Antara usaha paling popular kerajaan Barisan Nasional (BN) untuk terus mendekati rakyat adalah BR1M.Tidak ada mana-mana pihak sekalipun yang boleh menafikan peranan BR1M kerana bantuan tersebut jelas menepati hasrat kerajaan untuk diarahkan kepada golongan mahupun kumpulan sasaran.
Program rasionalisasi subsidi yang digerakkan oleh kerajaan BN sekiranya dilihat dalam konteks yang lebih besar merupakan pelan tindakan yang cukup berjaya dan ianya dilihat sebagai keputusan terbaik kerajaan dalam mendepani keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu pada hari ini.
Program rasionalisasi subsidi pula menjadi pemangkin kepada urus tadbir berhemah kerajaan BN dalam menguruskan kedudukan kewangan negara.Walaupun ada pihak-pihak yang saban waktu menyerang kerajaan kerana mengambil langkah sebegini , realitinya hasil program BR1M ini sudah pun menjadi kayu ukur khususnya golongan penerima kerana ia jelas sekali disasarkan kepada kumpulan yang berhak.
Hasilnya jutaan rakyat Malaysia yang berada dalam kumpulan LAYAK MENERIMA sudah pun mendapat manfaatnya tanpa mengambil kira bangsa , agama dan ideologi politik.Bahkan dari pengamatan MMI sendiri , parti-parti politik pembangkang yang selalu mengkritik program tersebut juga turut sama melibatkan diri dengan membuka kaunter-kaunter pendaftaran , satu kejayaan kepada kerajaan BN pimpinan YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak sebenarnya.
Apa pun dalam menguruskan hal melibatkan rakyat ini , kerajaan tidak dapat mengelak daripada menerima kritikan demi kritikan dari pelbagai pihak yang sebenarnya dengki dengan kejayaan program terbabit.
BR1M sebelum ini dianggap sebagai dedak dan kini dilabel pula sebagai satu bentuk RASUAH daripada kerajaan kepada rakyat !
Sampai begitu sekali kesan kejayaan BR1M , pimpinan pembangkang dilihat tidak senang duduk dan kebimbangan mereka bukanlah sesuci tuduhan kononnya BR1M itu adalah amalan RASUAH tetapi lebih kepada RISAU kerana pembangkang tidak punya asas yang jelas untuk rakyat selain daripada mengkritik dan usaha untuk menumbangkang kerajaan BN semata-mata.
Selain daripada itu sudah ada pihak yang cuba mengelirukan kenyataan Tan Sri Dr. Mohd Irwan Serigar Abdullah tentang usaha kerajaan untuk penerima bantuan BR1M memiliki kenderaan menggunakan bantuan tersebut.
Macam-macam hal , kerana itu MMI sertakan sekali kenyataan daripada Ketua Setiausaha Perbendaharaan ini supaya semua pihak dapat menelitinya sekaligus menjawab tuduhan-tududah liar dan songsang yang dilemparkan.
PEMBERIAN BR1M MEMANFAATKAN RAKYAT BERPENDAPATAN RENDAH
Kini banyak diperkatakan tentang pemberian BR1M kepada rakyat yang memerlukannya iaitu mereka dalam kategori B40. Ada kalangan pemimpin terkenal yang mendakwa pemberian BR1M adalah rasuah. Suka dinyatakan dengan jelas disini BR1M BUKAN RASUAH. Ia adalah pemberian ikhlas Kerajaan untuk menolong rakyat yang berpendapatan rendah dan golongan yang memerlukan bantuan kerajaan untuk meringan beban kehidupan harian mereka. Ia bukan bertujuan menjadikan penerimanya bergantung kepada Kerajaan tetapi lebih kepada membantu mereka dalam sekurang-kurang memenuhi keperluan asas, agar usaha yang lebih bersungguh-sungguh ditumpukan kearah memajukan diri mereka. Ternyata, pemberian BRIM dapat mengurangkan beban mereka dalam menampung keperluan harian.
Pada tahun 2012, Kerajaan membelanjakan hampir RM25 billion dalam menyediakan subsidi berkaitan petroleum iaitu rekod tertinggi yang dibelanjakan bagi tujuan tersebut ketika purata harga minyak Brent mencecah USD112 setong. Subsidi ini sebenarnya lebih menguntungkan golongan kaya yang mempunyai banyak kereta dan berkuasa tinggi. Golongan berpendapatan rendah tidak pun memiliki kereta jadi subsidi ini tidak membantu mereka. Kajian IMF dan Bank Dunia jelas membuktikan rasionalisasi subsidi pukal harus dibuat supaya subsidi diberi kepada golongan yang benar-benar memerlukan. Di sini golongan professional termasuk agensi Kerajaan seperti Kementerian Kewangan, Unit Perancang Ekonomi dan Bank Negara Malaysia berpendapat satu mekanisma baru perlu dilaksanakan untuk meringankan beban kos sara hidup golongan berpendapatan rendah. Sebagai langkah pertama Kerajaan melaksanakan BR1M pada tahun 2012 dan mendapat sambutan daripada golongan berpendapatan rendah. Institusi antarabangsa seperti IMF dan World Bank memuji langkah negara melaksanakan BR1M.
