Kalai kita amati tindak-tanduk DAP sejak diberi muka oleh sekumpulan orang Melayu yang bangkit kononnya bersolidariti terhadap isu dan pertuduhan membabitkan perlakuan dua alam bekas Timbalan Perdana Menteri , Anwar Ibrahim yang kini sedang meringkuk dalam penjara , DAP adalah antara parti yang paling bijak memanipulasi keadaan pada ketika itu.
Jika sebelumnya kumpulan yang sama menolak DAP dengan pelbagai alasan , kerana obses melampau atau terhutang budi akhirnya DAP diterima oleh kumpulan tersebut yang kemudiannya membentuk parti politik bernama PKR.
Tidak cukup dengan itu , PAS pun pada masa dan ketika itu turut sama tenggelam punca dan bertindak luar dari tabie dengan mencipta serta menghalalkan pelbagai cara termasuk menggunakan ayat-ayat Al-Quran semata-mata untuk meyakinkan orang ramai khususnya orang Melayu dan Islam betapa hubungan politik yang terbina itu adalah benar.
Ungkapan Tahaluf Siyasi digembar-gemburkan dengan secukup rasa supaya rakyat tidak melihat soal pendirian dan prinsip lagi tetapi dikesimpangkan supaya terarah kepada hubungan politik atas nama mirip Islamik walaupun hakikatnya hubungan itu jelas songsang.
Bertitik-tolak dari sinilah DAP mencipta peluang demi peluang untuk meraih sebanyak mungkin untung politiknya sehingga akhirnya Pulau Pinang , Perak , Selangor rebah dalam dakapan parti-parti pembangkang.
Ramai yang terkejut khususnya penggerak-penggerak UMNO dan Barisan Nasional seolah-olah Malaysia dilanda GARUDA !
Sebahagian lagi rakyat pula mengambil sikap untuk melihat perkembangan kerana perjudian yang didagangkan sebelum itu dibuat atas dasar mencuba bukan atas faktor keyakinan.
Kini setelah beberapa tahun ianya menjadi catatan sejarah buat Malaysia , seluruh warganya dapat melihat dengan jelas betapa hubungan yang disajikan sebelum itu hanyalah berasaskan kepada kemahuan dan nafsu untuk menjatuhkan BN semata-mata bukan hubungan untuk membina Malaysia yang lebih baik.
PAS kini tidak lagi bersama pakatan pembangkang walaupun DAP yang sebelum itu meludah PAS ke lantai cuba menjilat balik ludahan tersebut.
PKR dilihat lebih kepada menurut kata walaupun ada sikit-sikit bunyi yang hanya terhasil apabila ada inci-inci tertentu yang dianggap milik dan hak mereka disentuh.
Kewujudan PAN pula lebih mirip kepada sekumpulan keldai yang kini bertukar TUAN !
Keldai-keldai ini tidak lagi dimiliki oleh mereka-mereka yang sebelum itu berkopiah putih dan bertasbih dan hanya menjalankan kerja-kerja mengangkut barang dilereng-lereng bukit.Keldai-keldai ini sudah dimodenkan dan kesemua mereka kini dihimpunkan dalam kandang serba moden dengan Tuan yang baru ... Siapa ? Tak perlu MMI jelaskan ....
Kemunculan dan kehadiran PPBM pula bolehlah diibaratkan sebagai ANAI-ANAI !
Jika sebelum ini anai-anai ini melata diserata genap rumah-rumah UMNO kini kumpulan anai-anai ini berpindah ke rumah baru.Rumah agam yang dilihat mereka jauh lebih lazat dan punya zat-zat yang boleh dijadikan sebagai penambah tenaga untuk terus menggigit dan meneruskan hidup.
Sesuatu yang pasti MMI yakin bahawa perpindahan anai-anai ini adalah disebabkan oleh kayu-kayu yang terdapat dalam UMNO itu terpelihara dengan baik dan sentiasa dijaga oleh pemilik dan mereka-mereka yang berteduh didalamnya.
Dan sudah tentulah anai-anai ini akan menggigit rumah baru mereka cumanya gigitan anai-anai ini akan hanya dirasai setelah gigitan demi gigitan itu berjaya meruntuhkan alang-alang yang selama ini menjadi penahan kepada rumah baru tersebut.
