Followers

Sunday, 14 June 2015

Salleh Man Bakal Sertai PASMA ?

Pergeseran pandangan dan kemelut yang berlaku dalam Pakatan Haprak kini sudah mula menampakkan kesannya.

Jika di bandingkan kemelut antara 2 parti politik ini sebagai sebuah gunung berapi , maka gunung tersebut sudah pun mengeluarkan lava berapinya yang sudah pun mengorbankan nyawa.

Situasi yang hampir sama berlaku di Pulau Pinang apabila DAP setelah memberi kata dua supaya semua wakil PAS yang punya jawatan sama ada dengan kerajaan negeri mahupun GLC untuk meletakkan jawatan , mula memecat wakil PAS yang masih lagi dilihat berdegil untuk berbuat demikian.

Mangsa terawal adalah Setiausaha PAS Pulau Pinang, Fadzil Kemi yang dilantik sebagai Pegawai Penerangan, Bahagian Penerangan Kerajaan Negeri pada 1 November 2014 telah ditamatkan kontraknya semalam tanpa sebarang alasan yang munasabah.

Fadzil yang dilantik ke jawatan itu pada tarikh 1 November 2014 sebenarnya mempunyai kontrak sehingga 31 Oktober 2015 namun beliau telah di pecat pada tarikh 12 Jun 2015 tanpa sebarang alasan melalui sepucuk surat yang ditandatangani oleh Setiausaha Kerajaan Negeri , Dato' Seri Farizan Bin Darus.



Kesal dengan tindakan tersebut , Fadzil kemudiannya meluahkan isi hatinya melalui satu kenyataan ringkas tetapi padat !
Kontrak jawatan pegawai penerangan bermula 1/11/2014 hingga 31/10/2015.
Ana diberhentikan pd 12/6/2015 walaupun kontrak belum tamat. Tanpa sebarang alasan. Malah boss ana pun tak tahu sedangkan boss ana yg menyerahkan surat itu kpd ana secara personal dan katanya, "ini surat dari CM".
Apabila ana maklum kpd boss ana yg ana telah dipecat dia terkejut dan kelihatan kecewa.
Pastu ana pun beredar setelah selesai kemas barang dan meningalkan pejabat spt ana mula2 masuk.
Sebaik keluar dari KOMTAR, mesej dari staff penerangan yg non muslim merakamkan kesedihan dan kekecewaannya dgn apa yg berlaku.
Inilah kesah dari KOMTAR angkara arrogant dan diktatornya Mr Lim Guan Eng.... masa nakkan staff digunakan Mat Sabu utk merayu terima jwtan tu kononnya strategik.... bila tak mau... dilempiaskan nafsu amarahnya kononnya nak jaga maruah.
I WONT BELIEVE YOU FOREVER Mr. Lim Guan Eng
Apa jua yang dizahirkan oleh wakil PAS ini beliau perlu sedar bahawa DAP tidak pernah melihat kehadiran mereka (Ahli PAS) sebagai sesuatu yang berharga malah lebih kepada menjaga hati dan mempergunakan sokongan PAS untuk kepentingan pengaruh serta penguasaan DAP khususnya di Pulau Pinang.

Mungkin selepas ini pelbagai alasan lain akan diberikan oleh kerajaan negeri DAP terhadap keputusan pemecatan tersebut.Dan ianya mungkin boleh sampai ke tahap mencemarkan maruah dan imej wakil PAS itu sendiri.

Siapa yang mampu menghalang keangkuhan dan penguasaan DAP ?

Hanya mereka yang mampu menurut arahan dan bersetuju dengan tiap keputusan DAP sahaja yang boleh mendapat tempat dan begitulah seterusnya !

Dalam sedar atau tidak , MMI sedang memerhatikan perkembangan berkaitan kedudukan Salleh Man satu-satunya wakil PAS yang kini masih lagi memegang beberapa jawatan penting dalam GLC milik kerajaan negeri Pulau Pinang.

Sehingga kini Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang itu masih lagi berdiam diri dan perkhabaran terakhir adalah pada 8 Jun yang lalu memaklumkan beliau kini kerana berada di Tanah Suci mengerjakan umrah.

Soalnya sejauh mana kedudukan Salleh Man di mata Guan Eng ?

Apakah DAP tidak BERANI untuk memecat Salleh Man seperti mana yang dilakukan terhadap Fadzil Kemi ?

Dan adakah Salleh Man akan terus menjadi penjilat tegar DAP setelah apa yang DAP lakukan terhadap wakil PAS ?

Atau berdasarkan cakap-cakap di kedai kopi semalam , apa mungkin ada sebahagian besar dari ahli PAS termasuk Salleh Man akan meninggalkan parti itu dan menyertai PASMA kerana PASMA punya aliran politik yang sehaluan dengan apa yang dimahukan oleh Rejim DAP ?

Well kita tunggu tengoklah !

MMI

3 comments:

  1. Persahabatan yg tidur sebantal mimpi lain2. Org bodo makanan org jerdik , siapa yg cerdik.. Ibarat air dan minyak mana bisa bercampur.

    ReplyDelete
  2. DAP mahu anjing yang sentiasa taat kepada tuannya, ikut arahan bukan bangkang, kesian orang PAS yang jadi barua masih nak jadi barua,sanggup tubuh PASMA? Cakap pasal Islam sepatutnya kita kena tunjuk kepada bukan Islam kekuatan dan kepimpinan Islam yang sejati.

    ReplyDelete
  3. Tanpa izin Pas..ahli Pakatan...PasMa tak bolih sertai Pakatan.. Kita tengok sistem apa dipakai olih PKR..dan Dap ( problem pemilihan Parti tak selesai hingga skrg)..adakah sistem gila babi atau sawan babi... kita ..kah kah kahkan ajer..kelakaw leer.

    ReplyDelete

Labels