Malah banyak negara di dunia ini yang melaksanakan pemberian bantuan wang tunai ataupun dalam bentuk food stamp kepada rakyat mereka. Amerika Syarikat telah berpuluh-puluh tahun melaksanakan pemberian food stamp kepada rakyat mereka. Ia diperkenalkan secara rasmi pada tahun 1964 melalui Food Stamp Act dan mulai tahun 2008, program ini dikenali sebagai Supplemental Nutrition Assistance Program (SNAP). Program pemberian bantuan berbentuk wang tunai diberi juga di negara seperti Australia, Brazil, Bulgaria, Hungary, Indonesia dan banyak lagi di bawah pelbagai nama. Adakah semua negara-negara ini boleh dikatakan memberi rasuah kepada rakyat mereka?
Sebagai salah satu inisiatif Bajet 2017, Kerajaan sedang melaksanakan usaha untuk membolehkan penerima BR1M yang tidak memiliki kenderaan menggunakan bantuan BR1M tersebut sebagai bayaran pendahuluan untuk membeli kereta Proton Iriz dan seterusnya mereka boleh menjadi pemandu ride-sharing seperti pemandu UBER bagi menjana pendapatan tambahan. Pemandu UBER misalnya, yang buat secara sambilan boleh dapat pendapatan lebih RM4,000 hingga RM7,000 bergantung kepada jumlah jam mereka memandu. Dengan ini, Kerajaan menggalakkan rakyat miskin keluar daripada kategori B40 atau ‘upward mobility’ rakyat miskin. Di samping itu, Kerajaan masih mengkaji kaedah pemberian BR1M kepada rakyat secara lebih efektif dan efisien.
Anehnya zaman mereka memerintah juga bantuan diberi kepada rakyat. Di negeri Selangor dan Pulau Pinang pelbagai bantuan disediakan kepada rakyat negeri-negeri tersebut antaranya Program Bantuan Food Stamp, Skim Mesra Usia Emas, Air Percuma, Program Bantuan Ibu Emas, Skim Bantuan Tadika Selangor, Program Skim Pelajar Emas, Program Penghargaan Warga Emas dan Program Anak Emas . Adakah semua bantuan diberi oleh negeri-negeri tersebut boleh dikategorikan rasuah. Tentunya tidak.
Rakyat tidak harus terpedaya dengan pemikiran yang mengelirukan oleh sesetengah pihak yang mempunyai motif mereka tersendiri. Kajian terbaru oleh Universiti Kebangsaan Malaysia mendapati 83.4% daripada orang awam sangat bersetuju supaya program BR1M dikekalkan.
TAN SRI DR. MOHD. IRWAN SERIGAR ABDULLAH
Ketua Setiausaha Perbendaharaan
5 JANUARI 2017
Jelas sekali apa yang diutarakan itu adalah satu inisiatif kerajaan untuk membolehkan penerima BR1M yang tidak memiliki kenderaan menggunakan bantuan BR1M tersebut sebagai bayaran pendahuluan untuk membeli kereta Proton Iriz dan seterusnya mereka boleh menjadi pemandu ride-sharing seperti pemandu UBER bagi menjana pendapatan tambahan.
Pemandu UBER misalnya, yang buat secara sambilan boleh dapat pendapatan lebih RM4,000 hingga RM7,000 bergantung kepada jumlah jam mereka memandu. Dengan ini, Kerajaan menggalakkan rakyat miskin keluar daripada kategori B40 atau ‘upward mobility’ rakyat miskin.
So citanya ia bukan paksaan , BR1M pastinya akan diteruskan dan inisiatif tambahan tersebut adalah usaha kerajaan untuk membantu kalangan mereka yang mahu memilih inisiatif terbabit.
Ulang sekali lagi kerajaan sedang berusaha untuk membasmi kemiskinan dengan menawarkan peluang-peluang yang terbaik kepada rakyat agar mereka mendapat kehidupan yang lebih baik.
Jadi puak-puak kat luaq sana tu jangan dok merapu sangatlah ...
# Kepada semua penerima BR1M kalau ada yang masih keliru tentang skim khairat kematian , klik ja di pautan ni CARA MEMBUAT TUNTUTAN SKIM KHAIRAT KEMATIAN (SKK) BR1M 2017
MMI
# Kepada semua penerima BR1M kalau ada yang masih keliru tentang skim khairat kematian , klik ja di pautan ni CARA MEMBUAT TUNTUTAN SKIM KHAIRAT KEMATIAN (SKK) BR1M 2017
MMI
No comments:
Post a Comment