Kalau kita perhatikan dalam mana-mana organisasi sekalipun sudah pastilah perkara yang menyentuh tentang kewangan akan menjadi perkara utama yang diperbincangkan.Perihal kedudukan kewangan dan kemampuan kewangan itu adalah antara penentu kepada sebarang perancangan termasuklah keputusan-keputusan yang bakal dibuat khususnya berkaitan dasar.
Tak perlu kita bercakap soal syarikat hanya tumpukan kepada pentadbiran NGO sahaja , kewangan adalah nadi kepada keupayaan NGO-NGO terbabit bergerak.Walaupun MMI tak nafikan ada dari kalangannya yang tidak mempunyai kedudukan kewangan yang begitu kukuh tetapi dari segi pelaksanaan program yang dirancang ianya pasti akan merujuk kepada sumber dan bagaimana cara serta kaedah untuk mendapatkannya.
Ringkasnya siapa jua yang terlibat dalam kumpulan pembuat dasar dan penentu ini waima dalam mana-mana kategori sekalipun akan memberikan tumpuan selain meletakkan tanggungjawab serta amanah kendiri untuk memastikan legasi mahupun kumpulan yang ditadbir itu mendapat kebaikan daripada keputusan yang dibuat.
Ini penting kerana sebarang kesilapan akan memudaratkan bukan sahaja diri tetapi juga mereka-mereka yang berada dalam saf pentadbiran amnya dan para ahli khususnya.
Itu dalam konteks NGO dan lain-lain , begitulah juga sekiranya kita melihat dalam konteks yang lebih besar contohnya sebuah syarikat yang menjalankan perniagaan.
Pastinya tanggungjawab itu jauh lebih besar memandangkan mereka berdepan risiko untuk GAGAL !
Begitu jugalah apabila ianya melibatkan KERAJAAN MALAYSIA !
Perdana Menteri selaku barisan eksekutif tertinggi dalam hiraki pimpinan kerajaan Malaysia pastinya perlu membuat keputusan yang boleh ditangani selain mampu dilaksanakan.
Malahan keputusan-keputusan ini sebenarnya begitu bernilai kerana ia melibatkan nasib Negara dan Rakyatnya dan sebarang kesilapan boleh membawa padah.
Oleh yang demikian maka Perdana Menteri Malaysia tidak berseorangan dalam hal ini , barisan jemaah menteri yang dilantik sebenarnya adalah tulang belakang kepada kepimpinan negara kerana disinilah tiap perancangan itu diadili sebelum satu-satu keputusan dibuat.
Selain daripada itu kita sebagai rakyat khususnya yang mengaku MELAYU dan beragama ISLAM seharusnya meletakkan kepercayaan terhadap pemimpin kita dalam menguruskan hal ehwal negara.
Bukan bersekongkol dengan mereka yang punya kepentingan politik murahan.
Apakah kita masih mahu percaya dengan adu domba sebahagian daripada mereka-mereka yang sentiasa mencipta persepsi untuk terus memburuk-burukkan kerajaan ?
Jika kita mahu membandingkan-bandingkan perubahan demi perubahan khususnya dalam konteks hutang negara maka kita perlu ikhlas untuk melihat perubahan yang berlaku sejak Malaysia MERDEKA bukan berdasarkan perbezaan 2 atau 3 pentadbiran Perdana Menteri.
Ini penting kerana sejak MERDEKA , Malaysia sentiasa melihat peluang dan ruang untuk terus maju dan untuk mencapai kemajuan ini maka perbelanjaan negara akan sentiasa meningkat bagi menampung kos yang tidak pernah menurun daripada tahun ke tahun.
Ini REALITI !
Jangan sesiapa menafikan momentun ini kerana kita sendiri berdepan dengan perubahan tersebut !
Kita mahukan kemajuan bertaraf RM1 JUTA tetapi kita mahu ianya terlaksana dengan kos bertaraf RM1 .. Inilah yang sering kita lupa kerana lebih mementingkan diri sendiri dan lebih banyak merungut daripada mensyukuri nikmat yang kita nikmati hari ini.
