Followers

Monday, 6 July 2015

Ohh Masih Ada Lagi Ke Melayu Macam Ni ??


Semalam sewaktu MMI tengah sibuk dengan satu majlis , telefon di tangan ni asyik berbunyi ja menandakan ada maklumat yang diterima namun biasalah tak pasti dari apklikasi mana.Biasalah zaman sekarang ni macam-mcam ada dan rasanya semua orang sedia maklum tentang aplikasi-aplikasi internet ni.

Berbalik pada cerita maklumat tadi , rupa-rupanya maklumat tu menghebahkan tentang tindakan sekumpulan orang Melayu di Johor yang telah bertindak menghalau Lim Kit Siang daripada buat bodo dan onar di bumi Johor.

Merujuk kepada laporan yang disiarkan oleh astroawani , sekumpulan penyokong UMNO didakwa mencetuskan kekecohan di sebuah forum Kedai Kopi di Taman Megah Ria, Masai petang tadi ketika sesi ramah mesra DAP Johor dengan masyarakat Sabah dan Sarawak.

Insiden dipercayai tercetus selepas Pengarah DAP Johor Liew Chin Tong dikatakan mengeluarkan kenyataan menghina UMNO dan Presidennya, Datuk Seri Najib Razak.

Berdasarkan beberapa video yang dimuatnaik di laman Facebook Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Johor Jaya, Liow Cai Tung, kumpulan tersebut yang rata-ratanya berbaju merah mula naik marah semasa ucapan Liew sedang berlangsung.

Mereka mengarahkan Penasihat DAP yang juga merupakan Ahli Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang supaya beredar dengan berkata melaungkan kata-kata "Kit Siang balik, Kit Siang balik!"

Dalam salah satu video tersebut, seorang individu berbaju merah juga dilihat mengugut Kit Siang supaya keluar dari kedai tersebut.

"Lima minit kalau dia tak keluar.. dia mati atau saya mati!" jerit lelaki tersebut.

Seminit kemudian, seorang lelaki berpakaian hitam yang dipercayai anggota polis berpakaian preman meminta supaya jangan ada sebarang provokasi terhadap kenderaan atau orang.

Menerusi imej WhatsApp yang dimuat naik di laman tersebut juga, kumpulan tersebut dipercayai telah berhimpun dan merancangnya lebih awal bagi membantah kehadiran Kit Siang ke kawasan itu.

Suasana menjadi kecoh selama beberapa minit di mana insiden tolak menolak antara kumpulan tersebut dengan beberapa ahli dan pemimpin DAP turut berlaku.

Pihak polis kemudiannya cuba meredakan keadaan serta menasihati ahli-ahli DAP di situ supaya menghentikan program tersebut, kerana dikhuatiri keadaan akan menjadi lebih keruh.

Pemimpin-pemimpin DAP juga diiringi keluar dengan selamat oleh polis.sumber 

Satu tindakan yang MMI rasa wajar diberikan tabik SALUTE ! 

MMI ucap tahniah kepada pihak-pihak yang terlibat sebab berani tampil malah bertindak menghalau komunis tu keluar dari kawasan.

Sesuatu yang pasti , zaman sekarang ni susah nak jumpa orang Melayu macam ni ! Sebab kebanyakkannya banyak bercakap sahaja !!!Kemudian suka salah orang lain , komplen sana komplen sini tapi kerja tak nampak pun !!

MMI bukan marah tapi hairan , belambak puak DAP dok buat gila di Pulau Pinang .. Rupa-rupanya Melayu Johor lagi HEBAT lahhhh ...

#BikinPanas

MMI

3 comments:

  1. Saya tabik mereka, lelaki lelaki Melayu terakhir...........jenis yang hampir pupus...

    ReplyDelete
  2. Kalau mcm ni cara kau mmi,
    Sangat tak bertepatan islam ajaran Nabi kita...

    Menunjuk isyarat lucah apa bagai...
    Kalau tak puas hati...
    Ikutlah cara nenek jahara tu...
    Duit dpt hati tenang, pahala n dosa Allah kira!

    Berubah la...
    Kat akhirat nanti takde melayu2 ni...

    ReplyDelete
  3. anoy 1655 kalau nak tunjuk baik pun agak2 la xkan org nak jahanam kn kita pun nak d biar kan kalau nak sangat citer pasal akhirat xder la perang zaman nabi dlu ko ni melayu ke ape

    ReplyDelete

Labels