Followers

Wednesday, 15 April 2015

1MDB Antara Realiti , Kontroversi & Persepsi !!

Isu 1MDB menjadi topik paling panas yang diperbincangkan banyak pihak dan ianya semakin rancak apabila Tun Mahathir turut sama campur tangan.

Walaupun terdapat jawapan bagi persoalan-persoalan yang dilontarkan , nampaknya masih ada lagi mereka-mereka diluar sana yang belum berpuas hati dan mahukan penjelasan lanjut.

Malah isu ini sudah menjadi begitu kontroversi sekali sehinggakan berlakunya saman menyaman akibat daripada penyiaran berita yang berupa tuduhan fitnah tanpa bukti.Contohnya tindakan saman YAB Datuk Seri Najib Tun Razak terhadap portal lidah rasmi Pas, Harakahdaily pada 20 Mac 2015 yang lalu kerana menerbitkan artikel berhubung isu dana 1MDB yang didakwa berunsur fitnah terhadap beliau.

Daripada pengamatan MMI sendiri , sehingga ke saat ini segala tuduhan terhadap 1MDB masih lagi gagal di buktikan secara profesional melainkan dengan satu tindakan daripada kerajaan apabila YAB Datuk Seri Najib sendiri telah mengarahkan satu siasatan menyeluruh dilakukan dengan melibatkan beberapa pihak.

Pertamanya selepas Deloitte sebagai auditor mengesahkan auditnya , Perdana Menteri telah mengarahkan pula Ketua Audit Negara menyemak balik secara terperinci.Setelah itu PAC (Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara) yang turut dibarisi oleh pembangkang di minta pula untuk menelitinya.

Selain dari itu kerana begitu kontroversinya isu 1MDB ini , ada pihak yang dilihat begitu teruja untuk meletakkan kesalahan kepada YAB Datuk Seri Najib Tun Razak hinggakan ada suara-suara di luar sana yang mahukan beliau supaya meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri.

Pernahkah kita terfikir atas faktor dan dasar apakah desakan itu dibuat ?

Apakah undang-undang sudah mengesahkan bahawa Najib sememangnya bersalah ?

Dalam hal ini MMI suka untuk melihat kembali kepada kes liwat Anwar Ibrahim.Mungkin akan ada pihak yang menganggap ianya langsung tidak ada kena mengena tetapi hakikatnya masih ada sesuatu yang boleh kita pelajari.

Anwar Ibrahim kini sedang menjalani hukuman kerana meliwat bekas pembantunya , dan percayalah walaupun segala bukti telah dikemukakan dan pelbagai kelemahan Anwar dan barisan peguamnya didedahkan sepanjang prosiding kes , masih ada dikalangan mereka diluar sana tetap berpegang kepada kepercayaan ini adalah satu konspirasi !

Bayangkan setelah segala proses mengikut undang-undang telah diikuti , bukti-bukti telah dikemukakan dan barisan peguam selesai berhujah , keputusan mahkamah masih lagi dianggap sebagai satu konspirasi jahat politik UMNO.

Jadi bayangkan apa yang boleh berlaku dalam isu 1MDB ?

Kerana itulah Najib dan seluruh saf kepimpinannya tenang menghadapi situasi ini dan tidak pernah mengambil sikap sambil lewa kerana mereka tahu keputusan setakat ini yang telah diputuskan itu bakal membuktikan sesuatu.

Dan Perdana Menteri sendiri sewaktu di wawancara dalam rancangan Soal Jawab di TV3 baru-baru ini sudah pun menegaskan bahawa beliau sedia mendengar pandangan-pandangan berbeza tapi tidak akan menerima kalau ada apa-apa salah guna kuasa dalam 1MDB. Misalnya duit dilesapkan...dan sebagainya.Baca Selanjutnya 

Juteru itu ia membuktikan kepada kita sekiranya hasil siasatan dapat membuktikan berlakunya salah guna kuasa atau sebarang bentuk penyelewengan maka pihak terlibat bakal berdepan dengan tindakan dan hukuman.

Dalam hal ini , MMI rasa wajarlah sekiranya kita mahu menghukum mereka kerana BUKTI sudah ditangan dan MMI akan bersetuju sekiranya bukti-bukti itu menunjukkan kesalahan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak.Ambillah tindakan terhadap beliau berdasarkan bukti bukan persepsi dan konspirasi yang diwujudkan oleh pihak-pihak tertentu tanpa punya alasan kukuh.

