Followers

Saturday, 20 June 2015

Akhirnya Pengkianat MELAYU Mengaku Mereka PENGKIANAT !!


Kalau kita bandingkan kedua-dua gambar atas maka kita dapat lihat bagaimana perwatakan itu sebenarnya boleh dibuat-buat.Mudah cerita keikhlasan itu penting tetapi sejauh mana keihklasan itu benar-benar hadir dan meresap dalam jiwa untuk terus berkhidmat kepada rakyat ?

Hakikatnya rata-rata masyarakat di Pulau Pinang khususnya orang Melayu hari ini pasti sedar dan pastinya amat faham benar siapakah mereka-mereka yang berlindung atas nama pemimpin negeri sedang realitinya mereka adalah penggerak dan pejuang ideologi DAP !

Ideologi ini sudah terlalu lama di perjuangkan dan mereka tidak pernah sekali pun terfikir untuk mencuba ideologi yang lain melainkan percubaan demi percubaan untuk mendapatkan tempat di kalangan kumpulan yang dulunya membenci mereka.

Akhirnya setelah berkali-kali percubaan itu dilakukan , ruang dan lompang mula kelihatan dan disinilah DAP berjaya merobek benteng pertahanan orang Melayu yang satu ketika dulunya begitu ampuh di pertahankan.

Bermula sebagai underdog , bermuka-muka untuk meyakinkan sebahagian besar orang Melayu supaya memberikan kepercayaan kepada mereka akhirnya Melayu itu sendiri menjadi mangsa kerakusan dan besar kepala DAP apabila muncul situasi berbeza.

Mereka kini gah dan sudah sampai ke tahap memberikan ARAHAN dan sudah pun mula BERTINDAK !!

Jika zaman penjajahan Jepun sebelum ini , orang-orang Tanah Melayu di momokkan dengan slogan Asia untuk Asia yang kononnya nasib orang Melayu akan lebih baik di tangan Jepun daripada penjajah British begitulah juga dengan apa yang sedang dilakukan oleh rejim DAP hari ini.

Semuanya sekadar alasan kerana keadaan sebenar jauh lebih tragis daripada itu.

Setelah bumi Malaya di jajah , bukan sahaja orang Melayu menjadi mangsa bayonet Jepun tetapi sebahagian besarnya di paksa menjadi buruh landasan keretapi maut ! Malah banyak lagi keadaan di mana kebanyakkan orang melayu menjadi mangsa kekejaman tentera Jepun yang tidak berhati perut.

Kini situasi sama sedang berulang ! Dan ulangan ini sekiranya tidak ditangani dengan baik bakal mengundang musibah bukan sahaja kepada orang Melayu tetapi juga Malaysia secara amnya.

Antaranya seperti mana luahan di bawah ...


DAP Pulau Pinang hapus diskaun 5% beli rumah untuk orang Melayu,alasan cina bayar cukai, ini punca rasis.

1.Penduduk melayu Pulau Pinang yang telah mengundi PAS dan DAP telah menerima notis surat untuk memansuhkan diskaun 5% pada orang Melayu dalam pembelian rumah seperti dinyatakan dalam perlembagaan melalui kuasa kerajaan negeri. Melayu Zuhud kini telah tidak dapat membeli rumah dengan diskaun 5% lagi buat selama lamanya. 

Slogan yg selalu melayu Pulau Pinang laungkan adalah:

"Ini kalilah" "kita Tukar" "kita Ubah" telah bertukar sebaliknya diluar jangkaan mereka. Sehingga ramai penduduk melayu Pulau Pinang yang telah mengundi PAS dan DAP berasa makan hati, menangis dan terkejut atas notis yang diarahkan oleh exco-exco DAP Pulau Pinang. Begitulah keadaan penduduk Melayu Pulau Pinang yang telah memilih PAS dan DAP sebagai wakil rakyat mereka akhirnya memakan diri.

Antara Exco DAP Penang yang telah memberi arahan untuk memansuhkan pembelian rumah 5% adalah:

1.Chow Kon Yeow DAP hasil pilihan Melayu Padang Kota
2.Lim Hock Seng DAP hasil pilihan Melayu Bagan Jerman
3.Phee Boon Poh DAP hasil pilihan Melayu Sg Puyu
4.Jagdeep Singh Deo DAP hasil pilihan Melayu Datok Keramat
5.Law Heng Kiang DAP hasil pilihan Melayu Batu Lancang
6.Chong Eng DAP hasil pilihan Melayu Padang Lalang

2.Penduduk melayu Pulau Pinang yang sering memberitahu kepada orang ramai pada tahun 2012 iaitu "kita harus bagi peluang kepada DAP memerintah, setakat ini kami orang Batu Ferringhi sudah dihadiahkan tapak badminton oleh DAP. Dan guru kafa juga menerima RM100 setiap bulan. Jika nanti tidak suka, kita ubah kembali, 5 tahun tidak lama pun" -itulah kata-kata orang Melayu Pulau Pinang sewaktu kempen PRU13 yang lepas. Sebenarnya ini sudah kali ke32 tempat berniaga Melayu dan kampung Melayu diroboh oleh pembangkang selepas PRU13.

3."Saya susah hati sampai sekarang. Saya juga buntu apa tindakan yang perlu diambil kerana sepanjang Gerakan memerintah tidak pula pernah terjadi begini. Saya mengundi DAP kerana ramai kata cina juga memerintah apa beza? Tetapi ini kah balasan DAP terhadap kami? Kami memberi sokongan penuh kerana pada tahun 2012 mereka bersikap baik dengan menunjukkan guru kafa menerima RM100" -kata Rojahan Ahmad yang mengundi DAP pada PRU13 lalu.

4.Bagi Abdul Rahim Hamid, 51 berkata, dia mahu kerajaan negeri sediakan rumah untuknya, tetapi sebaliknya kerajaan negeri Pulau Pinang hanya mengatakan "Sila pindah ke negeri Kedah jika mahu rumah ganti". Abdul Rahim Hamid selaku pengundi Melayu yang menyumbang kepada kemenangan DAP di Bukit Bendera telah berkata "mana kami mampu beli rumah disini, harganya semua dalam RM400k, dulu ada 5% diskaun kira baguslah. Gerakan walau parti cina pun, tak la sekejam macam ni. Sampai diskaun 5% pun DAP mansuhkan. Saya rasa tertipu dengan slogan ini kalilah!" -katanya sambil teresak esak menangis kepada wartawan Sinar Harian.

5.Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Komuniti (JKKK) Batu Ferringhi, Jamaludin Hashim berkata "tidak sangka kerajaan negeri Pulau Pinang akan berbuat begini, kerana pada tahun 2012 kami semua telah dihadiahkan tapak badminton oleh DAP". Jamaludin Hashim merupakan individu yang paling kuat memujuk semua orang Melayu di sekitar Pulau Pinang untuk mengundi PAS dan DAP. Apabila kami semua sudah sebulat suara mengundi DAP, rupanya ini balasan mereka dengan menghapuskan 5% diskaun kami. Parti Gerakan yang memerintah pun tidak sezalim ini katanya kepada wartawan Sinar Harian.

7.“Saya selaku JKKK Batu Ferringhi yang mengundi DAP sendiri tidak tahu bagaimana mahu membeli rumah sekarang. DAP hanya berkata jangan risau kerana wakil DAP akan membina satu lagi tapak badminton selepas selesai merobohkan Kampung Mutiara. Bagi saya tapak badminton sudah tidak bermakna lagi"

8.Iszuree Ibrahim mendesak PAS Kerajaan Negeri Pulau Pinang untuk campur tangan dalam isu penduduk kampung di sini. Tetapi kerajaan negeri DAP berkata "PAS diberi amaran keras supaya jangan campur tangan dan ikut sahaja keputusan kerajaan negeri kerana PAS dulu sudah setuju dengan dasar dan cara kerajaan negeri Pulau Pinang uruskan jika DAP menang, jadi jangan cuba melawan kami selaku kerajaan disini. Tahukah kami orang cina juga membayar cukai? Mengapa Melayu saja ada diskaun? Bukankah ini punca rasis?"

11.Jom bantu CLICK SHARE semoga informasi ini dapat disebarkan di selurun Malaysia bagi membuka mata orang Melayu terhadap cina DAP!

Yang ikhlas memberi fakta,

Akhirnya PENGKIANAT Melayu mengaku mereka PENGKIANAT !

