Salam semua , Selamat Tahun Baru 2017 !
Kita sudah pun berada di tahun baru dan sudah pastilah ramai dari kalangan kita yang punya azam baru untuk ditunaikan.Mungkin juga bagi sebahagian lagi masih kekal dengan azam lama sebab tak berjaya nak tunai.
Apa pun MMI percaya kepada kemampuan masing-masing dan gunakanlah akal anugerah Allah swt itu dengan sebaik-baiknya , pasti kejayaan akan menjadi milik kita !
Bila menyebut tentang azam ni MMI teringat tentang Tun Mahathir , sebab azam dia untuk tumbangkan kerajaan BN dan menjatuhkan kepimpinan negara YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak masih belum berjaya malah dari pengamatan MMI ianya semakin kabur dan sukar.
Dengan kemumculan pelbagai kemelut dalaman sendiri , parti Tun Mahathir ni nampaknya akan kembali membuka sejarah lebih kurang macam Semangat 46 satu ketika dahulu.Sorak dan pekikannya begitu lantang sekali tetapi kemampuannya hancus !
Dan kerana itu jugalah MMI melihat Tun Mahathir menyedari keadaan ini dan beliau tahu sesuatu harus segera dilakukan supaya mesin jangka hayat penyambung nyawa PPBM tidak dicabut dan dihentikan.
Maka kerana itulah pemberian BR1M perlu dianggap sebagai RASUAH !
Apakah benar tuduhan Tun Mahathir bahawa BR1M itu rasuah ?
Sejak Merdeka pada tahun 1957 , kerajaan Perikatan yang kemudiannya Barisan Nasional tidak pernah sesekali gagal untuk membantu rakyat Malaysia bahkan dasar-dasar negara sehingga wujudnya dasar DEB telah menjadi asas kepada kemajuan demi kemajuan yang dicapai oleh Malaysia dan seluruh rakyatnya.
Keprihatinan terhadap keperluan rakyat itu menjadi agenda tiap daripada kepimpinan negara mengikut acuan masing-masing bermula daripada era Tunku Abdul Rahman , Tun Abdul Razak , Tun Hussein Onn , Tun Mahathir , Tun Abdullah dan Datuk Seri Mohd Najib.
Dan jika kita melihat daripada era Tun Mahathir sehinggalah kepimpinan Datuk Seri Mohd Najib ada perbezaan ketara khususnya dari segi pendekatannya.
Sesuatu yang jelas berlaku adalah pelan tindakan rasionalisasi subsidi negara !
Melalui pelan ini kerajaan BN di bawah pentadbiran Datuk Seri Mohd Najib bijak menyusun semula struktur subsidi negara agar ia terarah kepada kumpulan mahupun golongan sasaran.Berbeza dengan era Tun Mahathir bila mana subsidi dilakukan secara pukal tanpa benar-benar khusus kepada kumpulan dan golongan tertentu walaupun ianya diakui sebagai bantuan subsidi kepada rakyat.
Pelbagai bentuk bantuan yang mula diperkenalkan kepada rakyat oleh Datuk Seri Mohd Najib seperti BR1M , KR1M , PRIMA dan lain-lain jelas adalah tindakan yang paling tepat sekali dan rakyat yang berhak menikmati bantuan subsidi ini berjaya dikenal pasti.
Hasilnya rata-rata rakyat menerima baik skim bantuan dan susun atur semula subsidi ini sehingga BR1M menjadi antara yang paling popular pada masa kini.
Namun Tun Mahathir yang kini tidak lagi bersama UMNO telah membuat tuduhan bahawa Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan penetapan gaji minimum sebagai rasuah serta menyalahi perundangan.
Namun Tun Mahathir yang kini tidak lagi bersama UMNO telah membuat tuduhan bahawa Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) dan penetapan gaji minimum sebagai rasuah serta menyalahi perundangan.
Tindakan yang kemudiannya mendapat kecaman banyak pihak ini bukan sahaja memalukan Tun Mahathir sendiri tetapi juga menjejaskan reputasinya sebagai bekas Perdana Menteri Malaysia.
Rata-rata rakyat menolak tuduhan sebegini dan menganggap pihak yang membuat tuduhan terbabit adalah kalangan mereka-mereka yang punya dendam politik dan tidak mengamalkan politik matang.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata, kedua-dua polisi berkenaan merupakan sebahagian daripada agenda Transformasi Negara bagi membolehkan Malaysia mencapai beberapa objektif yang disifatkan kritikal dalam mengekalkan kesejahteraan.