Ada juga yang bertanya kepada MMI , kenapa sehingga ke hari ini kepimpinan negara dan kerajaan masih lagi tidak mahu memperjelaskan persoalan-persoalan yang telah dikemukakan ?

Aduhai ada dua perkara yang ingin MMI tegaskan disini !

1. Penjelasan berkaitan 1MDB ini telah dijawab malah kehadiran Perdana Menteri di TV3 baru-baru ini turut menyentuh persoalan-persoalan yang dilontarkan.Dalam masa yang sama 1MDB juga sudah pun memberikan penjelasan Baca Sini 

2. Terdapat persoalan dan pertikaian yang mungkin belum dapat memuaskan hati pihak-pihak tertentu dan pihak kerajaan sudah pun mengarahkan satu siasatan menyeluruh dilakukan dengan keterlibatan Wakil Rakyat dari Pembangkang.Maka dalam hal ini kita seharusnya menunggu laporan tersebut dikeluarkan dan dalam masa yang sama ini membuktikan ketelusan kerajaan untuk menyelesaikan semua perkara berbangkit.

Realiti ? Kontroversi ? Persepsi ?

TERKINI sudah ada gerakan yang cuba mengangkat nama Jho Low sebagai isu panas terbaru !

Untuk rekod kepimpinan negara YAB Perdana Menteri sudah pun mengesahkan bahawa Jho Low tidak mempunyai sebarang kaitan dengan 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sebaliknya, Najib berkata semua keputusan dan urus niaga 1MDB dibuat oleh pengurusan dan lembaga pengarah 1MDB.

"Encik Low Thaek Jho tidak pernah bekerja di 1MDB dan semua keputusan dan urus niaga 1MDB dibuat oleh pengurusan dan lembaga pengarah 1MDB," kata Najib di dalam satu jawapan bertulis menjawab soalan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Datuk Dr Tan Kee Kwong yang telah disiarkan oleh astroawani pada tarikh 16 Mac 2015 Klik Sini 

Malah Jho Low sendiri pun sudah menafikan keterlibatan beliau dalam 1MDB !

"Saya tidak menguruskan 1MDB. Saya tidak mengawal 1MDB. Saya tidak buat apa-apa keputusan untuk 1MDB, tetapi jika mana-mana entiti Timur Tengah yang saya tahu mahu mendapatkan pandangan saya, saya akan berikan.

"Dan, jika mereka mahu terlibat dengan 1MDB, itu hak mereka," katanya kepada majalah Euromoney dalam temu bual eksklusif yang disiarkan dalam edisi April.

Namun timbul persoalan siapakah yang Jho Low maksudkan apabila menyebut "Those UMNO guys are spin masters" ?

Kerana itu Ahli Parlimen Kepala Batas ,  Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mencabar ahli perniagaan itu agar pulang ke Malaysia dan menjelaskan kepada PAC dan pihak media.

Cabaran itu dilontarkan setelah Jho Low cuba menyalahkan UMNO kerana mengaitkan dirinya dengan 1MDB.

“Jangan jadi pengecut. Keluar dan pertahankan diri. Jangan buat kalangan pemimpin Umno seakan-akan diperbodohkan dalam mempertahankan isu 1MDB ini,” kata Reezal kepada taikun kelahiran Pulau Pinang itu.

Secara ringkasnya nama Jho Low disebut banyak pihak sebagai terlibat dalam isu 1MDB dan tindakan beliau yang cuba menyalahkan orang lain dengan membuat tuduhan terbuka sebegitu memperlihatkan sesuatu.

Siapakah Those UMNO guys terbabit ? Apakah Jho Low mahu menyabitkan YAB Datuk Seri Najib Tun Razak ?

Pada pandangan MMI , jika benar apa yang diungkapkan oleh Jho Low itu sudah semestinya ada seseorang atau sekumpulan individu sama ada ahli UMNO mahupun mereka yang berlindung disebalik nama UMNO yang telah melakukan sesuatu sehingga mengakibatkan 1MDB terpalit dengan kontroversi ini.

Dan semestinya mereka-mereka itu terdiri dari kalangan yang benar-benar rapat dan berada dalam pengurusan 1MDB.