Baca artikel berkaitan di SINI 

MMI

6 comments:

  1. 1MDB satu Jenayah Terancang20 June 2015 at 21:04

    700 JUTA nombor keramat Najib Razak.
    SEbaik saja dapat menjadi Presiden UMNO, Najib arah Felda beli Naza TTDI 700 juta.
    E&O beli syarikat 700 juta.
    TAbung Haji beli tanah Melayu dari 1MDB 770 juta.
    Minggu lepas FGV beli tanah di Indonesia 700 juta.
    Senang kira... Sikit lagi nak sampai 1000 juta, satu bilion nanti nampak banyak sangat.
    1MDB curi duit orang Melayu di Tabung Haji untuk bayar 25 billion IPP dari Hindu Anada, Cina Genting beli tanah 1.4 billion dari Cina P. Pinang.

    1MDB adalah jenayah terancang. Tidak ada izin untuk kewujudan 1MDB.

    Semua yang terlibat mesti dipenjarakan, macam Yin Luck di Thailand atau Morsi,
    tiada yang lepas dari undang undang.

    Mereka yang perlu dipenjarakan.
    Najib
    Nazir
    Shahrol
    Ananda
    Goh Tong
    Wak Lodin
    Semua pengarah dan CIO 1MDB.
    Jamil Khir
    Azeez Rahim
    Siapa yang curi duit Melayu dan Tanah Melayu.

    ReplyDelete
  2. Tapi Melayu PKR dan PAS masih sayang kepada DAP, sokong lagi,Gerakan pun pasal dalam BN ,Cina sapu juga, masa tu UMNO pun mimpi, komplen pun tak jadi sayangkan Gerakan, padanlah muka, sekarang salah siapa, Melayu juga yang bagi muka.

    ReplyDelete
  3. Otak ada akaq tak ada..betul la tu pepatah orang penang juga...baru sedar ke melayu bangang..PADAN MUKA..dasar pengkhianat bangsa melayu.

    ReplyDelete
  4. Melayu dihalau dari pulau pinang dengan bantuan melayu sendiri. Melayu pengkhianat meletakkan melayu sebagai pengemis di tanah sendiri. Penghapusan diskaun 5% kpd bumiptera untuk pembelian rumah adalah strategi menghalau melayu dari pulau kerana tidak mampu membeli hartanah. Kaum cina yg mampu akhirnya akan memiliki hartanah tersebut. Melayu pulau pinang ramai yg bangsat kerana memenangkan dap yg akhirnya menghapuskan melayu dari bumi pulau pinang sendiri.

    ReplyDelete
  5. Aku ada 2 ekor kwn melayu kat PP yg cukup bangga bila PR menang tp 2 ekor melayu tak sedar diri ni menagih simpati kerja kat negeri BN.. Bg aku biaqpi la dgn depa nak kata bangang hasil lulusan uitm.. Kalau ikut kelulusan mmg tak layak masuk uitm pun tp dia melayu maka dpt la.. Kalau pakai merit 2 ekor melayu bangang ni jgn dok haraplah.. Ramai lg anak cina yg layak masuk uitm tu.. Depa pun byar cukai juga..masa prk permatang pauh baru ni smpi sanggup mati nak bg jijah menang.. Dah menang habuk pun tarak.. Yg pastinya elaun MP dua tmpat dia sapu hasil pengundi melayu bangang..

    ReplyDelete
  6. X baik menuduh... cuba tengok betol2...

    N26 Padang Kota
    Jumlah Pengundi: 16,704
    Peratusan Kaum: M: 8.02% C: 76.78% I: 14.54% L: 0.66%
    Chow Kon Yeow (DAP) (6,449)

    N8 BAGAN JERMAL
    Jumlah Pengundi: 21,483
    Peratusan Kaum: M:16.38 % C: 68.61% I:14.76 % L: 0.25%
    Lim Hock Seng (DAP) (11,099)

    N7 SUNGAI PUYU
    Jumlah Pengundi: 20,706
    Peratusan Kaum: M:5.31 % C: 86.93% I:7.59 % L:0.17 %
    Phee Boon Poh (DAP) (13,025)

    N27 PENGKALAN KOTA Yg ni pecah rekod...
    Jumlah Pengundi: 19,508
    Peratusan Kaum: M: 0.93% C: 94.74% I: 4.2% L: 0.13%
    Lau Keng Ee (DAP) (10,185)

    ReplyDelete

Labels