Followers

Wednesday, 4 July 2012

Pengusiran Etnik Kini Berlaku Di Pulau Pinang !!


Jika di luar negara kita sering mendengar perihal penghapusan etnik yang membawa kepada pembunuhan maka kini ianya sudah mula menular ke dalam negara kita sendiri.

Penghapusan etnik seperti yang pernah terjadi di Bosnia Herzegovina satu ketika dulu sudah cukup mendatangkan sengsara dan derita kepada masyarakat Islam di negara tersebut.Malah di seluruh dunia semua umat Islam bersimpati dengan apa yang yang berlaku.

Namun perlu diingat pada ketika berlakunya kejadian tersebut berapa ramaikah yang diusir dan di bunuh oleh mereka-mereka yang bertopengkan syaitan tatkala diseluruh dunia masyarakatnya melahirkan rasa simpati tanpa henti.

Iniah yang dibimbangi bakal berlaku dalm negara kita dengan kejadian terbaru pagi tadi apabila penduduk kampung Genting di Balik Pulau Pulau Pinang di usir dari kampung halaman mereka sendiri waima tanah dan rumah yang diduduki mempunyai geran yang sah.

Apakah rasionalnya kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan DAPigs yang disokong oleh pencacai-pencacai Pas dan PKR mahu mengambil tanah tersebut ?

Rasionalkah untuk kerajaan negeri membina atau mewujudkan hub pendidikan di Balik Pulau sedangkan kawasan tersebut merupakan satu-satunya kawasan majoriti orang-orang Melayu Islam ?

Jika kita bercakap soal hub pendidikan,tindakan kerajaan negeri Pulau Pinang mahu mewujudkan universiti swasta di Balik Pulau jelas hanyalah satu lagi tindakan terancang untuk mengusir penduduk.

Lupakah DAPigs Kepala Batas dulunya dijadikan salah satu hab pendidikan pada pemerintahan kerajaan BN?

Pada ketika ini USM telah siap membina kampus pergigian, Institut Latihan Perindustrian,Kolej Perubatan,MRSM,Sekolah Sains, ACMS,Kolej Komuniti,Kolej Jururawat,Universiti Manipal turut bercadang untuk membuka sebuah hospital untuk dijadikan sebuah pusat latihan. 

Kepala Batas punyai tanah yang luas,mengapa tidak diarahkan daerah ini menjadi hub pendidikan? Mengapa harus mengambil tanah tanah melayu disebelah pulau?

Apa relevennya Guan Eng mahu menyesakkan Balik Pulau dengan rancangan sebuah lagi hub pendidikan?

Semuanya hanyalah tindakan serampang dua mata yang mahu melihat pulau dibebaskan daripada etnik berbangsa Melayu.Satu lagi impian Pakatan Haprak dalam usaha menjadikan Pulau Pinang sebagai Singapura kedua. 

Apa yang berlaku di Kampung Genting Balik Pulau hari ini adalah satu tindakan PENGUSIRAN ETNIK terancang yang cuba dilakukan oleh kerajaan negeri Pulau Pinang terhadap masyarakat Melayu yang majoritinya tinggal melebihi puluhan tahun.


Sdr Mohd Faiz Bin Mohd Rafeek YDP GPMS Barat Daya yang turut bersama-sama dengan para penduduk Kampung Genting Balik Pulau dalam demontrasi pada pagi tadi juga melahirkan rasa tidak senang dengan tindakan terbaru daripada pihak kerajaan negeri Pulau Pinang yang dilihat sebagai satu cubaan untuk mengusir penduduk dikalangan mereka yang berbangsa Melayu.

Apakah kerajaan negeri pimpinan Guan Eng tidak mahu mengambil tahu akan masalah penduduk sekiranya tanah-tanah mereka diambil ? Tahukah Guan Eng bahawa tanah yang dimiliki oleh penduduk di Kampung Genting merupakan punca pendapatan kepada mereka sekeluarga dengan menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan ditanah milik mereka sendiri.

Merampas tanah yang dianggarkan seluas 100 ekar milik penduduk Kampung Genting bererti mereka bakal merempat dan hilang punca pendapatan malah yang bakal menjadi mangsa kepada keadaan ini adalah anak-anak penduduk yang masih dibangku sekolah.Oleh kerana itulah GPMS bersama-sama penduduk hari ini mempertahankan hak mereka supaya tidak dirampas oleh mereka yang tidak berhati perut.

Mohd Faiz juga turut mempertikaikan tindakan kerajaan negeri pimpinan Guan Eng yang mahu mewujudkan hub pendidikan di tanah milik penduduk Kampung Genting sedangkan di Balik Pulau pada ketika ini sudahpun mempunyai UITM,ICT dan Politeknik yang bakal dibina oleh kerajaan Barisan Nasional.

Beliau turut menyeru kerajaan negeri supaya hentikan tindakan menzalimi penduduk Kampung Genting kerana mereka juga rakyat yang turut menyumbang kepada kemajuan negeri Pulau Pinang.

Apakah kerajaan negeri Pulau Pinang pimpinan Guan Eng hari ini boleh dilabelkan sebagai sebuah kerajaan yang prihatin akan nasib rakyatnya ?

Tahukah kita bahawa Guan Eng sudah mula melakukan PENGUSIRAN ETNIK di Pulau Pinang ?

Masanya akan tiba ampa semua tentukanlah dari sekarang..

MMI.

1 comment:

  1. cuba tuan lihat ke websites/blogs untuk pembelian rumah.. semuanya dalam bahasa Cina dan Inggeris.. Mereka berusaha ke arah penghapusan Bahasa Melayu.. tindakan yang sememangnya biadab..harap bangsa kita akan sedar.. apa jd sekalipun, lwn habis-habisan.. Lim Guan Eng bkn org tempatan (p.pinang) yang sedang menghalau org tempatan..

    ReplyDelete

Labels