Followers

Wednesday, 4 January 2017

Mukhriz PM , Kit Siang TPM ? SONGSANG !!!


Apa yang ampa semua nampak daripada gambar atas tu ? Hebat beb Mukhriz Perdana Menteri Malaysia dan Lim Kit Siang Timbalan Perdana Menteri Malaysia !

Fuh dasyat boboi nih ,, tapi MMI nampak lain sikit .... Kalau dari cara dan memek muka tu rasanya Kit Siang yang Perdana Menteri dan Mukhriz Timbalan ! Betoi kan ? 

Dasyat ! Dasyat permainan puak-puak nih !

Apa pun artikel ni merujuk kepada pendedahan Tunku Aziz lah , bekas naib pengerusi DAP yang mendedahkan tentang satu perjanjian SULIT antara Tun Mahathir dan Kit Siang untuk menjadikan Mukhriz sebagai PM dan Kit Siang yang setengah abad tu sebagai TPM.

Belum apa-apa dah ada perancangan bagai , kerusi nak bertanding pun belum tentu kawan-kawan dalam Pakatan Haprak nak bagi dan melalut dah sampai ke tahap nak bagi anak dia jadi PM.

Isunya betul ker ????? Jom kita tengok apa jadi bila Tunku Aziz dedahkan perkara tu ....

Tudia ! Mukhriz sudah pun mengugut Tunku Aziz untuk mengambil tindakan guaman terhadap bekas naib pengerusi DAP itu sekiranya tidak mengemukakan bukti terhadap pendedahannya.

Fuh meletop Bro ! Dasyat juga Tunku Aziz punya pukulan ...

Ekoran daripada itu Tunku Aziz semalam telah mengadakan satu sidang media di Kuala Lumpur .Berikut adalah kenyataan media Tunku Abdul Aziz, bekas naib pengerusi DAP di sidang media yang telah diadakan pada jam 11.15 pagi, 3 Jan 2017, bertempat di Hotel Corus, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.

Mukhriz ugut fail saman terhadap Tunku Abdul Aziz

Tunku Abdul Aziz bertegas Mukhriz Mahathir dan Lim Kit Siang perlu membuat pengakuan bersumpah bahawa mereka tiada keinginan untuk menjadi Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. 

1. Mukhriz Mahathir telahpun memberi respon terhadap kenyataan media saya bertarikh 30 Disember 2016, di mana saya menyatakan, berdasarkan maklumat yang saya terima, Mahathir Mohamad dan Lim Kit Siang telah pun mencapai pakatan rahsia di mana jika Pakatan memenangi pilihanraya yang akan datang, Mukhriz akan dilantik sebagai Perdana Menteri dan Lim Kit Siang sebagai timbalannya. Mukhriz kini mengugut untuk menyaman saya jika saya tidak mendedahkan sumber maklumat ini.

2. Seperti yang dijangka di dalam situasi ini, Mukhriz telahpun menafikan maklumat ini sebagai tidak berasas. Jika ini benar, saya tertarik mengapa beliau bertegas untuk mengetahui sumber maklumat ini. Sekiranya beliau yakin maklumat ini tidak mempunyai asas, mengapa beliau ingin libatkan pihak ketiga yang mana identitinya harus saya lindungi. Hanya saya yang bertanggungjawab untuk segala tindakan yang saya ambil.

3. Saya terkejut beliau memilih untuk menutup mulut saya dengan mengambil tindakan undang-undang. Apa yang saya lakukan hanyalah berkongsi maklumat yang saya perolehi dari sumber yang kukuh dan boleh dipercayai. Saya percaya pada masa maklumat itu diterima, dan juga kini, bahawa perkara ini mempunyai kepentingan awam berdasarkan apa yang mungkin berlaku dari ‘pakatan rahsia’ ini dan kesannya terhadap jiwa politik Melayu dan juga arena politik Malaysia.

4. Sekarang, ianya jelas pada ramai bahawa Mukhriz dan Lim Kit Siang mengalami trauma di atas pendedahan terbaru ini sehingga menyebabkan mereka mengugut untuk mengambil tindakan saman terhadap sesiapa sahaja yang berani bercakap mengenai cita-cita politik mereka.

5. Dilihat kesan maklumat ini terhadap mereka amat mendalam kerana pergerakan rahsia mereka sudah goyah dan tersasar dari landasan. Pelan politik yang dibuat oleh Mahathir dan Lim Kit Siang kini menjadi rahsia terbuka, jelas dilihat oleh orang awam.

6. Kita tidak boleh menyalahkan orang ramai jika mereka tidak bersangka baik kerana sudah sekian lama Pakatan enggan menamakan pengerusi dan timbalan pengerusi untuk pakatan mereka. Rakyat mempunyai hak untuk bertanya kenapa mereka mengelak. Adakah pemain-pemain utama sedang menyembunyikan sesuatu dari undi Melayu yang mereka inginkan demi merealisasikan impian Putrajaya mereka?

7. Bagaimana Mukhriz dan Lim Kit Siang ingin menuduh orang seperti saya dan ramai yang lain dari membuat kesimpulan mengenai rahsia cita-cita politik mereka apabila mereka sendiri enggan menamakan pengerusi dan timbalan pengerusi bagi Pakatan mereka, namun masih bertegas untuk memimpin negara ini? Sedikit ketelusan diperlukan bagi memastikan undi Melayu yang mereka inginkan tidak tertipu oleh ‘faktor Lim’. Mukhriz dan Lim Kit Siang perlu menjelaskan perkara ini dengan secepat mungkin.

8. Demi kejujuran di dalam arena politik, saya bertegas Mukhriz dan Lim Kit Siang membuat pengakuan bersumpah bahawa mereka tidak mempunyai sebarang cita-cita untuk menjawat jawatan Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri.

9. Sekiranya mereka enggan, jangan menyalahkan orang lain yang menuduh mereka cuba menyembunyikan dari pengundi Melayu bahawa Lim Kit Siang akan menjadi calon Timbalan Perdana Menteri Pakatan.

10. Namun, jika mereka membuat pengakuan bersumpah, maka mereka boleh menyaman saya. Itu merupakan hak mereka jika mereka ingin berbuat demikian.

So MMI nak tunggu tengok berani dak Mukhriz dengan Kit Siang buat pengakuan untuk tolak jawatan PM dan TPM sekiranya ditawarkan ?

Sejak MMI kenal dua orang ni , puak-puak ni bukan jenis ikhlas .. pantang ada peluang terus sambaq dan tak ada peluang pun nak sambaq juga ! Bayangkan tengok ...

Oklah cukup-cukuplah kita sama-sama tunggu apa akan jadi ... Oh yaaa terlupa pula MMI dalam dok kalut-kalut nih mana pi Muhyiddin ?

Nama tak naik pun ?
Tak teringin ka nak jadi PM ?
Ka puak-puak tu tak mau ?

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels