Followers

Sunday, 5 July 2015

Dakwaan WSJ SERIUS Cemar Imej Negara @HishammuddinH2O @NajibRazak


Tuduhan Wall Street Journal (WSJ) berhubung transaksi wang berjumlah RM2.6 bilion ke akaun peribadi milik YAB Perdana Menteri jelas merupakan satu tuduhan yang amat serius.Ianya bukan sahaja merosakkan reputasi pemimpin negara tetapi juga menjejaskan imej dan maruah negara Malaysia di mata dunia.

Serentak dengan kenyataan berupa tuduhan tersebut , YAB Perdana Menteri diberitakan sudah mengesahkan akan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap pihak yang terbabit selain daripada siasatan daripada pihak berkuasa.Klik Sini 

Dalam masa yang sama , Naib Presiden UMNO merangkap Menteri Pertahanan Malaysia tampil menyatakan pendiriannya dan menggesa rakyat agar jangan membuat sebarang spekulasi kerana ia hanya akan memburukkan lagi keadaan.


Kenyataan Media

YB Dato' Seri Hishammuddin Hussein
Menteri Pertahanan Malaysia
Merangkap Naib Presiden UMNO

1MDB

05 Julai 2015

1) Saya berharap semua pihak bertenang dan tidak membuat sebarang andaian awal berhubung dakwaan beberapa media antarabangsa terhadap Perdana Menteri Malaysia, YAB Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak berkaitan isu 1MDB.

2) Jangan bertindak melulu dan terus menghukum Perdana Menteri kerana dakwaan itu hanyalah berdasarkan laporan media yang belum disahkan kebenarannya. Jangan juga membuat sebarang spekulasi kerana ia hanya akan memburukkan lagi keadaan.

3) Saya setuju ini adalah dakwaan serius yang telah menarik perhatian ramai dan perlu diambil tindakan segera. Oleh itu, seperti rakyat Malaysia yang lain, saya juga ingin tahu keadaan yang sebenar. Ruang harus diberikan  kepada pihak berkuasa khususnya Pasukan Petugas Khas yang dianggotai oleh SPRM, PDRM dan Bank Negara Malaysia untuk melakukan siasatan lanjut berhubung dakwaan ini.

4) Saya yakin  Pasukan Petugas Khas ini akan menjalankan siasatan dengan segera, adil dan tidak berpihak.

5) Justeru, sementara Pasukan Petugas Khas ini melakukan siasatan, kita seluruh rakyat Malaysia perlu bersatu padu dan terus memberi sokongan kepada negara yang tercinta ini.

6) Pada masa yg sama, saya juga menggesa pihak-pihak yg membuat dakwaan tersebut agar tampil dengan bukti yang kukuh. Langkah ini penting kerana dakwaan ini bukan sahaja melibatkan maruah dan kredibiliti Perdana Menteri, malah imej kerajaan Malaysia di mata dunia.

7) YAB Perdana Menteri telah pun mengeluarkan kenyataan bagi menjelaskan perkara ini. Saya menyokong penuh dan tetap bersama beliau dalam ketegasannya  untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang membuat dakwaan tidak berasas.

-Tamat-

Apa jua yang berlaku , kita harus segera sedar bahawa kini anasir-anasir luar sudah mula melibatkan diri dan sedang mengambil kesempatan terhadap negara Malaysia.Mereka tahu dalam keadaan sebegini , ianya merupakan masa yang paling sesuai untuk campur tangan dan mungkin dengan sokongan pihak terdesak mereka mampu menjayakan agenda untuk meruntuhkan sistem sedia ada dan digantikan dengan sistem yang memenuhi citarasa mereka SEKULAR !

MMI

3 comments:

  1. Sekarang ni Najib hanya perlu tunjukkan penyata bank dan membuat pengakuan berkanun menyatakan dirinya tidak menyonglap wang berjumlah RM 2.63 bilion itu serta menyaman Sarawak Report, Wall Street Journal, serta Tun Dr. Mahathir yang Najib tuduh pihak-pihak itu berkonspirasi menjatuhkannya dan memfitnahnya.

    Malahan AmBank juga perlu buat kenyataan rasmi dan pengakuan berkanun bahawa tiada sebarang dana berjumlah RM 2.63 bilion atau dalam nilai matawang yang setara dengannya dimasukkan ke dalam akaun Najib.

    Jika ini dibuat oleh Najib dan AmBank, maka kes ini akan disiasat dengan menangkap pihak Sarawak Report, Wall Street Journal, serta Tun Dr. Mahathir untuk dibicarakan di mahkamah untuk mendapatkan kepastian sebenar, maka orang pun tak buat andaian itu dan ini.

    Tetapi tindakan Najib dan AmBank tak berbuat apa-apa menyebabkan integriti mereka berada pada tahap tidak boleh dipercayai, memang Najib ada menafikan, tetapi penafian yang tidak konkrit, dia perlu tunjukkan penyata bank, serta membuat pengakuan berkanun, serta menyaman pihak yang dia tuduh fitnah dan berkonspirasi nak jatuhkannya itu.

    Jangan pusing sana sini lagi, pihak berkuasa pun patut bertegas, jangan hanya tau goyang telor dan goyang tetek di pejabat sahaja.

    ReplyDelete
  2. Bila Najib nak saman Sarawak Report, Wall Street Journal serta Tun Dr. Mahathir yang Najib tuduh berkonspirasi nak menjatuhkan Najib serta memfitnah Najib?

    Kita berikan tempoh hingga hujung minggu ini kepada Najib, jika tiada tindakan saman, sah Najib telah menyamun wang hutang 1MDB, patutlah 1MDB ni teruk dan nazak, ada penyamun menyonglap wangnya.

    Sedarlah semua.

    ReplyDelete
  3. Aku tak percaya Mat Monggol ni akan saman. Dia hanya akan suruh peguam dia hantar surat kepada WSJ supaya tidak siarkan lagi berita ini.Itu aje. Tengoklah nanti. Kalau aku tidak bersalah dan dituduh sebegini, aku akan arahkan siasatan oleh badan bebas seperti RCI dan memandangkan bulan yang mulia ini, aku akan bersumpah bahawa aku tak curi duit ini. Tapi Najib bukan aku dan aku bukan Najib. Lu pikir la sendiri...

    ReplyDelete

Labels