Followers

Tuesday, 27 December 2016

Percayalah SITUASI Ini Tidak Akan Berlaku Lagi !!!


Sebagai sebahagian daripada generasi muda yang hadir dan mengenal politik pada era kepimpinan Tun Mahathir , MMI suka untuk katakan bahawa situasi seperti mana dalam gambar diatas yang telah berlaku pada satu tempoh sebelum ini tidak akan sesekali berulang lagi !

Itulah hakikat yang harus kita terima betapa Tun Mahathir pada hari ini sudah berkerat rotan untuk tidak akan bersama dengan parti UMNO kerana sudah pun memilih jalannya sendiri.

MMI yakin ramai dari kalangan penulis blog pro UMNO mahupun kerajaan seboleh-bolehnya tidak mahu menulis perkara-perkara yang punya kaitan dengan diri Tun Mahathir kerana mengenangkan jasa yang telah beliau berikan kepada Malaysia.

Namun tindak-tanduk dan jalan yang Tun Mahathir sendiri pilih itu bukan sahaja sudah berbeza dengan pendirian kita tetapi sudah sampai ke tahap melalut.

Situasi yang sedang berlaku pada hari ini sebenarnya sudah pun memberi petunjuk kepada kita semua betapa pendirian Tun Mahathir serta kehadiran PPBM tidak akan kemana.Belum pun sampai tempoh matang PPBM sudah dilanda dengan pelbagai isu-isu yang menjejaskan reputasinya.

Skandal , sikap gopoh , pertikaian sesama sendiri , hilang arah tuju , bersahabat dengan DAP , sombong walaupun masih mentah telah menyebabkan PPBM yang hadir demi kepuasan nafsu politik itu sudah semakin longlai.

Selain daripada menonjolkan sifat dendamnya Tun Mahathir turut sama ditempelak rakan yang turut mengaku bersama-sama dalam satu pasukan untuk menuju PRU14.

Pada ketika Tun Mahathir melabel pemberian BR1M itu sebagai satu bentuk RASUAH , Presiden PKR Wan Azizah pula tampil sebaliknya.

Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) bukan rasuah, sebaliknya ia adalah hak rakyat, kata Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menyangkal dakwaan Tun Dr Mahathir Mohamad yang melabelkan BR1M sebagai rasuah.

“(BR1M) memang patut diberikan kepada rakyat. Ia bukan rasuah. Ia adalah hak rakyat.

“Jika rakyat layak mendapat sebarang bantuan daripada kerajaan, ia patut diberikan kepada mereka,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR, hari ini.

So apa lagi yang ada pada Tun Mahathir ?

Di telanjangkan sendiri oleh mereka-mereka yang beliau mengaku sebagai sahabat !

Ada anak pula asyik bergantung bukan pendokong ! 

MMI kesian sangat-sangat tapi apa boleh buat , yang ada di kiri dan kanan Tun Mahathir pula jauh lebih bangang sebab tak mampu menjadi penasihat supaya Tun Mahathir segera berehat dari arena politik negara.

Ini penting kerana tindakan Tun Mahathir sudah sampai ke tahap melacurkan diri sendiri ! 

MMI yakin dan percaya ramai dari kenalan mahupun mereka yang mengenali Tun Mahathir atau menyokong usahanya selama ini sedang sibuk membuat perkiraan.

Apakah aku masih mahu meneruskan sokongan ini bersama-sama dengan DAP ?

Bagaimanakah janji dan prinsip aku untuk menentang DAP yang jelas bukanlah sahabat Melayu dan Islam ?

Sudah lupakah aku bahawa perjuangan ini untuk anak cucu dan generasi selepas aku ?

Apakah dengan kemelut yang melanda PPBM membolehkan mereka menjadi kuasa penentu sekiranya Pakatan Harapan menawan Putrajaya ?

Mampukah suara Mahathir mengatasi dan menundukkan keegoan cauvinis-cauvinis DAP ?

Fikirlah , jangan ikut kata hati tetapi guna akal dan lihatlah sejelas-jelasnya !

Tun Mahathir boleh sahaja bersalam dengan Anwar Ibrahim , berpeluk dengan Kit Siang , berseloka dengan Mat Sabu dan berbisik dengan Wan Azizah tetapi jika Tun Mahathir masih mengimpikan suasaan serta pujuk rayu daripada ahli UMNO seperti mana yang pernah berlaku di PWTC satu ketika dahulu , PERCAYALAH situasi itu tidak akan berlaku lagi !

UMNO akan terus ke hadapan dan kali ini mereka tidak akan menoleh lagi !

Selamat tinggal Tun Mahathir ....

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels