MMI salute Ketua Polis Negara (KPN) , Tan Sri Khalid Abu Bakar yang sudah pun menyatakan pendirian pihak berkuasa khususnya PDRM dalam menangani tuduhan Sarawak Report (SR) terhadap Datuk Seri Najib yang dikatakan membayar RM9.5 juta kepada peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah.
Tegas dan profesional malah siapa jua yang masih lagi memberikan alasan demi alasan tanpa sebarang bukti terhadap dakwaan yang hanya merujuk kepada kenyataan SR , MMI cadangkan supaya segeralah memekik agar si Clare ini menyahut gesaan KPN dan hadir sendiri ke Malaysia serta kemukakan bukti.
Jangan elak kerana ini peluang terbuka untuk Clare dan SR , Jangan pula nanti yang dikemukakan adalah alasan yang bertingkat-tingkat sebab tak nak sahut gesaan ni.
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar yang mengulangi gesaannya itu bagaimanapun berkata beliau tidak boleh menjamin laluan selamat kepada Rewcastle-Brown setibanya di Malaysia dan kembali ke England.
“Saya tidak akan jamin dia laluan selamat. Jika dia mahu datang, dia datang dan membuktikan apa sahaja tuduhan yang dibuatnya itu.
“Jika tidak, dia akan terus membuat bising (dan) tuduhan yang tidak berasas,” kata Khalid pada sidang media di Kuala Lumpur hari ini.
Khalid turut menegaskan pihak polis tidak akan menyoal-siasat Muhammad Shafee berhubung dengan laporan polis yang dibuat terhadapnya berhubung pembayaran RM9.5 juta itu.
Ini kerana semua dakwaan yang dibuat hanyalah bersandarkan kepada khabar angin daripada Sarawak Report dan tiada bukti yang kukuh.
“Awak (Rewcastle-Brown) tuduh orang itu dan ini, awak macam pukul curi, awak pukul orang, tangan belakang.
“Kalau betul-betul ikhlas, datang. Dan buktikan apa-apa pertuduhan yang awak miliki.
“Jika tidak, ia sekadar khabar angin,” katanya.
Dalam artikel sebelum ini , MMI dah ulas tentang kepincangan tuduhan terbabit dan jelas isu yang dibangkitkan itu tidak relevan sama sekali.
Baca artikel berkaitan http://mahamissa.blogspot.my/2017/06/bayar-shafiee-rm95-juta-logik-ker.html
Jadi kepada penyokong pembangkang yang selama ni berkiblatkan SR , inilah masanya dan ambil peluang ini desak Clare supaya hadir ke Malaysia dan kemukakan bukti terhadap tuduhannya.
MMI bagi JAMINAN ... Clare tak perlu risau tentang KESELAMATAN sebab warga Malaysia ada adab dan etikanya yang tersendiri.Tak akan berlaku apa-apa perkara yang pelik-pelik melainkan ianya dirancang sebegitu rupa oleh mereka yang kamu (Clare) mengaku sahabat (Pembangkang).
Cuma MMI nak pesan siap-siap , kalau kehadiran itu atas dasar ego politik semata-mata maka kamu perlu bersedia sebab Malaysia punya undang-undang !!
Lastly macam KPN kata semua dakwaan yang dibuat hanyalah bersandarkan kepada khabar angin dan tiada bukti yang kukuh , jadi kalau masih gagal untuk kemukakan bukti seperti mana yang ditawarkan maka apa yang diwar-warkan itu adalah sekadar khabar angin.
Tak RELEVAN beb !
Tak payah nak meroyan sangat !!!!
MMI
Ambil tindakan trhadap rakyat malaysia yg bekerjasama sebar fitnah itu.
ReplyDelete