Followers

Thursday 15 June 2017

RAFIZI Penganalisa vs Kaki Kencing !!


Waktu mula-mula mengaku diri sebagai penganalisa bagai , Rafizi mungkin mampu mendabik dada sebab disanjung oleh puak-puak pembangkang yang begitu teruja dengan fitah dan spinnya yang dianggap seolah-olah fatwa.

Walaupun secara teorinya Rafizi mampu memanipulasi penerimaan ramai terhadap isu yang dibangkitkannya namun praktikalnya Rafizi bergelut dengan tuntutan fakta yang akhirnya memakan diri.

Kalau semua masih ingat pendedahan yang diwar-warkan oleh Rafizi kononnya ada pemimpin PAS yang terlibat dalam hal membabitkan pembayaran sejumlah wang yang cuba dikaitkan dengan jual beli sokongan politik hanyalah sekadar sandiwara mencari publisiti murahan.

Modus operandinya masih sama dengan fitnah-fitnah sebelumnya dengan cuba mengaitkan Datuk Seri Najib.

Pendedahan yang diwar-warkan melibatkan parti PAS itu hanya berlegar diantara Najib dan Nasaruddin bekas ahli PAS yang kini bersama membantu kepimpinan negara mendepani cabaran demi cabaran yang mendatang.

Apabila ditanya Rafizi yang mengaku mahu membuat pendedahan itu beliau GAGAL mendedahkan jumlah dana yang terlibat selain menikus disebalik sumbernya seorang bekas penjawat awam yang berkepentingan.

Selebihnya Rafizi lebih banyak berceramah melalut dan masih lagi dengan aksi spinnya apabila meminta pula supaya SPRM membuat siasatan dan mendedahkan apa yang beliau dedahkan hari ini !

Wehhh pendedahan apa yang Rafizi buat ni ? Baca SELANJUTNYA

Kini selagi lagi mamat sotong ni kantoi ... 

Pada 6hb Februari 2017 lalu, Rafizi dalam satu sidang akhbar memberi amaran kepada rakyat Malaysia bahawa harga petrol dan diesel akan naik pada Jun 2017.

Analisanya berdasarkan beberapa maklumat pasaran dan unjuran seperti akhbar kewangan dunia Bloomberg,  Menteri Minyak Russia, Alexander Novak dan syarikat-syarikat gergasi minyak.

Rafizi yang mengaku banyak pengalaman dalam hal harga minyak hanya kerana pengakuannya pernah menjadi bekas pegawai kanan Petronas sudah pun menyatakan kononnya bersimpati dengan nasib rakyat Malaysia kerana harga petrol akan meningkat kepada RM2.70 pada Jun 2017.


Namun kerana sikap dan tahap obses yang melampau-lampau di tambah pula punya hasrat untuk jadi pemimpin pembangkang paling win maka SOTONG ni KANTOI !

Harga petrol RON95 telah turun sejak awal Jun iaitu dari 1-7 Jun 2017 (RM 2.10) , 8-14 Jun 2017 (RM 2.05) dan terkini 15-21 Jun 2017 (RM 1.98).


Apa cer Rafizi ??? Masih nak buat suara sengau ala-ala Anwar Ibrahim lagi ke ? 

Analisa semua tu berdasarkan unjuran apa ? 

Sudahlah makin lama mamat sotong ni dah makin hilang integritinya dan janganlah perbodohkan warga Malaysia yang lain sebab ramai dari kalangan mereka sedar dan faham bahawa harga minyak ditentukan berdasarkan harga mentah minyak dunia.

Si Sotong ni penah meramalkan harga barang akan turun jika minyak turun juga meleset. 

Si Sotong ini juga pernah mendakwa bahawa pengusaha stesen minyak gulung tikar akibat penetapan harga minyak, juga meleset. 

Yang menghairankan kenapa masih lagi ada yang pecayakan si sotong ni..? Kena mandrem ka apa? 

MMI

1 comment:

  1. Penyokong pembangkang tahu mereka menyokong pembangkang secara buta tuli..
    Sokong atas dasar 'janji bukan kerajaan BN'

    ReplyDelete

Labels