknikal melibatkan kerjasama antara kerajaan negeri DAP dan Penang Sentral.

Untuk rekod Projek Penang Sky Cab akan menghubungkan Bagan dengan Gat Lebuh Nordin di bahagian Pulau dengan penggunaan kabin yang boleh menampung kapasiti sehingga 10 orang setiap satu dan berjarak 3 kilometer.

Sehingga artikel ini ditulis jumlah kos keseluruhan bagi menampung projek ini masih lagi belum diputuskan katanya tengah dok kira !

Adehh tengah kira lagi ? Takkan nak jadi macam kes terowong bawah laut kot ?

Apa dah jadi dengan terowong ? Dah siap ker ? Sebelum ni bukan main pembinaan terowong tersebut kononnya nak mengatasi masalah kesesakan sampai suara rakyat dan para nelayan pantai yang terkesan dengan pembinaan tersebut pun tak mau ambil kira.

Alih-alih diam macam tu ja !!! Mungkin masih ada masalah kira-kira kot !!!


MMI bukan nak membangkang membabi buta tetapi pembinaan projek Sky Cab ini dilihat perlu diperhalusi dengan lebih teliti memandangkan ia tidak akan mampu untuk menyelesaikan masalah kesesakan yang semakin teruk di Pulau Pinang.

Apakah dengan pembinaan Sky Cab ini mampu menyelesaikan masalah kesesakan jalanraya di Pulau Pinang ?

Yang pasti ianya akan menjadi satu mercu tanda tarikan pelancong untuk datang ke Pulau Pinang tetapi masalah kesesakan akan terus berlaku.

Berdasarkan tinjauan rata-rata warga Pulau Pinang lebih melihat kepada pembinaan LRT atau Monorel yang lebih berkesan untuk mengatasi masalah kesesakan.Sebab LRT atau monorel tidak terhad kepada menghubungkan pulau dengan tanah besar tetapi mampu melalui kawasan-kawasan tumpuan yang sering kali mengalami kesesakan khususnya di Georgetown.

Secara jujurnya MMI tidak menentang sebarang cadangan yang baik kepada rakyat tetapi biarlah ianya kena dengan alasan.

Macam yang MMI tulis kat atas sana , lagi projek Mat Jenin sebab ada yang melalak seolah-olah bukit nak runtuh dah , tapi tak jadi-jadi ... Ada juga yang cadang tapi bila tengok balik ada opsyen lain lagi yang lebih baik dari tu .. 

Mana satu lebih penting untuk rakyat , Sky Cab atau LRT / Monorel ?

Nak mengatasi kesesakan lalu-lintas ka atau nak pancing rakyat ? 

Psst sapa nak ikut MMI melawat terowong bawah laut Guan Eng ?

MMI

3 comments:

  1. Skycab?...haha....lawak2. Dari segi teknikal dan kos.....boleh ke?

    ReplyDelete
  2. Skycab?...haha....lawak2. Dari segi teknikal dan kos.....boleh ke?

    ReplyDelete
  3. kebodohan LGE atau wang?

    ReplyDelete

Labels