Followers

Tuesday 14 March 2017

Hina ISLAM GPMS Mahu Tindakan TEGAS !!


POLIS WAJIB AMBIL TINDAKAN KE ATAS KENYATAAN BIADAP DAN ANTI ISLAM YANG DIKELUARKAN OLEH RAVEENTHARAN SUBRAMANIAM, BEKAS ADUN BATU UBAN

1) Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) negeri Pulau Pinang mengutuk sekeras-kerasnya kenyataan berbunyi "fisrtly Islam was never a religion of peace" yang dibuat oleh Raveentharan Subramaniam, Bekas Adun Batu Uban menerusi akaun Facebook beliau. Kenyataan tersebut sangat jelas berunsur hasutan, provokasi melampau ke atas agama Islam dan seluruh ummat Islam. Malah, GPMS negeri Pulau Pinang berpendapat kenyataan yang dikeluarkan oleh Raveentharan ini membuktikan sikap sebenar beliau sebagai seorang yang anti Islam, rasis dan berniat jahat mahu memerangi Islam.


2) GPMS negeri Pulau Pinang memandang serius kenyataan yang dibuat oleh Raveentharan memandangkan beliau adalah bekas ADUN dan seorang yang berpengaruh serta merupakan pemimpin parti politik. Setiap kenyataan, desakan dan seruan yang dibuat mampu memperngaruhi pengikut beliau dan mampu membangkitkan semangat membenci Islam dan mencetuskan suasana tidak harmoni di kalangan masyarakat.  Oleh yang demikian, GPMS negeri Pulau Pinang berharap agar pihak berkuasa khususnya Polis Diraja Malaysia dapat menjalankan siasatan segera dan memastikan tindakan tegas diambil ke atas beliau.

3) Walaupun Raveentharan telah mengeluarkan kenyataan memohon maaf di dalam akaun Facebook beliau, kes ini tidak boleh ditutup atau diselesaikan begitu sahaja.  Setelah menghina Islam dan mendakwa Islam sebagai sebuah agama yang tidak sejahtera, beliau tidak boleh dilepaskan begitu sahaja. Apatah lagi sebagai seorang bekas wakil rakyat, pemimpin parti politik dan pengamal undang-undang sewajarnya beliau sedar akan betapa bahayanya tuduhan yang dibuat beliau ke atas Islam dan kesannya terhadap masyarakat dan negara ini. Oleh yang demikian, beliau harus bertanggungjawab di atas kenyataan menfitnah agama Islam yang dikeluarkan oleh beliau.

4) GPMS negeri Pulau Pinang juga mendapati ini bukanlah kali pertama kenyataan-kenyataan berbaur hasutan, provokasi dan fitnah ke atas Islam dikeluarkan oleh orang bukan Islam khususnya di kalangan pemimpin-pemimpin parti politik. Namun setiap kali apabila dibuat laporan khususnya kepada pihak Polis, Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia dan lain-lain, mereka yang mengeluarkan laporan ini hanya diambil keterangan seterunya kes ditutup begitu sahaja. GPMS negeri Pulau Pinang khuatir situasi ini akan menyebabkan semakin ramai yang akan mengeluarkan kenyataan provokasi dan menghina agama disebabkan mereka tahu bahawa tiada tindakan akan diambil ke atas mereka.                                     

5) Justeru, GPMS negeri Pulau Pinang menggesa agar siasatan segera dijalankan ke atas Raveetharan dan beliau seharusnya didakwa di mahkamah di atas kebiadapan dan keceluparan beliau. Ini sangat penting supaya ia menjadi pengajaran dan amaran buat mereka-mereka yang cuba mewujudkan suasana tidak harmoni dan mencetuskan konflik agama atau provokasi melampau di dalam negara kita. GPMS negeri Pulau Pinang juga yakin dan percaya pihak Polis mampu menjalankan tanggungjawab dengan baik dan professional bagi memastikan perkara seperti ini tidak berulang lagi di masa hadapan. 
                              
AZDY MOHD ARSHAD                                                      
KETUA PENERANGAN GPMS NEGERI PULAU PINANG* 

No comments:

Post a Comment

Labels