Pembangkang khususnya sedar betapa daya intelek warga Malaysia ini mudah untuk diperkotak-katikkan dan kerana itulah ramai dari kalangan warga Malaysia menjadi mangsa penguasaan ideologi berat sebelah yang ditanam oleh pembangkang sejak bermulanya era REFORMASI.
Malahan kalau kita amati gerakan REFORMASI itu sendiri sebenarnya adalah bahan "Copy Paste" yang dibawa masuk ke Malaysia daripada gerakan yang bermula di Indonesia.
Ramai dari kalangan kita yang terpengaruh dengan agenda politik serta ungkapan REFORMASI tersebut namun kita lupa untuk melihat kembali apa yang sudah berlaku di Indonesia ?
Apakah Indonesia pada hari ini begitu terkesan dengan gerakan REFORMASI ini sehingga nasib rakyatnya terbela dan tidak ada lagi jurang perbezaan yang begitu ketara ?
Jangan berbohong dengan diri sendiri Indonesia masih lagi terkebelakang jika dibandingkan dengan Malaysia.
Bukan niat MMI untuk memperkecilkan Indonesia tetapi perbandingan ini dibuat supaya kita dapat melihat realiti penguasaan ideologi berat sebelah yang jelas tidak menguntungkan sesiapa !
Maka berhentilah daripada mempercayai dakyah-dakyah yang hanya merencatkan perancangan kerajaan khususnya dalam hal melibatkan hutang negara yang kononnya bakal menyebabkan Malaysia MUFLIS dan BANGKRAP !
Kepimpinan YAB Datuk Seri Najib tidak berseorangan dalam hal pentadbiran negara , beliau dibantu oleh barisan jemaah menterinya selain mereka-mereka yang terlibat secara langsung mahupun tidak langsung dalam pelbagai peringkat.
Dan MMI ulangi jawapan kepada persoalan kenapa 2013 hutang negara naik 3kali ganda dari RM196 billion kepada RM740 billion?
Baca artikel di sini http://mahamissa.blogspot.my/2015/04/jawapan-kepada-7-soalan-berkaitan.html
Selain daripada itu puak-puak yang tak senang dengan kerajaan sedia ada mencipta pula siulan berbunyi MALAYSIA BAKAL MUFLIS !
Serentak dengan siulan itu maka berpusu-pusulah suku-sakat pembangkang mencipta ombak untuk dibadaikan keserata pantai agar rakyat rimas dan resah.
Namun persoalannya apakah benar apa yang digembar-gemburkan ?
Hebahan berita-berita tersebut melalui media sosial termasuklah aplikasi whatsapp dibuat dengan begitu bersungguh-sungguh oleh sebahagian besar mereka-mereka yang bukan dari kalangan warga ekonomi atau dalam bahasa mudah kumpulan yang punya kepakaran dalam berbicara soal ekonomi.
Berita-berita seperti hutang negara yang meningkat selain dari ketidakupayaan kerajaan untuk mengotakan janji seperti mana yang dibentangkan dalam bajet baru-baru ini begitu laris sekali.Malahan si penyebar-penyebar ini walaupun mereka sebenarnya bukan dari kalangan pemain kompeten dalam soal ekonomi , mereka begitu galak sekali menyebarkan kepada seluruh rakyat jelata.
Begitu hebatnya puak-puak ni dalam mendepani hal ekonomi negara dan jika kehebatan itu benar-benar dimiliki oleh seluruh warga kita , MMI yakin semakin ramailah yang akan memahami tentang hal melibatkan pengurusan kewangan malahan mungkin tak ramai dari kalangan warga kita akan terjebak dalam Non Performing Loan (NPL) dengan pihak bank. BACA SELANJUTNYA
Jadi berhati-hatilah !
Apa jadi sekalipun MMI cuma nak berpesan jangan jadi mangsa kepada mereka yang terlalu banyak berpolitik kerana kesannya cukup bahaya.
Selebihnya nilailah ...
MMI
No comments:
Post a Comment