Followers

Monday, 15 June 2015

EVOLUTION BECOMES REVOLUTION !


Baru-baru ini MMI sempat menonton sebuah filem cereka sains yang diadaptasikan daripada karya terdahulu dan dipersembahkan dengan lebih baik melalui teknik CGI dan penceritaannya.Walaupun tontonan itu sekadar memenuhi masa rehat di hujung minggu , ianya seolah-olah mengajak MMI untuk kembali memikirkan tentang apa yang sedang berlaku dalam dunia realiti hari ini.

Mengambil plot di bumi Malaysia dan kepelbagaian wataknya dari kalangan mereka-mereka yang terdiri daripada barisan pimpinan sehinggalah kumpulan yang menjadi pembangkang saban waktu , penceritaan ini secara realitinya sedikit sebanyak punya persamaan dengan jalan cerita yang MMI tonton.

Mungkin suasananya berbeza tetapi ada beberapa persamaan yang MMI kira boleh kita jadikan sebagai pengajaran atau sekurang-kurangnya bahan untuk kita bermuhasabah diri.

Pertembungan 2 pemimpin utama dalam negara pada ketika ini jelas telah menyebabkan sedikit sebanyak institusi orang Melayu itu sendiri berada dalam keadaan yang kurang baik.Kita tahu bahawa orang melayu terbahagi kepada beberapa kelompok dan kumpulan mengikut perbezaan ideologi politik pelbagai manakala gerak hati atau mungkin ketaksuban terhadap satu-satu individu itu telah menyebabkan kumpulan yang dulunya bersatu atas nama kesatuan kini porak peranda.

Hal ini bukan sahaja berlaku dalam kelompok Melayu yang mengaku UMNO tetapi juga dari kalangan mereka yang mengaku PAS dan tidak ketinggalan juga mereka-mereka yang terarah kepada PKR dan "Independent".

Pelbagai perkara menjadi sebab atau penyebabnya dan kita sebagai sebahagian daripada kelompok Melayu itu sewajarnya perlu lebih peka dengan apa yang sedang berlaku.

Melihat kepada situasi terkini rasanya kita sudah sampai ke tahap PERPECAHAN yang mampu mengundang musibah dikemudian hari.Jika perkara ini tidak ditangani dengan baik dan emosi dibiarkan menguasai diri maka MMI yakin apa yang telah kita perjuangkan atau pertahankan selama ini akhirnya akan menjadi satu legasi cereka kepada sebahagian daripada pewaris kita dikemudian hari.

Kita mungkin punya pendirian dan prinsip tertentu yang menjadi pegangan untuk terus berada dalam kumpulan masing-masing tetapi hakikatnya pendirian dan prinsip itu tidak akan ke mana kerana dipenghujungnya nanti akan pasti kemenangan itu menjadi milik mereka yang bukan dari kalangan kita.

Penguasaan DAP contohnya , kehadiran mereka bersama-sama dengan agenda peribadi dan lakonan yang telah terbukti berjaya mencuri hati sebahagian daripada kita sebenarnya merupakan isyarat jelas bahawa kedudukan orang melayu itu berada dalam keadaan kritikal.

Mungkin kita masih punya kekuatan sebagai sebuah kerajaan namun hakikatnya kekuatan itu mampu tinggal kenangan sekiranya kita terus-terusan lalai dan leka untuk memahami secara realitinya kesan dan akibatnya.

Perpecahan sudah pun berlaku sama ada dari kalangan UMNO mahupun PAS sendiri tetapi adakah kita benar-benar bersedia untuk berdepan kesan akibat daripada perpecahan tersebut ?

Isu pertembungan yang dilihat masih belum menampakkan jalan penyelesaian antara Tun Mahathir dan Datuk Seri Najib bukan sahaja sudah menjadi barah tetapi virus yang amat berbahaya khususnya kepada kesatuan Melayu UMNO.

Sebahagiannya masih lagi terarah untuk menghukum tanpa BUKTI seolah-olah kita sedang berada dalam dunia selepas musibah.Agak hairan dalam beberapa keadaan , sebahagian mereka di luar sana begitu emosi untuk terus membangkitkan isu melibatkan 1MDB sedang segala usaha sudah dilakukan untuk mendapatkan jawapan berdasarkan bukti atau realiti kepada tiap tuduhan tanpa bukti yang dikemukakan.

Pada ketika itu juga maka timbullah pula parti politik baru yang seakan-akan UMNO dengan wadah dan wajah baru diterajui oleh mereka-mereka yang dulunya diangkat sebagai pemimpin oleh akar umbi UMNO.

Begitu juga dengan apa yang sedang berlaku dalam parti PAS , kemana menghilangnya sifat seorang pejuang Islam apabila keputusan secara demokrasi yang berlaku sewaktu muktamar baru-baru ini dianggap sebagai usaha menekan kumpuan tertentu ?

Malah mereka-mereka yang mungkin pada agakan MMI terasa dengan keputusan tersebut mula mengambil pendekatan tersendiri kerana menyifatkan keputusan muktamar PAS itu adalah usaha terancang pihak tertentu untuk membebaskan parti itu daripada parasit atau BARUA yang selama ini menggigit prinsip perjuangan parti PAS.

Akhirnya semua pihak telah sedia maklum akan muncul satu lagi parti politik baru hasil daripada kemelut yang melanda parti PAS sejak sekian lama.

Persoalannya apakah ada keuntungan kepada tiap insan yang bergelar Melayu akibat daripada perpecahan sebegini ?

Hakikatnya apa yang ditonjolkan oleh sutradara filem "The Rise Of The Planet Of The Apes" telah memberikan kepada kita satu gambaran bagaimana keadaan politik dan kebijaksanaan itu mampu mengundang musibah kepada diri dan pihak lain.

Kebijaksanaan sahaja tidak akan mampu menjadikan kita MAKSUM dan kebijaksanaan juga tidak akan mampu mengundang kejayaan sekiranya ia diletakkan di tempat yang salah.

Emosi dan dendam mahupun keinginan yang terlalu meluap-luap sewajarnya tidak menjadi penyebab kepada keputusan tetapi boleh dijadikan sebagai sempadan untuk bermuhasabah diri.

Mungkin ada dikalangan pembaca yang belum menonton cereka sains terbabit tetapi ada sesuatu yang telah disampaikan dengan amat baik (bukan taksub) ... Walaupun ada usaha di pihak Beruk yang mampu berfikir dan bercakap untuk berusaha mencari jalan damai dengan manusia ianya tetap GAGAL kerana emosi sudah menguasai sebahagian daripada mereka.

Malah politik adu domba akhirnya tidak mendatangkan sebarang keuntungan !

Bagi sutradara tersebut perkataan "Evolution Becomes Revolution" memang kena dengan jalan ceritanya tetapi MMI terfikir bagaimana kalau dalam konteks politik ianya berlaku sebaliknya "Revolution Becomes Evolution" ? 

Agaknya apa jadi kepada kita ?

MMI

1 comment:

  1. Nampaknya org melayu takut dengan bayang2 mereka sendiri.
    Nampaknya org melayu terpaksa berhempas pulas agar negara ini tidak dijajah kembali oleh pendatang...

    ReplyDelete

Labels