Bagi sesiapa jua yang mengikuti perkembangan politik negara sejak dari wujudnya Pakatan Rakyat yang menghimpunkan parti-parti pembangkang dan kini bersama pula dalam Pakatan Harapan , sudah tentulah kita akan dapat melihat dengan jelas dominasi parti tertentu sehingga ramai dari kalangan mereka yang mengaku Melayu sanggup untuk menggadaikan kedudukan orang Melayu itu sendiri.
Pembangkang sebenarnya sudah pun membuktikan kepada seluruh masyarakat Malaysia betapa kehadiran mereka bukanlah alternatif terbaik yang boleh dijadikan sandaran oleh warga Malaysia untuk menggantikan kerajaan (persekutuan) sedia ada.
Kelantangan pembangkang dan segala macam tuduhan serta pertikaian yang dihamburkan mereka selama ini jika kita teliti hanyalah sekadar propaganda politik murahan untuk mencari publisiti semata-mata tanpa satu pun perancangan khusus yang disusuli dengan pelan tindakan bersama yang merujuk kepada hal membabitkan kepentingan rakyat dan negara.
Tidak ada kesatuan sebenarnya dan mereka (parti-parti pembangkang) lebih terarah untuk membawa ideologi politik berlanskapkan parti masing-masing sehingga akhirnya pakatan yang cuba dibentuk tidak punya nilai dan dilihat sekadar platform politik untuk mendapatkan sokongan rakyat.
Rakyat pula menjadi mangsa kepada percaturan politik songsang Pakatan Haprak sehingga akhirnya ramai dari kalangan mereka tertanya-tanya sendiri , apa sudah jadi dengan PAKATAN ?
MMI mengambil contoh sewaktu PRN Sarawak , bagaimana percaturan serabut Pakatan Haprak itu sendiri akhirnya membawa rebah kepada calon-calon mereka sendiri.Perebutan dan sikap besar kepala pimpinan parti yang tetap dengan ego masing-masing telah menyebabkan wakil-wakil Pakatan Haprak bertembung sesama sendiri dan berdasarkan kepada keadaan itu dapatlah MMI simpulkan bahawa tidak pernah wujud sama sekali sebarang KESATUAN sesama parti yang kini bersama dalam Pakatan Haprak.
Malah kalau kita rujuk kepada situasi di PRK Kuala Kangsar misalnya BN dicabar oleh 3 orang wakil masing-masing daripada PAN , PAS dan BEBAS.
Walaupun PAS bukan dari kalangan parti yang bersekongkol dalam Pakatan Haprak , parti itu tetap pembangkang dan dalam situasi tersebut PAN yang mewakili Pakatan Haprak tidak mampu untuk mencetuskan sesuatu dan BN terus mendapat mandat rakyat.
Apakah punca kekalahan pembangkang di Kuala Kangsar ?
Hilang kepercayaan rakyat ? Tiadanya kesepaduan parti-parti dalam Pakatan Haprak ? Kehadiran PAS sebagai parti pembangkang tunggal ?
Apa jua jawapan sekalipun , pembangkang sudah ditelanjangkan awal-awal lagi dan kini mereka sedang berusaha untuk menutup tubuh masing-masing dengan segala macam cerita politik rekaan penyedap rasa kerana mereka tahu ada dari kalangan rakyat Malaysia mudah termakan dengan dakyah dan sebaran berunsur fitnah sehingga lupa harga secawan kopi o yang di bayar di kedai kopi itu adalah hasil usaha kerajaan BN melalui (BR1M).
Yang lebih menarik lagi , pembangkang yang bersama dalam Pakatan Haprak hari ini sebenarnya sudah pun terkesan dengan pengusiran PAS dan mereka sebenarnya sudah tenggelam punca sampaikan Kit Siang sendiri sebelum ini pernah berusaha untuk memujuk parti itu untuk kembali kepada Pakatan Haprak.
