Followers

Monday, 9 January 2017

Bila Pemimpin PKR Penang Tak Ada KUALITI !!!!


MMI nak tanya apa yang dia ni buat di Pulau Pinang ? 

Sebagai Timbalan Ketua Menteri bolehlah MMI kata kerja buat pemimpin PKR Pulau Pinang yang berada di kedudukan paling tinggi dalam pentadbiran kerajaan negeri DAP ni ibarat melepas batuk di tangga.

Tak ada satu pun yang benar-benar menjadi kayu asas kepada gerak kerja membantu rakyat khususnya orang Melayu dan Islam.

Datanglah apa isu sekalipun mamat ni tak pernah buka mulut pun ! Sebab ada kawan bagitau DAP jaga puak-puak ni tahap A punya so no wonderlah !

Setelah berdepan dengan pelbagai isu kerajaan DAP Pulau Pinang nampaknya sedang berusaha untuk memulihkan kembali imej mereka setelah tercalar dengan begitu teruk sekali akibat daripada pendedahan demi pendedahan yang telah menyebabkan reputasi kerajaan negeri pentadbiran Guan Eng terjejas.

Kerakusan pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang dalam perancangannya bukan sahaja memudaratkan kedudukan politik parti tersebut tetapi sudah sampai ke tahap kritikal sehingga menimbulkan keresahan serta kecelaruan dalam parti DAP sendiri.

Selain daripada itu kedudukan ketua menteri Lim Guan Eng yang sedang berhadapan dengan pertuduhan di mahkamah juga menjadi antara sebab kenapa kedudukan kerajaan negeri kini dipertikaikan.

Semua pihak sedia maklum pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang hampir menyerupai pentadbiran rejim seperti mana yang berlaku di beberapa negara luar.Walaupun diakui ada dikalangan anggota pentadbiran itu dipilih dari kalangan wakil-wakil parti politik yang bersama dalam kem pembangkang , DAP sebagai parti paling banyak kerusi jelas mempergunakan kedudukan politik itu untuk bertindak sendiri dan sering kali menidakkan suara-suara dari wakil parti-parti yang lain.

Antara contohnya apabila Guan Eng menamakan penggantinya yang bukan dari kalangan Timbalan Ketua Menteri sebaliknya dipilih daripada kalangan anggota parti DAP.

Bukankah tindakan ini secara tidak langsung menafikan hiraki pentadbiran yang sewajarnya menjadi pengganti beliau sekiranya berlaku sebarang perkara yang memerlukan jawatan Ketua Menteri diganti ?

Secara tersiratnya Guan Eng dan DAP sudah pun menafikan peranan kedua-dua timbalannya walaupun Ramasamy adalah ahli DAP !

Apakah tujuan sebenar menolak peranan dan kehadiran Ramasamy serta Rashid dalam pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang ?

Rasis ? atau DAP hanya membonekakan kedua-duanya untuk tujuan mendapat sokongan kaum India dan Melayu ?

Situasi ini semakin jelas apabila Guan Eng baru-baru ini telah melantik Datuk Saifudin Nasution, Setiausaha Agong PKR sebagai Penasihat Strategik Ketua Menteri P.Pinang.


Mengambil kira tujuan perlantikan itu adalah bertujuan untuk meningkatkan sokongan (pengundi) orang Melayu terhadap Pakatan Harapan maka jelas Guan Eng secara terang-terangan sudah pun menafikan peranan Rashid sebagai Timbalan Ketua Menteri Pulau Pinang.

Untuk apa Rashid hadir dalam pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang sekiranya usaha dan gerak kerja sebegini (kerja Saifudin) perlu diserahkan kepada pihak lain ?

Kenapa perlu melantik wakil PKR yang bukan dari kalangan PKR Pulau Pinang ?

Apakah PKR Pulau Pinang hari ini ketandusan pemimpin yang menepati kemahuan Guan Eng ?

Jika usaha untuk meraih sokongan orang Melayu Pulau Pinang , kenapa tidak wakil-wakil Melayu dari kalangan mereka yang berada dalam PAN dan PKR Pulau Pinang dilantik ?

Apakah Saifudin punya keupayaan untuk menilai dan memahami kemahuan orang-orang Melayu di Pulau Pinang jauh lebih baik daripada Rashid dan mereka-mereka yang lain ?

Jika inilah keputusan Guan Eng , maka jelas sekali kehadiran Rashid , Dr Afif dan lain-lain pimpinan Melayu khususnya PKR dalam kerajaan DAP Pulau Pinang adalah amat tidak bernilai !


"No Value" kehadiran mereka-mereka ini hanyalah sekadar boneka dan ditempatkan dikedudukan tertentu dengan ganjaran tertentu supaya tidak menganggu-gugat sebarang perancangan kerajaan DAP di Pulau Pinang.

Kerana itulah selama Pulau Pinang berdepan dengan masalah banjir kilat pada setiap kali berlaku hujan lebat masih belum dapat ditangani kerana usaha kerajaan DAP Pulau Pinang lebih terarah kepada membangunkan projek-projek mewah yang lebih menguntungkan suku sakat mereka.

Rashid , Dr Afif dan mereka-mereka yang lain tidak mampu bersuara kerana kuasa bukan ditangan mereka , tak bernilai pun !

MMI

1 comment:

  1. jadi BARUA DAPig terang2. rashid TKM tu hanya tok pekong dlm Krjn Penang. angkat kepala pun xbrani.. taat sgguh pd tokong Lim!

    ReplyDelete

Labels