Followers

Thursday 13 April 2017

PENDEDAHAN RAFIZI , Rupanya Dia Tak Senang Nasharuddin Dekat Dengan Najib !!


Rafizi hari ini mendedahkan bahawa ada berlaku transaksi melibatkan sejumlah wang disalurkan daripada akaun SRC kepada akaun Datuk Najib yang kemudiannya disalurkan pula ke akaun Nasaruddin.

Pendedahan yang diwar-warkan melibatkan parti PAS itu hanya berlegar diantara Najib dan Nasaruddin bekas ahli PAS yang kini bersama membantu kepimpinan negara mendepani cabaran demi cabaran yang mendatang.

Apabila ditanya Rafizi yang mengaku mahu membuat pendedahan itu beliau GAGAL mendedahkan jumlah dana yang terlibat selain menikus disebalik sumbernya seorang bekas penjawat awam yang berkepentingan.

Selebihnya Rafizi lebih banyak berceramah melalut dan masih lagi dengan aksi spinnya apabila meminta pula supaya SPRM membuat siasatan dan mendedahkan apa yang beliau dedahkan hari ini !

Wehhh pendedahan apa yang Rafizi buat ni ?

Kalau dah sebut tentang dedah ni maka dedah jalah dan buatlah laporan kepada SPRM tapi Rafizi buat kenyataan media dulu sebelum buat laporan SPRM !

MMI rasa ramai yang faham taktik kaki spin ni sebab cari publisiti dulu supaya dapat ranking politik selebihnya semua orang dapat tengok betapa berdendamnya puak-puak ni dengan PAS apabila memutuskan hubungan dengan PKR.

Puak-puak ni cukup TAKUT dan BIMBANG dengan hubungan antara UMNO dan PAS .... Weiii PKR dengan DAP , PAN , PPBM semua tu orang tak hairan pun , politik jalah ... siapa yang dapat kepercayaan dan keyakinan dari rakyat maka jadilah kerajaan nanti.

Rafizi terlupa dengan pelbagai tuduhan jahat dilemparkan terhadap kerajaan BN , kerajaan itu terus berbakti kepada rakyat tanpa mengira fahaman politik tapi Rafizi dengan puak-puak dia ? 

Hahaha Rafizi lupa isu YAWAS ker ? Lupa ka apa yang DAP buat di Pulau Pinang ? Pertuduhan rasuah dan salah guna kuasa membabitkan Ketua Menteri Guan Eng selain pembaziran wang rakyat RM305 juta hanya untuk kajian bagi projek halimunan terowong dan banyak lagi , tak ada pula akuan berkanun dari Rafizi !!!

MMI tak boleh komen tentang isu yang diperkatakan oleh Rafizi tu sebab ianya melibatkan isu yang bakal disampaikan kepada pihak SPRM untuk dijalankan siasatan.

Cumanya kita tunggu respon daripada pihak yang dituduh , memang apa yang Rafizi buat tu dah memburukkan nama-nama individu dan badan yang disebut jadi jangan khuatir MMI yakin pihak terlibat akan tampil dan memberikan kerjasama kepada pihak SPRM dalam siasatan nanti.

Itu pun bergantung kepada sejauh mana pihak SPRM menilai laporan yang bakal dibuat oleh Rafizi memandangkan isu membabitkan 1MDB sudah selesai.


Rafizi dan puak-puak pembangkang ni bukan boleh tengok kemesraan antara dua pemimpin kat atas tu sebab DAP tak suka ! Bila DAP tak suka maka PKR sebagai keldai Pakatan Harapan perlu bertindak kalau tidak akan jadi masalah nanti.

Kerana itulah Rafizi berusaha untuk sasarkan PAS dan isu yang dibangkitkan itu diharap mampu untuk mengucar-kacirkan orang-orang PAS maklumlah bila dah sebut tentang dana ni Rafizi harap orang PAS akan mula pertikai sesama sendiri.

Akhirnya PAS akan berpecah lagi dan jika itu berlaku maka PAS akan lebih lemah !

Ceritanya benda ni perlu dilakukan oleh puak pembangkang sebab dalam keadaan hari ini mereka memerlukan bahan baru untuk sekurang-kurangnya dibawa dalam kempen sehingga ke PRU14.

MMI

2 comments:

Labels