Sejak dari mula lagi kehadiran Lim Guan Eng di bumi Sarawak telah menyebabkan kem pembangkang yang caca marba itu terus-terusan ditimpa malapetaka.Jika sebelum ini siri ceramahnya yang tak sampai berapa kerat itu telah memberikan impak negatif kepada kempen awal di Sarawak , kini tindakan parti DAP yang sedang bergelut dan berperang dengan PKR telah menyebabkan rentak jentera mereka sumbang.
Perebutan yang menonjolkan sikap tamak dan bernafsu besar parti PKR dan DAP itu bukan sahaja mengundang perbalahan sesama sendiri tetapi sudah sampai ke tahap bertanding sesama sendiri.Dan dalam konteks ini kalau kita amati apabila satu-satu kumpulan itu boleh bertanding sesama sendiri maka rumusannya sudah pastilah bukan AGENDA RAKYAT yang menjadi keutamaan tetapi lebih kepada kepentingan peribadi.
Hakikat yang harus diterima oleh seluruh jentera pembangkang di bumi Sarawak adalah Lim Guan Eng bukan sahaja menjadi antara penyebab kepada kekusutan yang berlaku tetapi turut GAGAL untuk memastikan wujudnya kesepakatan dalam pasukan mereka sendiri.
Bahkan kehadirannya di MIRI dalam siri ceramah DAP juga GAGAL untuk menarik sokongan pengundi-pengundi disitu.
Guan Eng kekal dengan egonya dan mengaku kononnya beliau telah memajukan Pulau Pinang dan berjanji pula akan turut sama memajukan Miri seperti mana yang telah beliau lakukan di Pulau Pinang.Baca Selanjutnya
Soalnya benarkah apa yang Guan Eng ungkapkan tu ? MMI akan jelaskan di perenggan berikutnya.
Dalam pada itu tindakan salah seorang pemimpin DAP yang gagal mengawal emosi akibat daripada perebutan kerusi sehingga mengutuk parti yang kononnya seangkatan dengan mereka amat memalukan sekali.
Perkataan yang dilontarkan di media sosial itu sudah cukup untuk mencerminkan betapa mereka sememangnya tidak sealiran.
Sebagai seorang pemimpin taikun ala-ala ketua mafia dalam DAP , Guan Eng seharusnya segera mengambil tindakan dengan menjadi orang tengah bukan dengan berdiam diri atau membiarkan perkara sebegini daripada berlaku.
Tetapi biasalah , rasanya Guan Eng juga turut sama bersetuju dengan rakan-rakan karibnya itu maklumlah yang penting bukan SOAL RAKYAT tetapi KUASA dan KEDUDUKAN seperti mana yang telah beliau miliki di bumi Pulau Pinang.
Berbicara tentang Pulau Pinang pula , MMI suka untuk kongsikan betapa Guan Eng sendiri pun sebenarnya tidak mendapat tempat dalam sebahagian daripada pimpinan pembangkang di Pulau Pinang !
Tindakan dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pakatan Harapan di Pulau Pinang mengkritik pentadbiran Guan Eng seharusnya diberikan perhatian.
ADUN Penanti dari PKR, Dr Norela Ariffin mendedahkan usulnya di DUN telah ditolak secara mengejut sebanyak 13 kali sejak tahun 2013.
“Saya tidak tahu kenapa usul saya ditolak tetapi ia tidak akan membuatkan saya berhenti untuk bersuara demi orang ramai yang menghadapi banjir kilat dan masalah gangguan elektrik di kawasan luar bandar.
“Peruntukkan yang diberikan bagi kawasan saya terlalu kecil untuk saya suarakan masalah ini. Saya perlu memperbetulkan masalah ini dengan membawa usul berkaitan namun ia ditolak,” katanya seperti yang dilaporkan oleh New Straits Times.
Sementara itu, ADUN Berapit dar DAP, Lydia Ong Kok Fooi juga kesal apabila tidak diberikan penglibatan penuh sebagai salah seorang penggubal undang-undang di Pulau Pinang.
Menurutnya, beliau telah bekerja siang dan malam selama lapan tahun dan isu-isu yang diketengah seperti kesesakan lalu lintas dan perancangan yang kurang baik kerajaan tempatan tidak pernah diberi perhatian.
“Saya telah menyuarakan rungutan orang ramai di kawasan DUN saya tetapi amat menyedihkan apabila tiada apa yang telah dilakukan,” ujarnya.sumber
Well walaupun isu tersebut berlaku di Pulau Pinang , ianya ada kena mengena dengan Sarawak khususnya dengan tempoh masa berbaki lebih kurang 10 hari sebelum proses pembuangan undi dilakukan pada 7 Mei 2016 nanti.
Sebagai warga Sarawak , apakah anda rela untuk membiarkan pendusta-pendusta ini mengaburi minda anda dengan janji-janji manis mereka ? Lihatlah dengan hati dan soal diri sendiri , apakah yang bakal berlaku di Sarawak sekiranya kumpulan-kumpulan ini mendapat kuasa ?
BUKTInya didepan mata , jika ADUN dari kalangan DAP dan pembangkang sendiri pun tidak mendapat perhatian daripada Lim Guan Eng selaku peneraju kerajaan DAP di Pulau Pinang , apakah di bumi Sarawak DAP akan berubah wajah dan sikap kendiri mereka dengan mengutamakan soal rakyat ?
It just a dream guys !!!
MMI
Isu LGE buatkan DAP Sarawak pening. Segala hujah depa dlm blog dan fb dijawap dgn isu LGE. tak terkata depa dibuatnya...
ReplyDelete