Menurut beliau. BR1M diakui telah membantu meningkatkan ekonomi dalam negeri melalui usaha mengagihkan semula pendapatan dan merangsang ekonomi luar bandar.
Tegasnya, perkara itu dibuktikan dengan pertumbuhan sebanyak 4.3 peratus Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara pada suku tahun ketiga walaupun dunia berdepan pertumbuhan ekonomi perlahan serta kejatuhan harga komoditi.
“Tidak dapat disangkal bahawa polisi tersebut berjaya memperbaiki pendapatan negara, selain itu menurut data Unit Perancangan Ekonominya (EPU) median pendapatan isi rumah kasar bulanan untuk semua rakyat Malaysia pada tahun 2014 meningkat kepada RM4,585 dari RM2,830 pada tahun 2009. Iaitu peningkatan sebanyak RM1,755 atau 62 peratus dalam tempoh masa lima tahun.
“Pertumbuhan tersebut lebih besar berbanding tempoh masa lima tahun dari 1984 hingga 1989 semasa pemerintahan Dr. Mahathir yang menyaksikan median pendapatan hanya meningkat RM95 atau 13.5 peratus,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Selain itu, Abdul Rahman menambah, median pendapatan isi rumah kasar bulanan bumiputera turut meningkat sebanyak 66 peratus dari tahun 2009 hingga 2014 iaitu dari RM2,531 kepada RM4,214 sebulan.
Katanya, pertumbuhan tersebut lebih tinggi berbanding peningkatan sebanyak RM1,112 bagi median pendapatan isi rumah kasar bulanan bumiputera sepanjang 18 tahun pemerintahan Dr. Mahathir dari 1984 hingga 2002.
“Adalah jelas bahawa dari segi kesamaan pendapatan, Malaysia sebagai sebuah negara mempunyai tahap pendapatan sekata. Kami akan terus menambah baik dalam aspek ini. Program pemberian wang seperti BR1M adalah perkara biasa yang dilakukan oleh banyak negara di dunia.
“Tiada apa yang salah tentang BR1M, ia juga bukannya rasuah dan sama sekali tidak menyalahi perundangan. Walaupun diserang, kerajaan berjanji akan terus melaksanakan segala perancangan termasuk memperkukuh kedudukan kaum bumiputera,” jelasnya.
Soalnya apa masalah Tun Mahathir ni ?
Soalnya apa masalah Tun Mahathir ni ?
Bagi Tun Mahathir , rakyat hanya layak menjadi pengundi dan mereka hanya perlu menerima tempias kemajuan yang dimiliki negara melalui ruang dan peluang yang diwujudkan oleh dasar Tun Mahathir dengan memperkasakan taikun-taikun besar termasuklah anak-anaknya sendiri bukan dengan kaedah menstruktur semula subsidi yang jelas diarahkan kepada kumpulan sasaran.
Pada ketika Presiden PKR sendiri bersetuju dengan pemberian BR1M , Tun Mahathir pula sebaliknya.Malah dah sampai ke tahap keluarkan fatwa haji melalui program 1MDB itu adalah HARAM dan tidak MABRUR !
Kepada pentaksub dan penyokong Tun Mahathir ... Percayalah kehadiran Tun bersama dengan parti-parti dalam Pakatan Harapan dan penerimaan mereka bukanlah kerana keupayaan dan kemampuan bekas Perdana Menteri itu.
Kepada pentaksub dan penyokong Tun Mahathir ... Percayalah kehadiran Tun bersama dengan parti-parti dalam Pakatan Harapan dan penerimaan mereka bukanlah kerana keupayaan dan kemampuan bekas Perdana Menteri itu.
Tetapi ia lebih kepada mempergunakan sedikit saki baki aura yang dimiliknya dengan harapan Pakatan Harapan mampu mendapat sesuatu pada PRU14 nanti.
Cukup-cukuplah Tun Mahathir sebelum lebih ramai menganggap kamu sudah semakin hilang upaya sebagai seorang bekas pemimpin ulung Malaysia !
MMI
Cukup-cukuplah Tun Mahathir sebelum lebih ramai menganggap kamu sudah semakin hilang upaya sebagai seorang bekas pemimpin ulung Malaysia !
MMI
No comments:
Post a Comment