Walaupun kehadiran anai-anai ini masih baru , pemilik rumah itu sebenarnya sudah pun terkesan ! Tinggalnya si pemilik masih mahu berdiam diri kerana jika hal ini terdedah maka terjejaslah reputasi rumah agam yang diwar-warkan kepada umum sebagai yang paling hebat itu !
Kini apa yang bakal berlaku ?
Si Pemilik dan pekerja-pekerjanya sudah mula menggila dan mereka semakin hari semakin runsing.
Kerana kerunsingan itulah akhirnya Kit Siang secara tiba-tiba membuat pengakuan bahawa bayang-bayang kuda tunggangan mereka bernama RBA itu sebenarnya WUJUD !
"Most ambitious “Black Ops” to destroy DAP in four decades, involving Ministers and the Prime Minister himself "
Baca artikel Kit Siang di SINI
Amboiii kalau dekat orang sedap ja kata macam-macam , Kit Siang lupa agaknya sejak dan mungkin sebelum 2004 lagi DAP sudah pun mempunyai rangkaian dan pasukan siber RBA ini.
BUKTINYA .... Since 2004 DAP was doing this and it intensified in 2008. For ten years from 2004 to 2014 DAP has been monopolising the air waves. Then, in February 2015, Prime Minister Najib Tun Razak’s Boffin Boys decided that enough is enough and they started to hit back. That was exactly two years ago. And in two years Najib’s Boffin Boys demolished what took DAP ten years to develop.
And that is what really upset Kit Siang .. ikuti ulasan daripada Raja Petra Kamarudin seterusnya di SINI
Guan Eng pula berdepan dengan pelbagai skandal yang secara jelas terhala ke arahnya sehinggakan Setiausaha Agung DAP ini bakal dibicarakan di mahkamah dalam tempoh terdekat.Pelbagai kepincangan pentadbiran kerajaan DAP Pulau Pinang sudah terdedah dan ianya semakin menyesakkan ahli-ahli DAP sendiri sampaikan sudah ada yang bertindak keluar parti ! Rujuk SINI
So apa lagi yang bakal berlaku ?
PRU14 adalah penentu seterusnya !
DAP tahu bahawa mereka perlu lakukan sesuatu kerana Pakatan Haprak tidak sekukuh salakannya !
DAP tahu bahawa kehadiran PPBM telah memberikan impak negatif terhadap aura pimpinan dalam Dinasti Lim sehingga parti itu terjejas !
DAP tahu PKR dan PAN adalah parti yang lebih kepada memenuhi nafsu serakah mereka dan mereka tidak punya upaya seperti mana yang dimiliki oleh DAP !
Dan kerana itulah DAP perlu bertindak licik , mungkin membuat sedikit pengakuan kononnya mereka lemah disini dan gagal disana adalah strategi biasa untuk mengumpan dan mengalih isu kerana Kit Siang tahu apa yang menimpa Guan Eng bukanlah perkara biasa.
Terlalu banyak "DAMAGE" yang telah dilakukan oleh Guan Eng sehingga memerikan kesan kepada parti cauvinis DAP itu sendiri.
Untuk "survive" pada PRU14 , DAP perlu teruskan penguasaannya dalam Pakatan Haprak ! Jika itu gagal dibuat DAP , Pakatan Haprak akan sekali lagi menerima nasib yang sama seperti mana melingkupnya Pakatan Rakyat.
Hakikatnya Kit Siang sudah pun mengaku bahawa semua OPERASI HITAM DAP kini GAGAL menjadi benteng mempertahankan parti dan pimpinan parti cauvinis sendiri.
KEGAGALAN yang sudah sampai ke peringkat menjejaskan reputasi pentadbiran kerajaan negeri di bawah teraju DAP sendiri.
Dan kerana itulah Kit Siang sedang terkial-kial untuk menutup bau yang cukup busuk itu daripada tersebar ke seluruh negara walaupun beliau perlu mendedahkan kewujudan Red Bean Army yang sebelum ini dinafikannya.
MMI
No comments:
Post a Comment