Followers

Thursday 25 May 2017

Two Face - Sudah Ada Yang Hidu Bau Sebenar Mahathir


Sejak kehadiran Tun Mahathir bersama-sama dengan Pakatan Harapan , banyak pihak khususnya dari kalangan pembangkang masih lagi sangsi dengan niat sebenar pemimpin PPBM itu memandangkan pendirian beliau terhadap parti-parti pembangkang.

Malah ahli-ahli DAP sendiri pun sebenarnya kurang senang dengan Tun Mahathir sehingga hubungan songsang yang cuba dibina oleh Kit Siang bersama Tun Mahathir di kritik ahli dan pimpinan parti itu di peringkat akar umbi.

Walau bagaimanapun dalam konteks politik , banyak pihak sedar dan tahu bahawa hubungan yang terbina itu bukanlah berdasarkan kepercayaan yang bersungguh-sungguh tetapi punya agenda tersirat yang lebih kepada kepentingan masing-masing.

MMI percaya kehadiran Tun Mahathir dan PPBM bersama Pakatan Harapan hanya berkiblatkan kepada kerakusan dan nafsu yang membuak-buak untuk menjatuhkan YAB Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak semata-mata. 

Tun Mahathir sudah gagal sebenarnya dan jika kita amati kegagalan ini berlaku seawal kempen mendapatkan tandatangan mendesak Perdana Menteri supaya meletakan jawatan.Gerakan yang cuba menggunakan aura Tun Mahathir itu akhirnya gagal dan cuba dilenyapkan dari kamus PPBM.

Kerana itu akhirnya Tun Mahathir tidak punya pilihan melainkan mempergunakan parti-parti pembangkang sedia ada untuk menyelamatkan maruah dirinya secara amnya dan PPBM khususnya.

Soallah siapa jua , MMI yakin dan percaya rata-rata mereka diluar sana tidak punya keyakinan bahawa hubungan sesama Pakatan Harapan itu tidak akan kemana memandangkan penguasaan DAP yang terlalu menguasai keputusan dan dasar-dasar Pakatan Harapan.

Buktinya hari ini sudah ada dikalangan mereka yang sudah menghidu bau sebenar Tun Mahathir !

Contohnya percakaran sesama pimpinan Pakatan Harapan dalam kongres PKR baru-baru ini berhubung pemilihan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri ketujuh jelas membuktikan dakwaan diatas.

Merujuk kepada laporan yang disiarkan oleh utusan online ;

Episod kecam-mengecam se­sama parti mula ditimbulkan oleh ahli DAP, Datuk Zaid Ibrahim semalam yang menempelak tindakan PKR itu dengan mendakwa pengisytiharan Ketua Umum PKR sebagai perdana menteri merupakan satu perbuatan ‘sombong’.

Hari ini, Ketua Pemuda Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Syed Saddiq Syed Abdul Rahman pula meluahkan perasaan tidak puas hati dengan keputusan yang dibuat antara kepemimpinan tertinggi Pakatan Harapan itu menerusi satu surat terbuka.

Menurutnya, pimpinan Pakatan Harapan yang dike­tuai DAP itu lebih sibuk menuba racun kesumat atas perlakuan silam, kurang fokus un­tuk men­de­ngar de­nyut nadi rakyat ma­lah mengambil k­sempatan untuk mencalar perhubungan se­sama parti.

“Apa yang berlaku di Kongres PKR adalah amat sedih dan mengecewakan sekali. Tun Dr. Mahathir Mohamad dan PPBM jelas diserang, kongres yang seharusnya mampu dijadikan me­dan penyatuan bertukar menjadi medan melampias kekecewaan dan kemarahan lampau tanpa sedikit pun memikirkan soal sensitiviti semasa dalam misi bersama Pakatan Harapan untuk menawan Putrajaya.

“Kepemimpinan tertinggi PPBM ini seakan ‘dipaksa’ dan ‘diperangkap’ un­tuk menyatakan pendirian atas sokongan kepada Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan Anwar selaku Perdana Menteri ketujuh. Walhal tiada sebarang perbincangan apatah lagi kesepakatan yang dicapai mengenai siapa yang bakal menjadi perdana menteri,” kata­nya menerusi Facebooknya, hari ini.


Syed Saddiq turut mempersoalkan di sebalik tindakan memalukan Dr. Mahathir yang tidak mengangkat sepanduk Anwar PM ke-7 de­ngan mengaitkan keseriusan pimpinan tertinggi Pakatan Harapan untuk bekerjasama dengan PPBM.

Katanya, janganlah kerana terlalu taksub terhadap Anwar sehinggakan soal perlembagaan, undang-undang dan strategi memenangi pilihan raya di belakangkan.

“Adakah mereka tidak mahu lagi bekerjasama dengan PPBM? Sejauh mana keikhlasan mereka menerima PPBM dalam Pakatan Harapan? Kalau kita kalah Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14), Datuk Seri Anwar tetap tidak boleh dinaikkan sebagai perdana menteri,” katanya.

Syed Saddiq berkata, beliau faham sejarah pahit lalu yang me­nyaksikan permusuhan penyokong Dr. Mahathir dan Anwar, namun adalah tidak adil apabila dalam kalangan ahli dibiarkan untuk terus disemarak api kebencian dan dendam kerana kesalahan lampau hingga rakyat terhukum.

“Kita hanya mewarisi per­telingkahan silam yang cukup menghukum rakyat, namun adakah kita sanggup untuk membiarkan rakyat menderita kerana kesalahan lalu dan kelemahan kita masa kini hinggakan UMNO mampu terus berkuasa. Ini bukan lagi salah UMNO,” katanya.

Mungkin masih ramai yang tak sedar , rintihan Syed Saddiq ini ada perkara asas yang menjadi BUKTI bahawa kerjasama yang cuba ditonjolkan sebagai sedang berlaku dalam Pakatan Harapan itu bukanlah seperti mana yang digembar-gemburkan kepada umum.

Percayalah hubungan yang belum pun sampai usia setahun itu kini sudah bergolak dan dicelarukan dengan pelbagai agenda peribadi yang telah membuka pekung Pakatan Harapan.

Jika inilah yang menjadi pilihan rakyat , MMI yakin dan percaya kita sebenarnya sedang menggadaikan masa depan generasi pewaris kita.

Hadamkan ....

MMI

1 comment:

  1. Dap dan pan paling tak boleh dipercayai dlm ph.

    ReplyDelete

Labels