Followers

Tuesday, 11 April 2017

Karikatur Menghina ISLAM GPMS P.Pinang Kutuk Tindakan Akhbar NANYANG SIANGPAU


GPMS NEGERI PULAU PINANG MENGUTUK TINDAKAN MENGHINA ISLAM OLEH AKHBAR NANYANG SIANGPAU   
                            
Hari ini kita dikejutkan dengan kebiadapan melampau editor akhbar Nanyang Siangpau apabila menyiarkan karikatur monyet yang merujuk kepada Tuan Guru Dato' Seri Abdul Hadi Awang dan Tan Sri Datuk Seri Pandikar Amin Mulia.
                                 
Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung(GPMS) Negeri Pulau Pinang melihat karikatur berupa dua ekor monyet itu bukan setakat bermotifkan politik dan mahu memperlekehkan kedua tokoh politik tersebut dengan menyamakan mereka sebagai monyet, tetapi apabila monyet dilukis memakai kopiah dan berserban ia sebenarnya menggambarkan seorang yang berimej Islam disamakan dengan seekor monyet.       

Tindakan Nanyang Siangpau membuktikan bahawa editor dan wartawan akhbar ini sangat biadap, kurang ajar dan langsung tidak menghormati sensitiviti ummat Islam. Ternyata sikap editor dan wartawan akhbar ini jelas mununjukkan sikap sebenar mereka yang sebagai penentang Islam, rasis dan chauvinist. Malah ini juga membuktikan bahawa akhbar Nanyang Siangpau adalah sebuah akhbar yang sangat tidak beretika dan berintegriti.       

GPMS Negeri Pulau Pinang melihat isu ini bukan sekadar provokasi ke atas pemimpin dan parti politik tertentu, tetapi ia adalah suatu tidakan provokasi melampau, berniat jahat dan bertujuan menghina dan menentang Islam serta ummat Islam secara terang-terangan.                  

Justeru GPMS  Negeri Pulau Pinang menggesa pihak Polis supaya dapat menjalankan siasatan dan mengambil tindakan tegas terhadap editor dan mereka yang terlibat. Kita juga mendesak agar Kementerian Dalam Negeri mengambil tindakan tegas ke atas syarikat akhbar ini berdasar kuasa dan peruntukan undang-undang yang ada supaya ia menjadi pengajaran kepada akhbar-akhbar lain agar tidak sesekali mempersendakan mana-mana agama atau kaum di negara ini.  
        
AZDY MOHD ARSHAD                                                                         
KETUA PENERANGAN 
GPMS NEGERI PULAU PINANG

10 April 2017

1 comment:

  1. Berani kah atau ada telur kah KDN

    ReplyDelete

Labels