Walaupun usaha memujuk itu dibuat dengan penuh EGO seorang pemimpin cauvinis , PAS ternyata sudah dapat melihat percaturan sebenar dan niat DAP yang sejak azali cuma mempergunakan PAS untuk menghalalkan segala tindakkan HARBI mereka terhadap Islam.
DAP selama ini telah mempergunakan PAS untuk menghalalkan parti itu menyentuh tentang kedudukan Islam atau paling tidak memperlihatkan mereka seolah-olah menerima Islam seperti mana yang termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan.
Namun hakikatnya bukan begitu .. BUKTInya DAP adalah parti yang paling lantang menolak RUU355 !
Sesuatu yang pasti jika benar parti-parti yang bersama dalam Pakatan Haprak berpegang kepada perkara-perkara yang menyentuh tentang HAK ORANG MELAYU dan KEDUDUKAN AGAMA ISLAM berdasarkan Perlembagaan Persekutuan maka sudah tentulah Melayu yang mengaku Islam yang kini hadir dalam kelompok Pakatan Haprak akan BANGKIT menentang sebarang usaha mahupun tentangan DAP terhadap semua perkara yang melibatkan kedua-dua perkara diatas.
Namun malangnya tidak ada satu suara pun yang keluar dari mulut seluruh pimpinan parti PKR dan PAN malah pemimpin tertinggi BERSATU , Tun M yang dulunya hebat dipentas dunia mempertahankan hak orang-orang Islam turut sama MENIKUS dan lebih teruk lagi MEMUJA DAP dan seluruh pimpinan parti itu sebagai antara yang terbaik dalam menghormati Perlembagaan Persekutuan.
BULLSHIT !
Kesimpulannya tidak ada mana-mana pemimpin mahupun parti dalam Pakatan Haprak yang mampu untuk menyanggah impian dan agenda DAP kerana mereka sedar betapa pengaruh DAP dalam Pakatan Haprak jauh mengatasi lain-lain parti termasuklah pemimpin seperti Anwar mahupun Tun M.
DAP jelas sentiasa berada di belakang dalam hal-hal tertentu kerana mereka tahu adalah lebih mudah menjadi pemandu daripada bertungkus-lumus mempersiapkan enjin !
Tetapi akan tampil GARANG dalam hal atau isu yang menyentuh tentang agenda sama rata mereka !
Sebab itulah apa jua keputusan dan kemahuan DAP akan dituruti oleh para macai yang begitu menyondol parti cauvinis tersebut.
Dan kerana itu MMI amat bersetuju dengan kenyataan daripada Naib Ketua Pemuda UMNO Negeri Pulau Pinang Jasmin Nordin yang meminta rakyat agar tidak tertipu dengan retorik kata-kata pimpinan parti-parti pembangkang berteraskan bangsa Melayu seperti PPBM, PKR dan juga PAN, yang kononnya akan tetap memelihara asas-asas fundamental seperti Islam dan hak-hak istimewa bangsa Melayu jika mereka diberikan kuasa untuk memerintah negara.
Hakikatnya kata beliau, kesemua parti tersebut akhirnya akan terpaksa tunduk kepada ideologi politik Malaysian Malaysia Dap dan terpaksa bergantung talian hayat kepada kekuatan parti yang dianggap cauvinis dan rasis itu demi untuk berkuasa.
Tambah Jasmin, biarpun pimpinan parti-parti seperti PPBM dan PAN menguar-uarkan kepada rakyat bahawa isu hak keistimewaan bumiputera dan Islam akan terus dipelihara, namun pimpinan parti-parti tersebut tidak dapat menafikan bahawa mereka akhirnya terpaksa tunduk kepada kehendak Dap dalam urusan pentadbiran dan sebagainya. Baca sambungannya di SINI
Dalam keadaan PRU14 yang semakin hampir , MMI nak ingatkan kepada seluruh warga Malaysia supaya buat pertimbangan yang seadil-adilnya untuk diri sendiri dan seluruh rakyat kerana keputusan kali ini bakal mencorak Malaysia yang akan datang.
MMI
No comments:
Post a Comment