Followers

Tuesday 23 June 2015

DAP Di Ingatkan Jangan Guna Undang-Undang RIMBA !!

Nampaknya isu struktur tulisan UMNO yang menjadi perdebatan banyak pihak apabila ianya mahu dirobohkan oleh pihak berkuasa tempatan membuka pekung DAP yang selama ini cuba dilindungi dari mata rakyat.Kenyataan kononnya tindakan pihak Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) itu dilakukan dengan mengikut prosedur dan undang-undang jelas mencerminkan kepada kita betapa DAP benar-benar melampau.

Sebelum itu gambar atas menunjukkan wakil pimpinan UMNO di peringkat negeri Pulau Pinang diketuai setiausahanya Datuk Musa Sheikh Fadzir bersama-sama Pergerakan Pemuda UMNO Negeri dan wakil NGO hari ini hadir di Komtar bagi menyerahkan memorandum bantahan kepada MBPP.  

Apa yang berlaku sebenarnya memperlihatkan kepada kita bahawa seluruh agensi di bawah kerajaan negeri Pulau Pinang telah dipergunakan sepenuhnya bagi melakukan kerja-kerja politik atau kerja-kerja yang punya kepentingan politik kepartian.Malahan tindakan licik kerajaan DAP sebelum ini untuk menghalau orang Melayu dari bumi Pulau Pinang turut mempergunakan pihak berkuasa tempatan untuk merobohkan sebarang struktur selagi mana ianya adalah arahan daripada pihak tertinggi.

Kini apabila Badan Perhubungan UMNO Negeri Pulau Pinang mula mengambil tindakan bagi mempertahankan pembinaan struktur tulisan UMNO di perkarangan Menara UMNO di Jalan Macalister , segala-galanya mula terbongkar.

Sikap dendam penuh kebencian DAP yang terlalu rakus untuk menjadikan Pulau Pinang sebagai Singapura kedua jelas diperlihatkan kepada umum apabila mereka bukan sahaja tidak mengaku melakukan kesalahan tetapi masih lagi mempertahankan tindakan daripada MBPP tersebut.
GEORGE TOWN: Pembinaan struktur logo UMNO di Menara UMNO Negeri di Jalan Macalister dibuat tanpa mendapat sebarang permit daripada pihak berkuasa tempatan.
Ahli Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP), Ong Ah Teong menjelaskan sebelum tindakan meroboh dilakukan, pihaknya telah memberi arahan lisan.
“Saya telah menerima panggilan Khamis lepas yang mengadu wujud satu struktur haram di tempat itu. Pada Khamis petang saya pergi ke tempat itu dan mendapati memang ada satu struktur haram tanpa permit,” katanya pada sidang akhbar yang dipetik daripada Bernama.
Menurut Ong, dia telah memanggil Bahagian Pelesenan Unit Iklan memberi notis secara lisan kepada tuan punya bangunan untuk memberhentikan segala kerja di tempat itu.
Bagaimanapun, keesokannya kami dapati struktur logo itu telah siap dinaikkan.
Pada hari sama Jabatan Bangunan telah mengeluarkan notis serta-merta untuk menurunkan struktur itu.
“Mereka (jabatan bangunan) ke sana untuk menurunkan struktur itu. Berlaku sedikit kekecohan di situ.
“Diharapkan pihak UMNO tidak mempolitikkan isu ini.Kami di pihak MBPP hanya membuat kerja mengikut Akta Kerajaan Tempatan 1976,” jelasnya.
Penguatkuasa MBPP pada Jumaat lepas cuba meroboh struktur tulisan UMNO di depan bangunan parti itu di Jalan Macalister, namun berjaya dihalang anggota parti berkenaan.
Ong yang juga Anggota Jawatankuasa Tetap MBPP berkata sebarang pembinaan struktur di negeri ini perlu mendapat permit terlebih dahulu.
Katanya beliau telah memaklumkan perkara itu kepada Datuk Bandar MBPP Datuk Patahiyah Ismail yang turut mengarahkan tindakan diambil mengikut prosedur undang-undang.
Lihatlah cara mereka mengelak daripada dihukum ! Malah mereka turut menasihatkan parti UMNO supaya tidak mempolitikkan isu ini kononnya MBPP hanya melaksanakan kerja-kerja mengikut Akta Kerajaan tempatan 1976.