Maka kerana itu suka untuk MMI catatkan kembali kenyataan daripada YAB Datuk Seri Najib Tun Razak sewaktu rancangan Soal Jawab di TV3 baru-baru ini.

"Saya sedia dengar pandangan-pandangan berbeza tapi apa saya nak tegaskan di sini, saya tak condone, tak boleh terima kalau ada apa-apa salah guna kuasa dalam 1MDB. Misalnya duit dilesapkan...dan sebagainya.

Sebab itu bila Lloyd sebagai auditor telah sahkan auditnya, saya masih tak puas hati. Saya dah bawa cadangan dalam Kabinet supaya Ketua Audit Negara menyemak balik secara terperinci. Dan setelah Ketua Audit Negara menyemak, saya minta PAC (Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara) teliti pula. Dalam PAC ada pembangkang, mereka boleh bincang laporan audit.

Apa saya nak katakan, biarlah proses ini berjalan...bagi tempoh. Sebab kalau kita dakwa, ada banyak beza kalau kata duit dilesap atau pinjam, rizab."

Kenyataan itu jelas sekali memperlihatkan bagaimana tahap profesional kepimpinan negara dalam menangani isu 1MDB.Dan sebagai pihak yang dituduh terlibat sehingga berlakunya desakan supaya beliau meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri , apakah anda rasa kenyataan dan arahan supaya siasatan menyeluruh dilakukan boleh menyelamatkan kedudukan Najib ?

So dalam hal ini kita perlu menantikan laporan yang MMI anggap sebagai paling telus kerana ia turut melibatkan kehadiran wakil pembangkang !


Banyak permainan persepsi sedang berlaku dalam isu 1MDB dan sesuatu yang harus kita perhatikan adalah daripada mana sumber berita itu dilaporkan.

Sebagai contoh Sarawak Report bukan berada di Malaysia , ianya berpangkalan di United Kingdom dan dikendalikan oleh aktivis alam sekitar Clare Rewcastle Brown, adik ipar bekas Perdana Menteri UK Gordon Brown, laman web ini menjadi seperti Wikileaks Malaysia, menghantar e-mel dalaman memalukan yang terperinci berkenaan hubungan dan urusan Low, 1MDB dan dana terkemuka Timur Tengah, Mubadala Development Corp.

Soalnya sejauh mana kebenaran laporan-laporan ini ? 

Sebagai contoh Sarawak Report telah mendakwa sejumlah AS$700 juta (RM2.5 billion) pinjaman yang dibayar balik 1MDB kepada PetroSaudi International (PSI) pada September 2009 disalurkan ke sebuah syarikat yang didakwa dikawal oleh Jho Low.

Jho Low pula telah menafikan semua tuduhan penyelewengan wang dan penipuan yang dilemparkan terhadapnya dan mendakwa segala tuduhan terhadapnya berbau politik.

Jadi siapa sebenarnya yang sedang membuat tuduhan ini ?

Dan kalau kita bandingkan kesemua diatas jelas sekali isu 1MDB hanya boleh diselesaikan setelah laporan penuh dikemukan oleh pihak PAC dan mereka yang terlibat.

Akhir kalam kita sedang mencari realitinya bukannya kontroversi yang tidak menguntungkan negara dan persepsi yang boleh merosakkan kepercayaan para pelabur luar negara terhadap bumi Malaysia.

MMI

2 comments:

  1. Malaysian Cybertrooper15 April 2015 at 19:50

    As Salam tuan admin,
    Ada sedikit pembetulan dalam artikel tuan ini.
    Firma audit yang dipertanggungjawabkan untuk mengaudit 1MDB adalah "Deloitte" dan bukan "Lloyd" seperti tertera.
    Alang-alang tuan nak buat pembetulan tersebut, mohon tuan selidik sekali siapa dia antara Pengarah Urusan firma audit tersebut yang bernama "Nizar"

    Terima kasih.

    ReplyDelete
  2. Kenapa kerajaan dan pejabat PM membiarkan permainan persepsi ini berlaku tanpa dikawal? Tak kan lah ramai orang2 power keliling PM tak reti buat kerja, atau mereka pun blurrr? PM juga MK tak kan lah pulak tak "hands-on" cerita ini berlegar? At a click of button PM dengan senang2 boleh arah siasatan sulit untuk blok cerita bodoh ini daripada di spin.

    ReplyDelete

Labels