Followers

Sunday, 5 April 2015

TAKZIAH Di Atas Pemergian Tan Sri JJ & Semua Mangsa Nahas Helikopter


MMI merakamkan ucapan TAKZIAH buat keluarga Allahyarham Tan Sri Dato Sri Jamaludin Jarjis serta 5 yang lain di atas pemergian mengejut akibat nahas helikopter di Semenyih petang tadi.Sesungguhnya tidak ada siapa pun yang lebih berkuasa selain daripada Allah SWT dan sesungguhnya Dialah yang menentukan segala-galanya.

Ahli Parlimen Parlimen Rompin, Jamaluddin Jarjis telah disahkan terbunuh dalam kemalangan tersebut. Pengesahan tersebut datangnya daripada Menteri Dalam Negeri, Ahmad Zahid Hamidi. 

Sebelum itu, Jamaluddin Jarjis menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan Najib Abdul Razak di Pekan, Pahang. Dan Menteri Pertahanan, Hishamuddin Hussein Onn telah mengesahkan, Jamaluddin Jarjis berada dalam helikopter berkenaan.

Senarai Mangsa Yang Terkorban Nahas :

1. Chris - Pilot
2. Eidiana - co pilot
3. Tan Sri Dato' Sri Jamaluddin Jarjis
4. Dato Seri Azlin - Ketua SUS YAB PM
5. Dato Tan 
6. Razkan - BG Tan Sri JJ (PDRM)

Helikopter itu membawa enam orang termasuk juruterbang dan pembantunya apabila  terhempas kira-kira jam 4.55 petang.

Empat lagi adalah juruterbang dikenali Cliff Fournier, pembantunya Eidiana, Datuk Robert Tan dan seorang pengawal peribadi kepada Jamaluddin.

Beliau berkata sebanyak tiga pasukan Bomba dan Penyelamat dari Balai Bomba Kajang, Bangi dan Semenyih diarah ke lokasi kejadian.

Helikopter itu dikatakan jenis AS365 milik Solitaire Air Services dipercayai dalam penerbangan dari Senai ke Subang apabila kemalangan berlaku.

Sebelum itu, mereka dari Pekan kerana menghadiri majlis perkahwinan anak Perdana Menteri.

Cuaca ketika kejadian dilaporkan hujan serta angin kencang dan ada laporan mengatakan saksi melihat pesawat itu meletup di udara.

Sementara itu, jurucakap Jabatan Pertahanan Awam (JPAM) berkata, semua mayat berjaya ditemui dan dikeluarkan jam 8.15 malam tadi dan akan dibawa sama ada ke Hospital Serdang atau Hospital Kuala Lumpur untuk pengecaman dan pengesahan identiti.

Pihak Jabatan Penerbangan Awam dijangka mengeluarkan kenyataan rasmi berhubung tragedi itu.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan Isteri Datin Seri Rosmah Mansor mendengar laporan siasatan daripada pihak-pihak berkenaan mengenai kemalangan helikopter yang melibatkan Tan Sri Jamaluddin Jarjis dan Dato Azlin Alias, serta 4 mangsa-mangsa lain.

Menurut sumber jenazah Allahyarham Tan Sri Jamaluddin Jarjis akan di bawa ke rumah beliau di Sri Kembangan Selangor dan akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Mont Kiara.

Al Fatihah ..


MMI

No comments:

Post a Comment

Labels