Siapa sebenarnya yang bermain politik di sini ? Bukankah struktur logo UMNO itu berada di perkarangan bangunan miliknya sendiri ?

Bagaimana pula dengan Akta 133, Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 di bawah Seksyen 72 (6) , telah termaktub dengan terperinci bahawa apa-apa bangunan yang berpunya sama ada struktur yang menjadi sebahagian daripada bangunan yang ada pemilik, sekiranya MBPP mendapati ia tidak mematuhi apa-apa peraturan, maka hendaklah diberi notis selama 30 hari untuk pihak bangunan melakukan tindakan sesuai untuk memulihkan keadaan mengikut prosedur.

Jelas tertera dalam akta tersebut bahawa pihak berkuasa perlu memberikan notis selama 30 hari kepada pemilik tetapi apa yang berlaku pada Jumaat yang lalu adalah sebaliknya.

Walhal satu perbincangan telah diadakan sebelum ini apabila MBPP meminta pihak pengurusan bangunan Umno negeri menyerahkan dokumen terperinci bagi memohon permit untuk membenarkan logo diletakkan di bangunan di bawah menara itu.Baca Seterusnya




Bendera DAP di bakar di perkarangan KOMTAR tanda protes terhadap tindakan berbau politik yang dilakukan oleh MBPP terhadap struktur tulisan UMNO di Ibu Pejabat UMNO Negeri Pulau Pinang.

Sesuatu yang kini menjadi persoalan banyak pihak adalah kenapa pihak MBPP sendiri tidak boleh menanti hari dan tarikh yang telah dipersetujui bersama sebelum itu (Isnin ) untuk pihak UMNO negeri mengemukan segala dokumen yang perlu bagi mendapatkan permit pembinaan ?

Berdasarkan kronologi itu seolah-olah ada arahan tertentu yang dikeluarkan oleh mereka yang jauh lebih tinggi kedudukannya daripada mereka yang berada dalam MBPP supaya disegerakan perobohan struktur tulisan UMNO tersebut.

Kini segalanya pasti terjawab apabila pihak UMNO Negeri Pulau Pinang akan terus mengikut prosedur yang ditetapkan dan telah pun mengemukakan permohonan permit seperti mana yang dipersetujui oleh MBPP.Sekiranya masih lagi timbul pelbagai alasan yang tidak munasabah maka jelaslah hakikatnya isu ini didalangi oleh parti DAP yang tidak pernah senang dengan kehadiran UMNO di Pulau Pinang.

Bagi UMNO Negeri Pulau Pinang , satu keputusan telah dibuat dalam satu sidang media baru-baru ini bahawa struktur logo UMNO di perkarangan bangunan UMNO itu akan dikekalkan walau apa cara sekalipun.Malahan ianya langsung tidak menggangu-gugat mana-mana pihak selain berada dalam kawasan bangunan milik UMNO sendiri.

Oleh yang demikian MBPP dan DAP diingatkan agar jangan sesekali menggunakan undang-undang rimba untuk kepentingan politik kepartian kerana kesannya amat buruk sekali manakala UMNO secara totalnya tidak akan berdiam diri membiarkan DAP dan seluruh agen-agennya berleluasa menindas warga Pulau Pinang khususnya orang-orang Melayu.

MMI

3 comments:

  1. Gerakan dan DAP +-+- = Cina juga, melayu masih tak faham lagi ke?

    ReplyDelete
  2. Mereka mahu ALIKKAN Isu melanda PAKATAN JAHAT sekarang ini, itu saja...

    ReplyDelete
  3. Tindakan roboh logo dlm kawasan milik UMNO oleh dap ni macam barbarian.

    ReplyDelete

Labels