Followers

Thursday 18 May 2017

Patutlah Kereta Rasmi Guan Eng Main Letak Ja !!!!!


Sebelum ni ramai yang dah bercakap soal kereta rasmi si Guan Eng yang selalu dilihat melanggar peraturan yang dikuatkuasakan oleh PBT khususnya dalam hal parkir ni.Banyak dah gambar-gambar didedahkan di media sosial tapi macam biasa puak-puak PBT kena diam diri sebab cari makan.

Guan Eng pula membisu dan langsung tak ambil kisah bab ni sebab siapa lagi dalam kerajaan negeri atau agensi milik kerajaan yang berani nak tegur anak Kit Siang ni ???

Tak ada bro ..... Kalau ada pun cerita saman PBT terhadap kenderaan milik warga Pulau Pinang dan ianya berterusan dari masa ke semasa.

Tapi apa pun selepas beberapa tempoh kelakuan nak mudahkan diri (Guan Eng) ni dilakukan , akhirnya satu keputusan yang agak mengejutkan berlaku !

Mahkamah telah memutuskan dahulu bahawa saman MBPP boleh dicabar dan tidak sah di Pulau Pinang atas sebab teknikal !!!!

Tu dia !!! Bukan MMI kata tapi kes peguam kat bawah ni menceritakan segala-galanya ...


GEORGE TOWN – Mahkamah Khas Trafik di sini hari ini melepas dan membebaskan seorang peguam daripada pertuduhan meletak kereta di luar petak di Jalan Tun Syed Sheh Barakbah, di sini tiga tahun lepas.

Majistret Mohamad Amin Shahul Hamid memerintahkan V. S Raveentharan, 57, dilepas dan dibebaskan tanpa perlu dipanggil untuk membela diri.

Mohamad Amin membuat keputusan itu selepas memutuskan pihak pendakwaan iaitu Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) gagal membuktikan kes prima facie bagi pertuduhan itu.

“Dalam satu kes saman OKS (Orang Kena Saman) tidak dimaklumkan atas kesalahan dan tidak dibenarkan membuat representasi semasa saman dikeluarkan.
Alasan yang diberikan oleh pihak pendakwaan juga tidak dijelaskan,” katanya.

Raveentharan didakwa meletak kereta di luar petak di dalam kawasan bidang kuasa MBPP di Jalan Tun Syed Sheh Barakbah, di sini pada 10.30 pagi, 11 Mac 2014. Tertuduh didakwa mengikut Artikel 5(1) Pengangkutan Jalan (Tempat Letak Kereta) MBPP 2014 dan boleh dihukum di bawah Artikel 50 Perintah sama yang memperuntukkan hukuman denda maksimum RM1,000, jika sabit kesalahan.  

Pendakwaan dikendalikan Pegawai Pendakwa MBPP Noorazrein Norazlan Ong dan tertuduh diwakili peguam Baljit Singh.  

Sementara itu, Baljit ketika ditemui di luar mahkamah berkata rakyat Pulau Pinang mempunyai hak untuk mencabar saman yang dikeluarkan MBPP di mahkamah atas alasan teknikal.

“Berdasarkan keputusan hari ini, MBPP tidak mempunyai hak untuk mengeluarkan saman seperti mana mereka sedang keluarkan. Oleh itu, rakyat Pulau Pinang yang dikenakan saman MBPP mempunyai hak mereka, boleh ketengahkan kepada MBPP.

“Ini terpulanglah kepada seseorang itu kalau mereka hendak mencabar di mahkamah atau tidak. Mahkamah telah memutuskan dahulu bahawa saman MBPP boleh dicabar dan tidak sah di Pulau Pinang atas sebab teknikal,” katanya. – Bernama

Well kalau ampa semua perasan patutlah sebelum ni kereta rasmi Guan Eng mai balun ja letak mana pun sebab saman-saman PBT ni semua tak sah beb !!!

And of coz MMI berpandangan pihak-pihak tertentu perlu segera melihat semula sistem saman parkir dari PBT ni sebab secara officialnya ia jelas tidak sah dan kalau masih digunapakai maka ianya boleh dianggap sebagai satu kesalahan atau ugutan !!!

MMI

No comments:

Post a Comment

Labels