Followers

Friday, 12 June 2015

PAS Jelebu Umum Keluar Parti Mahu Wadah Perjuangan Baru , Siapa ?

Gambar sebelah diambil sewaktu muktamar PAS baru-baru ini.Dari pengamatan MMI mungkin suasana sebegitu adalah satu perkara biasa bagi kebanyakkan para perwakilan tanpa mengira parti memandangkan sidang yang berjalan kadang-kalanya memakan masa dan mampu menyebabkan keletihan.

Tetapi secara ironiknya mungkin keadaan dalam gambar itu mencerminkan kepada kita bagaimana perwakilan PAS sewaktu muktamar baru-baru ini sudah dapat merasai kekusutan yang sedang melanda parti itu akibat daripada kesilapan terlalu menurut kata hati.

PENING , BINGUNG atau mungkin MIGRAIN yang mencengkam pada ketika itu seolah-olah satu isyarat bahawa akan berlaku sesuatu yang akan mengakibatkan pengorbanan menjadi pencacai kepada DAP selama ini adalah satu kerja sia-sia.

Setelah keputusan untuk menolak hubungan dengan parti DAP dibuat oleh pucuk pimpinan yang baru (walaupun masih tinggal sebumbung) kita sudah dapat melihat bagaimana respon awal daripada beberapa kerat mereka-mereka yang sebelum ini begitu galak mempertahankan hubungan haram itu mula berlaku.

Mat Sabu telah pun meletakkan semua jawatannya dengan kerajaan DAP di Pulau Pinang setelah mengalami kekalahan teruk pada pemilihan parti baru-baru ini.Kemudiannya Mujahid Yusof Rawa turut berbuat demikian dan kedua-dua pemimpin PAS ini masing-masing memberikan alasan menghormati keputusan ulama dan demi maruah.

Tindakan yang menampakkan kepada kita seolah-olah mereka begitu walak kepada keputusan parti sedang hakikatnya sebelum ini merekalah antara pemimpin yang sering kali memekakkan teling dan menolak beberapa saranan waima daripada Dewan Ulama PAS sekalipun.

Contoh mudah lihat sahaja dalam konteks tuntutan kalimah Allah oleh bukan Islam Klik Sini 

Hari ini muncul pula satu lagi kumpulan yang sudah tidak lagi mampu bertahan dengan situasi yang berlaku dalam parti PAS selepas pemilihan baru-baru ini.

Pimpinan PAS Jelebu hari ini mengumumkan keluar parti kerana hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan parti yang baru.Dan tindakan mereka-mereka ini jauh lebih menarik kerana alasan yang diberikan begitu jelas sekali menunjukkan betapa ideologi politik yang terhasil daripada kesongsangan tahaluf siyasi PAS bersama DAP selama ini telah menyerap bukan sahaja ke dalam jiwa tetapi roh perjuangan pemimpin PAS sendiri.




Mereka secara jelas telah mengaku sebagai sebahagian daripada kumpulan progresif dalam PAS atau lebih mudah disebut sebagai kumpulan perubahan.Soalnya perubahan yang bagaimanakah ditagih oleh kumpulan ini ?

Adakah dengan menjadikan hubungan dengan DAP sebagai satu keperluan yang amat penting itu merupakan jalan untuk satu perubahan dalam PAS ?

Perubahan apa yang sebenarnya di cari oleh kumpulan ini ?

Jika di rujuk kenyataan dalam perenggan (a) dan (b) di atas maka kita dapat simpulkan bahawa perubahan yang dimahukan kumpulan ini adalah kerjasama berterusan dengan DAP walaupun hakikatnya PAS sering kali menjadi mangsa belasahan politik parti tersebut.

Dalam masa yang sama mempertikaikan keputusan pucuk pimpinan dan Dewan Ulama apabila memutuskan hubungan dengan DAP adalah jawapan paling tepat bahawa mereka bukan lagi ahli PAS yang mempertahankan prinsip perjuangan parti sebaliknya lebih melihat kepada soal kedudukan dan penguasaan politik semata-mata.

Paling mengejutkan apabila tercatat dalam kenyataan media terbabit di perenggan terakhir "Sehubungan ini kami juga berharap agar wadah perjuangan yang baru untuk rakyat dapat dilahirkan untuk berjuang bersama PKR dan DAP bagi merealisasikan harapan rakyat yang dahagakan perubahan dan keluar dari tembok penindasan rejim UMNO/BN".

Mereka jelas mahukan wadah perjuangan baru dan rasanya semua pihak sedia maklum siapa sebenarnya yang dimaksudkan !

Akhir kalam kumpulan terbabit juga sebenarnya terlupa bahawa tiap keputusan yang berlaku dalam pemilihan PAS tempoh hari melibatkan undian daripada para perwakilan.Dituduhnya proses itu sebagai tidak bersih dan dipenuhi dengan amalan kotor ?

Hahahaha rasanya itu mungkin alasan mereka-mereka yang tidak dapat menerima keputusan majoriti perwakilan atau kemahuan parti sendiri !!!

Lebih DANGKAL apabila membuat tuduhan kononnya UMNO dan BN menindas mereka selama ini sedang hakikatnya DAP jauh lebih menindas PAS sehingga terpalit taraf pencacai dalam Pakatan Haprak sendiri.

SHAME ON YOU !!

MMI

3 comments:

  1. Barua barua DAPig dah kepanasan

    ReplyDelete
    Replies
    1. PELIK TAPI BENARKAN. .

      Delete
  2. Melayu2 ni lah yang akan jilat pongkok hanyir DAPpigs dan jadi KELDAI tulin pada babi2 kominis yang sembelih datuk nenek depa dulu. Bodoh nya Melayu2 ni....kharrrrk ptuihhhhh

    ReplyDelete

Labels