Tahniah & Syabas kepada Lim Guan Eng dan seluruh barisan Exco Kerajaan DAP Pulau Pinang kerana telah pun selesai menandatangani IBR disaksikan sendiri oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM.
Bukan calang-calang ikrar ni beb sebab ianya disusuli dengan 10 lagi tambahan langkah integriti yang dicadangkan sendiri oleh kerajaan DAP Pulau Pinang.Jangan main-main sebab apa jua perkara yang berlaku puak-puak bangsat ni mesti nak tunjuk merekalah lebih dasyat daripada orang lain.
Lim Guan Eng dalam ucapannya sempena Majlis Ikrar Bebas Rasuah oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang baru-baru ini berkata Kerajaan Negeri amat menitikberatkan isu integriti dalam penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat Negeri Pulau Pinang. Sejak tahun 2008, Kerajaan Negeri telah menerima pakai 10 langkah integriti yang mencerminkan komitmen untuk menjadi negeri bebas rasuah seperti berikut:-
- Amalan Pentadbiran yang berlandaskan Prinsip CAT (Cekap, Akauntabiliti, Telus)
- Menginstitusikan pengisytiharan harta secara terbuka oleh Ketua Menteri, barisan EXCO dan ADUN
- Melaksanakan tender terbuka yang kompetitif
- Tidak membenarkan ahli keluarga untuk melibatkan diri dalam kontrak Kerajaan atau berurusniaga dengan Kerajaan Negeri
- Melarang ADUN dan ahli pentadbiran daripada diluluskan permohonan tanah Kerajaan Negeri
- Melindungi pemberi maklumat atau peniup wisel yang tulen
- Mengambil tindakan ke atas pemimpin yang hidup mewah melebihi pendapatan rasminya
- Telus dalam sumbangan politik
- Tidak menerima ‘donation’ peribadi
- Mengambil tindakan ke atas pegawai yang melanggari kesemua di atas
Perhatikan betul-betul 10 langkah yang diwar-warkan kepada umum tu ! Apakah ianya benar-benar digunapakai ? MMI dalam artikel sebelum ini sudah pun menyatakan bahawa IBR yang ditandatangani oleh Kerajaan DAP Pulau Pinang adalah HIPOKRIT !
Baca artikel berkaitan http://mahamissa.blogspot.my/2017/08/ibr-dap-hipokrit.html
Ada yang kurang senang dengan apa yang MMI tulis namun apa yang berlaku baru-baru ini jelas membuktikan betapa KESUCIAN yang cuba DAP semai kepada seluruh warga Pulau Pinang dan Malaysia amnya hanyalah sekadar salakan anjing kurap HAPRAK sebenarnya.
Penahanan Exco Kerajaan DAP Pulau Pinang , Phee Boon Poh oleh SPRM atas dakwaan salah guna kuasa berkaitan sebuah kilang haram di Bukit Mertajam adalah bukti jelas betapa pimpinan kerajaan DAP hanya bermain wayang.
Untuk makluman kilang terbabit dilaporkan sudah beroperasi selama lebih dari 10 tahun dan punca tangkapan itu dibuat oleh SPRM adalah berdasarkan kepada sepucuk surat yang ditulis oleh Exco tersebut kepada Majlis Perbandaran Seberang Prai (MPSP).
Di saat begitu banyak operasi dan perobohan oleh Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) terhadap gerai-gerai milik orang Melayu , kilang yang jelas HARAM dan dalam pengetahuan Exco terbabit boleh terus beroperasi selama lebih dari 10 tahun !
Apakah ini KETELUSAN yang diamalkan oleh para pimpinan Kerajaan DAP Pulau Pinang ?????
Sesuatu yang pasti kilang tersebut bukan sahaja berstatus HARAM tetapi turut mencemarkan alam sekitar dengan pengeluaran asap yang berbahaya kepada penduduk sekitar.Walaupun ada rungutan dan bantahan daripada penduduk , kilang terbabit masih terus beroperasi !
Bukankah Phee Boon Poh yang memegang portfolio Exco Kesihatan, Kebajikan, Masyarakat Penyayang dan Alam Sekitar negeri Pulau Pinang yang selama ini begitu SAYANGKAN alam sekitar dan kononnya begitu mengambil berat permasalahan kesihatan rakyat boleh terlepas pandang ?
Hello bro ... Sahabat blog Badut Rakyat dalam artikelnya menulis dalam isu kilang haram ini , Pengarah Jabatan Kesihatan , Datuk Dr M Sukumar mengesahkan 11 daripada 500 orang penduduk di Sungai Lembu menderita akibat kanser. Sejumlah 2,200 orang penduduk di sekitar kilang haram itu hadapi kanser. Maknanya setiap tahun ada 220 pengidap hidap kanser.Ini menunjukkan kadar barah di kawasan kilang haram itu 2,342 peratus lebih tinggi dari purata kanser peringkat kebangsaan.
Menurut laporan Institut Kanser Kebangsaan , kadar kanser peringkat nasional adalah sebanyak 86.9 peratus dan 89 peratus bagi setiap 100,000 penduduk lelaki dan perempuan.
Kanser adalah penyakit yang boleh membawa maut , tetapi DAP sanggup lindungi kilang haram dan biarkan rakyat terdedah dengan kanser. Exco Alam Sekitar jadi dalang pula lindungi kilang yang akibatkan kanser ini daripada ditutup.
Sejak DAP menang Pilihan Raya Umum (PRU) ke-12 dan PRU13 , sampai sekarang kilang ini dilindungi oleh kerajaan DAP melalui Boon Poh. Takkan Guan Eng tidak tahu menahu berkenaan perkara itu ??? sambung
Setakat artikel ini ditulis , para pimpinan Kerajaan DAP Pulau Pinang termasuk Guan Eng masih lagi belum menunaikan 10 perkara tambahan yang diwar-warkan sewaktu menandatangani IBR.
Malah mempertahankan Exco terbabit ! So cerita sama yang diulang sewaktu Guan Eng sendiri disabitkan dengan pertuduhan salah guna kuasa dan rasuah !
Terkini puak-puak DAP ini bukan sahaja sedang bermati-matian mempertahankan Kilang HARAM tersebut tetapi sudah mula mencari salah orang lain dan mula mahu menuding jari kepada pihak lain seolah-olah apa yang mereka lakukan pada hari ini adalah hasil daripada permainan politik parti lawan sedangkan apa yang berlaku adalah disebabkan sikap HAPRAK pemimpin DAP itu sendiri.
Tak cukup dengan itu BANGSAT-BANGSAT ini dah mula mengugut pula !
Ketua Menteri, Lim Guan Eng memberi amaran kepada semua pihak supaya tidak menyalahkan Kerajaan DAP Pulau Pinang sekiranya lebih banyak bangunan yang beroperasi secara haram di negeri ini dirobohkan selepas mesyuarat Exco lusa.
Beliau berkata, tindakan itu diambil berikutan desakan pelbagai pihak yang mahu kerajaan negeri merobohkan kilang memproses habuk kayu di Kampung Sungai Lembu, Penanti yang kini sedang disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
“Sekiranya dasar sedia ada tidak dibenarkan, kita kena roboh semua yang haram termasuk kedai penjaja, bangunan, struktur dan kilang. Jangan salahkan kerajaan negeri jika kita ambil tindakan itu selepas ini,” katanya di luar Mahkamah Tinggi di sini hari ini.
Dalam pada itu Guan Eng berkata, kerajaan negeri tetap bertegas dengan dasar untuk tidak merobohkan kilang haram pembakaran habuk kayu di Kampung Sungai Lembu, Penanti dan masih menunggu kata putus daripada SPRM.
Pada masa sama jelas beliau, sekiranya SPRM mengeluarkan arahan perobohan, tindakan itu bermaksud telah mencampuri dasar kerajaan negeri, justeru tindakan penguatkuasaan yang serupa perlu dilaksanakan di negeri lain.
“Kita tetap bertegas dengan dasar ini sebab kita dipilih rakyat dan tidak akan mulakan perobohan membabitkan puluhan ribu struktur haram di negeri ini. Kita mahu buat secara elok, kita seimbangkan, kalau boleh buat pemutihan,” jelasnya. utusan
Nampak tak macam mana punya pusing ! Memang sial puak-puak ni , yang selama ni dok roboh gerai orang Melayu semua tu apa crita ????
DAP ni memang CELAKA , dalam kenyataan kat atas tu dia kata sekiranya SPRM mengeluarkan arahan perobohan, tindakan itu bermaksud telah mencampuri dasar kerajaan negeri, justeru tindakan penguatkuasaan yang serupa perlu dilaksanakan di negeri lain.
Hello Apek , mencampuri urusan kerajaan negeri apa ? Dah lupa ka IBR yang ampa sendiri tandatangan ?????? SPRM hanya menjalankan tugas mereka sejajar dengan IBR yang Kerajaan DAP Pulau Pinang tandatangani.
So tak payah dok pusing cerita , Guan Eng dan Phee Boon Poh LETAK ja JAWATAN sebab ampa dah cukup HAPRAK dah !
INTEGRITI ? Baca artikel berkaitan ;
https://mahamissa.blogspot.my/2017/08/lim-guan-eng-jangan-bicara-soal.html
INTEGRITI ? Baca artikel berkaitan ;
https://mahamissa.blogspot.my/2017/08/lim-guan-eng-jangan-bicara-soal.html
MMI
No comments:
Post a Comment