Melihat kepada senario politik membabitkan parti-parti pembangkang di Malaysia pada hari ini , dapatlah MMI simpulkan sebagai kecelaruan antara realiti dan fantasi.Agak pelik sekali tingkah laku parti-parti pembangkang ini memandangkan perbezaan yang mereka sendiri wujudkan itu kini cuba disamakan dengan kaedah-kaedah ganjil.
Entah ramuan apa yang mereka sedang gunakan kerana kenyataan-kenyataan tegas sudah pun dikeluarkan oleh pimpinan parti masing-masing.
PAS misalnya sudah pun menyatakan dengan jelas bahawa parti itu tidak akan sesekali bekerjasama dengan DAP setelah apa yang mereka lalui bersama atas nama Tahaluf Siyasi sebelum ini.Kegagalan Tahaluf Siyasi PAS bersama DAP bukan sahaja mengajar parti itu untuk berhati-hati dengan parti cauvinis tersebut tetapi sudah pun menyedarkan pimpinan tertingginya betapa DAP tidak pernah menganggap hubungan sebelum ini sebagai medan untuk DAP menerima dan memahami kehendak PAS.
DAP sehingga ke saat ini hanya mengaku menghormati Islam berlandaskan Perlembagaan Persekutuan secara luaran sahaja malah gagal dan langsung tidak menunjukkan tanda-tanda mereka menerima dan memahami Islam serta pengisiannya.
Kesannya banyak perkara yang dilakukan DAP selama ini bercanggah dengan nilai perlembagaan itu sendiri.Ringkasnya DAP tidak pernah menerima Islam sebagai agama yang paling tinggi dalam hiraki perlembagaan negara sebaliknya cuba memanipulasi keadaan itu untuk kepentingan parti dan agenda mereka.
UMNO konsisten dalam pendirian mereka menolak politik DAP kerana prinsip parti itu jelas menolak bukan sahaja perkara yang termaktub dalam perlembagaan tetapi dasar yang dilakukan DAP di Pulau Pinang sendiri telah mengesahkan parti itu hanya mempergunakan orang Melayu dan Islam untuk kepentingan politik semata-mata.
Hari ini setelah Presiden PAS memutuskan semua kerjasama dengan DAP serta menolak pelawaan DAP untuk PAS kembali bersama dalam Pakatan Harapan , timbul pula isu kerjasama songsang yang cuba dihalalkan oleh segelintir pemimpin PAS dengan PPBM.
Tindakan Timbalan Presiden PAS , Tuan Ibrahim Tuan Man yang secara tersiratnya telah bersetuju dengan usaha untuk bekerjasama dengan PPBM nyata menimbulkan banyak persoalan !
KENYATAAN JAWATANKUASA INDUK BERSAMA PAS-PPBM
Mesyuarat Jawatankuasa Induk Bersama antara Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM) telah berlangsung hari ini di Kuala Lumpur dan berjaya menghasilkan persefahaman antara kedua-dua pihak. Delegasi PAS diketuai oleh YBhg Dato’ Tuan Ibrahim Tuan Man, Timbalan Presiden PAS dan PPBM diketuai oleh YB Dato’ Seri Mukhriz Mahathir, Timbalan Presiden PPBM.
Mesyuarat hari ini telah memperhalusi deraf rangka kerjasama persefahaman politik PAS-PPBM dalam menghadapi PRU 14 dan beberapa ketetapan positif telah diambil dalam usaha untuk memeterai kerjasama antara kedua-dua parti.
Rangka kerjasama antara PAS dan PPBM akan diperhalusi oleh pimpinan tertinggi kedua-dua parti untuk ditandatangani oleh Presiden kedua-dua parti pada satu tarikh terdekat.
Sehubungan itu, mesyuarat hari ini juga telah bersetuju untuk membentuk sebuah Jawatankuasa Teknikal Bersama PAS-PPBM untuk mengambil tindakan susulan atas keputusan-keputusan yang dipersetujui oleh kedua-dua parti.
DATO’ TUAN IBRAHIM TUAN MAN
Timbalan Presiden PAS
YB DATO’ SERI MUKHRIZ MAHATHIR
Timbalan Presiden PPBM
1 Februari 2017
Anehnya bagaimana hubungan ini cuba dibina sedangkan PPBM kini adalah sahabat DAP ?
Apakah PAS akan tampil dengan perjanjian aneh untuk bekerjasama dengan PPBM walaupun parti itu punya kaitan secara langsung dengan DAP ?
Menurut sumber PAS tidak punya masalah untuk bekerjasama dengan PPBM asalkan parti itu tidak bersama dengan DAP dan PAS juga menolak sebarang bentuk kerjasama dengan PAN parti serpihan PAS.
Isunya apakah PPBM akan meninggalkan kedua-dua parti DAP & PAN ?
Apa yang MMI sedang perhatikan adalah tindak tanduk PAS selepas ini kerana parti yang sering mengaku sebagai pejuang Islam ini pernah menempatkan nama mereka setanding dengan mereka yang suka membuat U-Turn !
Malah PAS pernah menghalalkan cara semata-mata untuk kepentingan politik yang dialaskan dengan potongan hadis dan ayat-ayat tertentu untuk mengekalkan ciri-ciri Islamik mereka.
Sama ada PAS bersama dengan PPBM atau dengan mana-mana pihak sekalipun , MMI tak pernah kisah sangat sebab PAS tidak pernah mahu menerima UMNO sebagai rakan seperjuangan.
Cuma MMI ternanti-nanti perkembangan selanjutnya memandangkan PAS sudah pun mengaku dan mengesahkan untuk menolak DAP.
Apakah PAS hari ini akan kembali menjadi PAS yang sebelumnya dengan Tahaluf Siyasi yang baru ???
Kita tunggu tengok ...
MMI
Syukur Alhamdulillah.
ReplyDeletePribumi BERSATU dan PAS akan bekerjasama.